Ada masa-masanya seorang sahibah saya suka meluangkan waktu-waktu terluang sesekali berjumpa dalam program yang singkat hanya untuk saya. Dia suka membuatkan saya rasa 'special', kerana kerendahan hatinya memilih saya untuk selalu berkongsi sesuatu.
Dalam perkongsian itu, katanya, jahiliah berjaya bertapak dalam hati kita tanpa sedar kerana kita tak sedar bila masanya ia berlaku. Strategi musuh kita adalah iklan. Konsep iklan, berulang-ulang, berkali-kali, dan kerap walaupun sekejap. Biasanya iklan yang ada di TV dan radio tak sampai satu minit pun.. Tapi ia berjaya menguasai hati untuk teringat-ingat padanya, atau terngiang-ngiang bunyinya di telinga kita. Allah, lemahnya iman kami. Orang yang tak suka dengar atau tengok TV pun boleh terkesan dek kerana seminit dua iklan jahiliyah yang sekejap itu.
Oleh itu, kita perlu menyerang kembali menggunakan teknik yang sama, atau lebih hebat lagi. Iklan tarbawi kepada jiwa.
Sebab itulah dalam kebanyakan usrah, penyampai atau naqib akan banyak kali mengulang hal yang sama. Keimanan. Tarbiyah Dzatiyah. Takrif Islam. Inilah hal yang disebut selalu dengan kasih sayang.
Semua ini bukanlah sengaja nak bagi bosan, tapi kita perlu ingat, hal yang ditekankan selalu adalah hal yang penting untuk kita kenal, tahu, faham dan ingat. Naqib saya sendiri selalu mengulang setiap kali usrah, bahawa tidak ada nikmat lain yang istimewa di sisi Allah selain nikmat iman dan islam, kerana nikmat lain-lain (nikmat makan, minum, tidur, berkelamin dan berhibur) semuanya dikongsi dengan orang lain yang bukan Islam.
Dan kata-kata itu selalu membuat saya rasa istimewa di hadapan Allah kerana terpilih sebagai muslim.
Kita manusia, insan, dan pelupa. Iklan-iklan inilah yang bakal menaungi hati dan terngiang-ngiang selalu dalam pendengaran kita. Promosi-promosi inilah yang akan buat kita rasa rindu, tak sabar-sabar untuk membiarkan diri dan jiwa dibeli Allah..
Allah, ingatkanlah kami.

2 komen best:
terbaik....sangat setuju!!
kak Nazihah. sila promote dan buat iklan kat saye.
Post a Comment