Thursday, December 31, 2009

antara hormat, takut dan menyampah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 31, 2009 7 komen best
aku belum pandai nak post mende-mende gini.

dulu masa kecik, kalau kene marah, kita mudah nak terdiam. kita tak membalas, kita tak melawan, apatah lagi bertindak agresif terhadap orang yang marah. yang hanya kita buat cumalah memandang muka si pemarah sebab kalau tak pandang nanti lagi dia bertambah marah. tak kisahlah si pemarah itu siapa, yang penting dia orang dewasa. tapi aku tak paham nape dulu kalo aku pandang je orang yang marah tu sambil terdiam aku dikatakan melawan dalam hati. sebabnya aku tak faham pun melawan itu adalah frasa jenis apa... Masa kecil kita takut kerana berbuat salah, memang patut pun kene marah..

waktu bersekolah, aku paling banyak belajar adab masa di sekolah asrama. Di asrama perlu berkongsi, dan kita selalu teringin untuk mempunyai ruang sendiri dalam keadaan berkongsi. Tanpa kita sedar, dalam masa yang sama, orang lain juga begitu. Apabila kita ingin menggunakan hak seseorang, kita perlu meminta izin. Ini dinamakan memberikan orang lain haknya..kerana kalau kita tidak melaksanakan hak seseorang itu, bermakna kita tidak menghormati dia sebagai sesuatu yang dipanggil 'human being'. Kita juga banyak belajar menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita. Kita belajar hormatkan guru, ibu bapa, mak cik tukang sapu, pak guard, hatta kucing di jalanan pun kita hormat dengan tidak menzaliminya... Tapi kita lupa, kita selalu tidak hormat pada orang yang dekat dengan kita: kawan-kawan kita. Kenapa kita hilang hormat kepada seseorang? Biasanya kerana kita rasa dikhianati.. Tapi, benarkah kita benar-benar dikhianati, atau kita sendiri yang mengkhianati dia atau kita pernah mengkhianati orang lain lalu dibalas Tuhan dengan pengkhianatan kembali? Apa-apapun, kita masih insan lemah yang tidak tahu kenapa Allah mengatur sesuatu menjadi apa yang terjadi.

bila kita besar sedikit daripada kecil, kita semakin banyak belajar. Kita jumpa dengan banyak orang, pelbagai rupa, pelbagai jenis, berbilang bangsa, kaum, asal dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak faham kenapa seseorang itu melakukan sesuatu, dan bila seseorang itu melakukan sesuatu yang diluar kesukaan kita, Ada kalanya kita tegur. Biasanya kita biar je.. Kadang-kadang kita pandang tempat lain. Biasanya kita menegur seseorang supaya dia tidak lagi melakukan hal yang sama, dan biasanya kita cuma menegur orang yang kita kenal. Selalunya kita biarkan seseorang itu terus melakukan sesuatu tanpa menegur kerana kita malas dan menyampah dengan hal yang dilakukan. Kadangkala kita pandang tempat lain kerana meluat dan bencikan sesuatu yang tidak mahu dilihat. Benarkah kita menyampah akan sesuatu, atau kita tidak tahu nak buat apa bila berlaku sesuatu hal yang menjelikkan di hadapan mata?

Kita sebagai manusia yang tidak kiralah berhati lembut, keras atau kasar, kita tetap tidak suka dimarah, dicaci mahupun dihina. Tapi kita adalah manusia yang senantiasa berbuat kesilapan. Akhbar hari ini ada memaparkan tentang kes buang bayi, bunuh mak sendiri, kahwin dengan mertua, pusat maksiat digeledah dan pelbagai lagi hal haram lagi dimurkai Allah. tapi, layakkah kita sebagai manusia untuk mengeji segala perbuatan dan hal? Lihat, kita sendiri tahu kalau mengeji itu salah.

Memang manusia susah menerima kelemahan diri, dan kadang-kadang kita tidak mampu mengerti dan menafsirkan sama ada kata-kata yang terbit dari orang lain adalah teguran, cacian, nasihat, sindiran atau apapun. Mungkin kerana kita sendiri sudah terbiasa menyindir orang, memarahi orang, berkata yang bukan-bukan, lantas bila berlaku sesuatu hal, kita tidak berfikir panjang dan jauh...

Kat rumah, aku selalu marahkan adik-adik. Kadang-kadang untuk hal yang tak perlu pun. Dalam marah aku, terselit kebimbangan kalau hanya diorang menuruti kata-kata aku hanya kerana takut dan menyampah, pada masa yang sama hilang hormatnya pada aku. Aku juga bimbang, kalau-kalau marahku membantutkan keinginan dan peluang mereka untuk mendapatkan sesuatu yang lebih. Takut-takut juga aku kalau marah aku salah, menjadikan mereka lebih degil dari sebelumnya (korang memang degil: kata hati aku)

Ketahuilah adikku, sebenarnya kakak sayang.

Tuesday, December 29, 2009

memberi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 29, 2009 2 komen best
sekadar sedikit perkongsian dari apa yang aku dapat sewaktu menonton TV kat rumah.

pernah dengar tak kisah Saidina Ali dengan buah delima?

alkisahnya begini.. Sewaktu isterinya, Fatimah Azzahra r.a. mengandung, beliau sangat berhajat untuk makan buah delima.. Jadi, dengan kasih sayang dan keinginan untuk memenuhi hajat si isteri, maka Saidina Ali pun bekerja keras, berusaha mengambil upah menimba air demi membeli buah delima... Setelah  membeli buah delima yang dihajati, di tengah perjalanan Saidina Ali pun terjumpa dengan seorang tua yang amat kurus, mengatakan dirinya sudah 3 hari tidak makan.. Lalu Saidina Ali pun memberikan buah delima yang dibelikan untuk Fatimah kepada lelaki tua tadi...

Sampai saja di rumah, Saidina Ali bercerita kepada isterinya bahawa buah delima itu sudah dibeli, tetapi diberikan kepada orang tua yang sudah tiga hari tak makan... Dalam masa yang sama, dari sebuah pasar berdekatan rumah Saidina Ali, muncul seorang lelaki berjubah putih membawa 10 biji buah delima..lelaki itu memberikan talam itu kepada Salman Al-Farisi, supaya delima itu diserahkan kepada Saidina Ali. (dikatakan lelaki itu adalah malaikat)..Salman al-Farisi mencukai sebiji buah delima, tinggallah 9 biji je delimanya.. sampai sahaja di tangan Saidina Ali, beliau pun mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6,7,8,9,... "aku tak mau amiklah" kata saidina Ali. "Lorh..Nape?" Salman al-Farisi berkata. dalam hatinya:(aik..tau pulok dia kalo aku cukai satu..)  Saidina Ali menjawab: "Allah janji kalau bagi satu balas sepuluh, ni ada sembilan je, taknaklah aku".. Salman al-Farisi terkesima, lalu memulangkan semula sebiji delima yang dicukainya tadi...

Begitulah yakinnya Saidina Ali dengan janji Allah.. :)
wallahu a'lam..(dialog diolah sendiri je..)
...................................................................

antara 3 waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah ketika sihat, ketika sangat menginginkan kekayaan, dan ketika terasa diri amat susah untuk bersedekah..

ketika kita sihat afdhal kita bersedekah kerana waktu sakit kita akan susah bersedekah, malah memerlukan pula.

ketika diri sangat menginginkan kekayaan, menjadi pemurah adalah terbaik. kerana janji Allah: beri satu dibalas 10 pahala amalan..

ketika diri amat susah bersedekah menjadi waktu yang paling afdhal kerana dapat membantu diri menghakis sifat kikir dalam diri..

  • Dalam perang tabuk, Uthman bin Affan merupakan orang yang paling dermawan..dia memberi sedekah 100 ekor unta dan kuda dengan kelengkapan perangnya sekali...

kuliah-kuliah pertama

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 29, 2009 0 komen best
sudah dua hari. dan aku sudah menghadiri beberapa kuliah pertama.

kuliah sulung untuk semester ni, kuliah Sains Pemikiran dan Etika. Pensyarah, Tn Haji Abdul Malik bin Salleh. kemudian, aku ditemukan dengan pensyarah yang cambest untuk subjek Marketing; Tn Hj Romle bin Hj Hassan. syarat wajib untuk berada dalam kelas dia: mesti senyum :) sebab katanya kalo tak senyum takbleh aa nak memasarkan diri..apatah lagi produk yang nak dijual. dan untuk hari ini, subjek ekonomi: Puan Siti Norliza Jumali. untuk kelas dia je dah habis 2 chapter; katanya takkan diulang.

semester ni aku amik 7 subjek; Pemasaran, Sains Pemikiran dan Etika, Hubungan Etnik, Teori&Praktis Pengangkutan, Statistik, Ekonomi dan Kenegaraan Malaysia. Untuk KEnegaraan MAlaysia, aku repeat. Sebabnya, aku dapat D. memang sakit hati; sebabnya kumpulan aku dikatakan tak hantar assignment 30%, dan bila selidik balik kat pensyarah, dia jumpa assignment tu kat tempat lain..dalam ertikata lain, tugasan yang disabotaj. hmm.. papepun, aku redha..

setakat ni aktiviti yang sibuk belum mula, tapi ada orang ajak gi kandang kuda ngan wall climbing-jom! :)

Monday, December 28, 2009

Bersedia untuk itu.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 28, 2009 4 komen best
Cuti yang baru berlalu ini aku isi dengan pelbagai aktiviti rumahtangga.

Biasalah, kerja-kerja perempuan. Basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai,basuh baju, sidai baju, lipat baju…pendek kata semuanyalah. Masak? Sikit-sikit aje. Kalau ibu tak assist, boleh jadi masakan itu tawar atau terlalu masin atau jadi entah apa-apa rasa. Kakak aku komplen, aku masak sayur takdek rasa. Haha.

Buat tu semua, kadang-kadang buat aku rasa aku memang betul-betul seorang ibu. Kadang-kadang marahkan adik-adik. Dah penat kemas sana, sini bersepah. Bukan adik-adik je menyepah, kadang-kadang kakak aku terlibat sama. Aku pun sekapal. Kadang-kadang kena marah dengan ibu sebab buat kerja rumah berkira sangat, bergaduh dengan kakak aku dah jadi rutin harian. Kadang-kadang aku memanggil kakak aku si gemuk, kalau dia kacau kerja aku atau aku saja-saja nak sakitkan hati dia ataupun saja bergurau dengan dia. Kadang-kadang aku rasa dia terlebih adik dari aku.

Ibu aku babysitter anak jiran. Waktu aku ada kat rumah, ada waktu-waktunya aku ambil alih kerja jaga baby-baby tu…ada tiga orang baby; Qistina, Hadira dan Naqibah. Naqibah jarang datang sebab waktu cuti, mummy dia cuti.. (mummy Naqibah ialah seorang guru agama di sekolah..) jadi hari-hari aku layan 2 orang baby.. aku paling suka baby yang namanya Hadirah. Hadirah Aisyah..

Hampir setiap hari aku mandikan baby, pakaikan baby baju, basuh ‘ehem2’ dia… buat susu, suap makan, tidurkan baby… rasa best sangat buat semua tu… Cuma kadang-kadang bila baby sakit, rasa risau sebab baby asyik menangis je. Meragam…

Sampai hari ini, aku ikat barut baby tak kemas pun..ikat bedung pun tak reti sangat..
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea