Monday, February 15, 2010

the reason

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 15, 2010
Pernah dengar lagu 'the reason' tak? Suatu ketika dulu lagu ni menjadi siulan rakan-rakan saya yang pada masa itu sama-sama meningkat remaja, sampaikan saya pun turut sama menghafalnya.

Semua perkara perlukan sebab. Mati pun kena ada sebab. Sebab utama saya blogging ialah kerana saya amat suka menulis. Menulis banyak membantu saya memperbaiki diri. Menulis kesilapan menyebabkan saya tak mahu mengulanginya, dan menulis kebaikan membantu saya membuat rujukan kepadanya.

Semalam saya hendak menutup akaun friendster saya. Sudah lama tak aktif. Dalam akaun friendster saya, tersorok suatu laman yang sudah lama saya tinggalkan. Saya tinggalkan kerana saya mula menulis di blogger. Laman itu adalah laman blog friendster yang sepi. Tidak ada apa-apa. Tidak ada gambar. Tidak ada ikan warna-warni. Tidak ada background cantik. Yang ada cumalah beberapa coretan termasuklah yang saya tinggalkan menjadi draft.

Itulah blog pertama saya. Kenapa saya menulis di situ adalah kerana saya suka. Saya terkejut dengan coretan sendiri. Sangat terasa betapa sincere nya saya dengan penulisan saya. Masih terasa perasaan yang turut sama saya sampaikan. Aneh, ya.

Tetapi saya tidak lagi merasai kelembutan perasaan itu. Saya tidak mampu untuk menoleh ke belakang. Sejujurnya saya merindui perasaan itu.

Sebenarnya perasaan itu adalah perasaan bebas. f.r.e.e.d.o.m.

Entah sejak bila saya hilang sense of writing. Dan saya berasa tertekan. Lantaran sebab ini, saya berkeputusan begini.


this song deeply meaningful to me.

2 komen best:

terry bogart said...

the reason..best wooo..heaven gak la

hehe..matlamat berblog??..mesti ada..coz bak kata ustaz hasrizal,kalau buat sesuatu xde matlamat,baik xpayah buat


hehe..jap lg entry ke-100..mcm nak menjwab psolan nama blog saya n matlamat blog saya..hehe

skang guna LAN,xtau lagu apa yg awak suruh dengar..tajuk lagu??

norashikin rahmat said...

yang video tu ke?
the reason by hoobastank.
Best.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea