Wednesday, October 27, 2010

Menuntut ilmu sekadar untuk lulus exam?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010
Dah lama saya tak berkongsi dapatan ceramah di sini.. Kali ni saya nak berkongsi sedikit dapatan forum yang bertajuk "Menuntut Ilmu Satu Ibadah, atau Sekadar Untuk Lulus Peperiksaan?" yang dianjurkan di DPP TNB semester lepas.. biarpun berlangsung pada semester lepas, tetapi sesuai sangatlah untuk dinukilkan sekarang.. 

Pada tiap-tiap penyakit itu pasti ada ubatnya, begitu juga penyakit paling besar pada manusia-penyakit lalai. Dan untuk mengubati kelalaian, seseorang itu mestilah berilmu. 

Ustaz Nizho sebagai panel forum ini membincangkan tentang kepentingan niat, dimana niat itu adalah kunci kepada amalan. Setiap orang itu juga, tidak lain, hanya mendapat daripada apa yang diniatkannya. Ustaz juga ada menyatakan 7 kemuliaan bagi sesiapa yang ada di majlis ilmu, iaitu;
  1. Mendapat kelebihan orang yang menuntut ilmu, dimana para malaikat merendahkan sayapnya
  2. Selama mana dia berada dalam majlis ilmu, selagi itulah dia terlepas daripada segala kesalahan dan dosa
  3. Apabila seseorang itu keluar daripada kediamannya untuk pergi ke majlis ilmu, maka rahmat akan turun kepadanya
  4. Apabila dia mula duduk di majlis ilmu, dia akan mula memperoleh rahmat dan keberkatan
  5. Ditulis padanya kebaikan
  6. Didoakan malaikat
  7. Kekebasan duduk di dalam majlis ilmu menjadi kaffarah kepada dosa-dosanya, diangkat darjatnya dan bertambahlah kebaikan kepadanya
Maka janganlah mendidik diri merasa keluh kesah dengan majlis ilmu...

Jika seseorang itu mempunyai niat yang betul, maka dia akan memperoleh kemuliaan darjat tanpa perlu bersusah payah. Ustaz Nizho menambah lagi, bahawa ada seorang ulama' berkata; Ada 3 perkara yang menjadikan amalan ikhlas, iaitu,
  1. Melihat apa yang Allah beri kepadanya adalah dari Alah dan milik Allah - maka hilanglah perasaan ujub pada diri
  2. Memulakan kerja yang dibuat untuk mencari keredhaan Allah - maka dengan sebab ini akan memecahkan dorongan hawa nafsu yang tak menyukai perkara-perkara baik
  3. Mencari ganjaran pahala daripada Allah - Walaupun sedikit tetapi berterusan, akan dapat memecahkan perasaan riya' dan tamak.
Seterusnya, panel kedua, iaitu ustaz Khadafi menerangkan tentang aplikasi ilmu. Katanya;

Tak ada nlainya ilmu jika diletak dalam kertas, dimana peperiksaan cumalah test untuk melayakkan kita ditauliah. Jadi, kita mesti berubah, iaitu dengan mula menggunakan akal dan ilmu.

Orang yang berilmu mestilah;
  • berakhlak
  • menyampaikan ilmu dan menyebarkannya
  • Memiliki akidah yang mantap dan mengaplikasikan ilmu
Berilmu tanpa beramal adalah gila, 
Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.

Sufian At-Tsauri berkata;
  • Yang pertama untuk mendapatkan ilmu ialah berdiam diri (memberi tumpuan kepada ilmu)
  • Kemudian mendengar dengan bersungguh-sungguh
  • Kemudian menghafal ilmu
  • Dan beramal dengannya-ilmu tanpa amal ibarat pohon kayu yang tak berbuah
  • Kemudian menyebarkannya.
Rasulullah telah bersabda,
"Jadilah kamu orang yang alim (berilmu), jadilah orang yang belajar. Kalau tidak, jadilah orang yang mendengar, Dan janganlah kamu menjadi orang yang bebal kerana ia menjadikan kamu orang yang binasa".

Akhir sekali, forum tersebut telah ditutup dengan satu doa yang berbunyi,
"Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami sesuatu yang baik itu baik, dan yang buruk itu buruk, supaya dapat kami pelihara diri kami daripada kejahilan dan kemaksiatan".

Semoga perkongsian ini bermanfaat fillah.. :)

Photobucket

4 komen best:

Azmer Lias said...

kdg2 aku t'tanya2 gak nape r aku stdy...takot bejarar just nk lulus exam je..huhu...hopoefully ilmu yg aku perolehi dpt dimanfaatkn..=)

norashikin rahmat said...

kalau macamtu, setkan semula niat. kemudian berdoa supaya Allah mengurniakan kita ilmu yang baik dan bermanfaat... berusaha! ^_^

tuan director said...

itu lah silap student kita
belajar semata-mata nak lulus exam
betulnya kita menuntut ilmu kerana Allah

norashikin rahmat said...

betultu, encik wan perlis :)
bila belajar untuk exam, apapun tak dapat.
bila exam habis, ilmu pun hilang, pahala pun tak dapat, diri pun kosong tak bermanfaat: jadi sia-sia jelah semuanya..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea