Wednesday, October 27, 2010

Preciously valuable

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010
Bulan ini kegemaran menulis saya menggila. Jumlah entri sudah melebihi dari yang sepatutnya, walaupun saya tak pernah meletakkan limit apapun kalau menulis. Itu belum kira yang draft lagi, sebab saya rasa agak mengarut untuk diterbitkan, jadi beberapa post dibiarkan menjadi draft.

Ini adalah entri sebagai reaksi terhadap ceramah tadi. Saya baru aja balik daripada mendengar ceramah bertajuk 'Dilemma Anak Zina'.

Kadang-kadang apa yang berlaku diluar batas jangkaan kita.Sebelum saya hadir ke talk  tersebut, saya ingatkan ceramah ini berkisarkan hak-hak seorang anak hasil zina luar nikah, bagaimana dia menggauli masyarakat, dan bagaimana statusnya dalam Islam.

Jangkaan sama meleset sama sekali ke 0%. Maaf, pihak penganjur. Maaf, tuan penceramah. Alangkah baiknya kalau saya dapat mendengar tentang Dilemma anak zina ini daripada Prof Syukri (ah, saya memang ketagih ceramah prof Syukri sejak kali pertama mendengarnya.)..

Jauh sekali daripada intipatinya. Saya cuma dapat pengisian tentang 'permukaan' saja..

Bila kita menghadapi keadaan ini, mari kita ingatkan diri;

  1. Nasihat,masih tetap nasihat walaupun daripada seorang pencuri. Kita boleh mengambil ibrah daripada kisah lelaki pencuri yang mengajarkan Abu Hurairah ayatul Kursi, lalu Abu Hurairah menerima ajaran tersebut (Wallahu a'lam, pencuri itu sebenarnya iblis..)
  2. Jangan lihat siapa yang berkata, tetapi apa yang dikatakannya
  3. Hate the sin, not the sinners.
  4. Mungkin kita tak mendapat intipati sesebuah penyampaian itu adalah kerana kita tak ikhlas untuk mendapatkannya..
Ikhlas fillah, khalass!


Photobucket

4 komen best:

Anonymous said...

kalau bukan pasal hak2 anak itu,berkisarkan tentang apa ceramahnya?

Azmer Lias said...

good entry..nti post r ceramah yg ko dh gi...ley share skali..dh lame xdega ceramah..huhu

norashikin rahmat said...

to asiah;
ceramahnya menyentuh ayat-ayat Qur'an yang mengingatkan manusia tentag hakikat kejadian, kepentingan menmsnahkan bentuk pemikiran baru macam Liberalisme, Sekularisme, Sosialisme dan Nasionalisme.

Cuma apabila sampai sesi soaljawab saja baru betul-betul ada menyentuh isu anak zina: pendapat tentang tanggapan anak zina dalam masyarakat, sekolah mengandung dan babay hatch, kemudian tentang hak anak di binkan kepada bapa angkatnya (anak hasil zina).

Secara keseluruhannya, saya tak mencapai dasar kepada ceramah ni.

norashikin rahmat said...

to Azmer;
insyaAllah, ada je pengisian.. tai bukan ceramah yang ni, ceramah lain.. Nanti aku kongsikan ye. Thanks mer, cadangan yang baik :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea