Saturday, March 13, 2010

Jadual exam okei

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 13, 2010 0 komen best
silakan beri ucapan galakan untuk saya. Peperiksaan sudah hampir.


bil
tarikh/masa
kod
subjek
kumpulan
tempat
1
16-Apr-10
SEEB1013
Prinsip Ekonomi
G
DMAS
2
17-Apr-10
SADN 1043
Hubungan Etnik
C
BK2-BK8
3
25-Apr-10
SADN 1033
Kenegaraan Malaysia
D
DMAS
4
26-Apr-10
SGDN1043
Sains Pemikiran dan Etika
C
DMAS
5
29-Apr-10
SQQS1013
Statistic Principle
N
DSB Tradewinds
6
3-May-10
BPMM1013
Markeing Principle
E
DMAS
7
6-May-10
BPMG2013
Transport Theories&Practice
A
DSB TM



Photobucket

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket

Wednesday, March 10, 2010

wadah madah rahsia seorang pemuda

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 10, 2010 2 komen best
oh. kompleks benar rasanya tajuk entri kali ni.

Memang kompleks. Sebabnya, rahsia takkan diungkapkan dengan mudah-mudah. Saya baru usai menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 1&2. Sebelum ni saya macam deeply refused to watch these film sebab kesal dengan cerita Ayat-ayat Cinta yang difilemkan, sebabnya edisi filem tak tele pun dengan apa yang sebenarnya Habiburrahman el-Shirazy ungkapkan dalam buku. Bila Kak Fahana offer dan suruh tengok dulu, saya ikut. Alhamdulillah, dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tadek unsur pencemaran agama dan karya asal.

Apa yang saya dapat dari ceritanya memang banyak. Salah satunya saya dapat merasakan sukarnya perjalanan dalam sebuah pencarian. Dan memang orang yang dibentengi iman dan rasa malu, menyatakan perasaan bukan sesuatu yang biasa. Biasanya orang muda memang bijak menyimpan rahsia.

Photobucket

tulen seorang guru

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 10, 2010 4 komen best
Setiap kali selepas menghadiri kelas statistik, hati saya meronta-ronta untuk menulis tentang ini. Setiap kali.

Ketulenan bermaksud originaliti. Ikhlas. Bukan prototaip. Tulen seorang guru terletak pada sikapnya, budi bicaranya. Nilai ketulenan tidak dapat dinilai pada mata kasar, tapi pada apa yang sampai pada hati. Untuk menyentuh sebuah hati, yang memberi perlu ikhlas memberi, dan yang menerima perlu ikhlas menerima.

Kelas statistik saya pada hari Selasa, pukul 8 hingga 11 malam. Pensyarah statistik saya seorang lelaki berbangsa Arab, berasal dari Jordan, berumur dalam lingkungan pertengahan dan sedang menuntut sebagai pelajar di peringkat master di UUM. Dia seorang yang tegas, tapi pada saya dia ada iras-iras Mr. Bean. Dia tak suka kelewatan, bising dan ketidaksopanan. Dia pernah memberi pilihan sama ada keluar dari kelasnya atau tukar tempat duduk atau senyap semasa di kelas. Dia punya disiplin yang tinggi, begitu juga dedikasi. Setiap soalan, hatta soalan yang dianggap bodoh sekalipun kalau ditanya oleh pelajar akan diterangkan berkali-kali. Dia punya aura seorang pendidik yang jarang saya ketemu pada insan yang bernama guru.

Kenapa begitu? sebabnya saya tersentuh sekali dengan sikapnya. Tatkala dewan kuliah panas tidakber-air cond, dia di hadapan sweating like hell and looks bad, tetapi penyampaiannya masih baik dan tidak terkesan. Peratus ketidakfahaman amat tipis dalam subjek ni.

Dia ada kualiti seorang pendidik yang tulen. Mengajar kerana hendak menyampaikan.

Pernah sekali dia marah kerana kelas bising. Katanya, "Behave. Knowledge is not from me, its from my God". Maklum, biasanya pelajar kurang beradab.

Satu lagi kualitinya, dia jujur. honest.

Dia ada kualiti yang ada pada guru-guru saya sewaktu saya bersekolah. Yang menyampaikan fikrah. Yang ada jiwa keguruan.
Siapa mereka?
Ustaz Hainizam. Cikgu Nancy Thomas. Ustaz Juman. Teacher Hasnah. Cikgu Izrayani. Ustazah Maimunah. Miss Hindon(mdm). Cikgu Jalilah. Ustazah Normah. Guru Besar Othman bin Mon. Cikgu Syuhaidah. Sir Bazir. Cikgu Khairuddin. Puan Ruzita. Cikgu Malek. Cikgu Zul. dan yang tidak tersebut di sini..

Bukan saya sahaja, malah ramai lagi pelajar yang merindukan ketulenan seorang guru. Dia tidak mengharapkan pelajar menyanjung, tapi mengharapkan ganjaran pahala dari Allah. Kadang-kadang untuk mengukur sebuah keikhlasan, keperluan kepada anugerah adalah tidak perlu.

Jangan terkilan guruku,
Andai tiada gelar menghias namamu.
Meski kata panggil Tan Sri, Dato', YB bukan untukmu,
Cukuplah indahnya aksara 'guruku'
buat menggelar dirimu.

Seorang guru tetap dipanggil guru biarpun di jalanan dan biarpun dia sudah meninggal dunia.
Hargai jasa guru. Salam sayang. Semoga bermanfaat untuk menjadi seorang yang tulen.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea