Thursday, March 04, 2010

perkongsian: empat jenis perkataan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 04, 2010 0 komen best
Ibrahim bin Adham berkata; "ada 4 jenis perkataan, iaitu:
  1. Perkataan yang diharapkan bermanfaat dan dikhuatirkan akibatnya menjadi buruk.
  2. Perkataan yang tidak diharapkan manfaatnya dan tidak dikhuatirkan akibatnya-harus dihindari agar tidak menjadi beban bagi lidah dan badan anda.
  3. perkataan yang tak diharapkan manfaatnya tetapi tidak ditakuti akibatnya yang buruk.-Inilah penyakit yang buruk dan membahayakan.
  4. Perkataan yang diharapkan manfaatnya dan aman akibatnya. Ini yang harus anda bicarakan dan sebarkan.
semoga bermanfaat dan menjadi panduan bagi kita untuk berkata-kata.
Photobucket

Wednesday, March 03, 2010

ini janji saya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 03, 2010 0 komen best
Harini saya dah dapat tahu markah midsem [take-home] Kenegaraan Malaysia. Mid sem ini memberi markah (carry mark) 10%, dan saya mendapat 9%. Alhamdulillah..

Tajuk test ni ialah "Apa yang boleh kam sumbangkan kepada negara setelah apa yang negara berikan kepada kamu".


Saya ada janji nak postkan kat sini test saya tu. Jadi, harini saya tunaikan.

Saya seorang warganegara Malaysia yang sudahpun menamatkan zaman persekolahan  dan sekarang melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan Logistik dan Pengangkutan. Saya percaya bahawa setiap yang lahir di bumi Malaysia ini amat bertuah kerana lahir dalam persekitaran yang harmoni dan aman damai. Oleh itu, rasa kesyukuran ini ingin saya buktikan dengan berbakti kepada negara dengan apa cara sekalipun. Saya sedar bahawa saya merupakan generasi masa depan negara saya yang tercinta, Malaysia. Sebagai tenaga muda aspirasi negara, banyak sumbangan yang boleh saya berikan kepada negara ini.

Sumbangan terbesar yang boleh saya berikan kepada negara ialah dengan cara belajar bersungguh-sungguh bagi membentuk diri yang bakal menjadi perintis kepada kepimpinan negara. Negara kini ketandusan generasi pemimpin yang berkualiti dan berkaliber bagi memimpin rakyat negara ini, memastikan perpaduan yang utuh dan melaksanakan kelangsungan ekonomi yang pesat di negara kita. Kesedaran ini membuatkan saya cuba melatih diri menjadi pemimpin melalui aktiviti-aktiviti tidak formal di luar kuliah, dari menjadi ketua kumpulan tugasan sehingga memimpin organisasi biro aktiviti kolej. Memimpin orang lain membantu saya memimpin diri sendiri, kerana saya percaya bahawa orang yang tidak mampu memimpin diri tidak layak memimpin orang lain. Dengan itu, belajar bersungguh-sungguh membuatkan saya mengisi masa dengan baik, di samping mengurangkan kadar gejala sosial dan jenayah yang kian meningkat saban hari akibat tidak mempunyai pekerjaan. Ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Sebagai seorang pelajar, saya tidak mempunyai wang untuk dsumbangkan bagi membantu kelangsungan pembangunan ekonomi dan komuniti. Saya hanya mempunyai buah fikiran, akal dan kudrat sahaja, namun ia cukup bernilai. Dengan tenaga muda yang saya ada, saya akan mengerahkan segala kudrat dan buah fikiran bagi menyumbang ke arah pembangunan komuniti melalui program-program kebajikan. Banyak program kebajikan disusun bagi menjaga kemaslahatan umat di negara ini oleh badan-badan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Program ini bukan sahaja dilaksanakan untuk masyarakat kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, orang-orang tua, orang kurang upaya (OKU), orang miskin dan fakir, tetapi juga untuk masyarakat setempat seperti program gotong-royong di kampung-kampung, bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, tuisyen percuma kepada sekolah-sekolah dan pelbagai lagi program kebajikan untuk masyarakat. Ternyata, tenaga pemuda seperti saya amat diperlukan bagi membantu sektor kebajikan masyarakat. Dengan memberi sumbangan tenaga dalam program kebajikan, saya bukan sahaja dapat memperoleh banyak pengalaman, tetapi juga dapat membantu masyarakat dalam memajukan komuniti dan membina kesedaran tentang kepentingan memberi sumbangan dalam pembangunan negara.

Menjadi seorang warganegara yang baik juga merupakan satu sumbangan kepada negara. Kadar jenayah yang saban hari semakin meningkat mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat. Saya cuba menjadi seorang warganegara yang baik dengan mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang, mematuhi prinsip Rukun Negara, mematuhi Perlembagaan Malaysia dan tidak mencetuskan huru-hara. Dengan menjadi seorang warganegara yang baik, kadar jenayah dapat dikurangkan di samping menyumbang kearah pembangunan masyarakat dan negara.

Saya mempunyai cita-cita untuk membuka perusahaan sendiri setelah berkerjaya nanti. Dengan cita-cita ini, selain dapat membantu kelangsungan ekonomi, saya juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Selain itu, usaha membuka perusahaan ini dapat meningkatkan keluaran produk tempatan, demi menyahut seruan ‘Belilah barangan buatan Malaysia’ yang diwar-warkan sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan hasrat ini, saya ingin menyahut cabaran Wawasan 2020 yang dalam cabaran keenamnya menyebut, “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta yang tinggi dan berpandangan jauh.”


Sumbangan-sumbangan yang saya berikan masih tidak cukup untuk membalas budi tanah air kepada saya. Seperti yang pernah diucapkan oleh pemimpin tersohor, John F. Kennedy, “Jangan bertanya apa yang telah negara lakukan untuk kamu, tetapi apa yang telah kamu lakukan untuk negara”.
Nampak macam senang, tapi, percayalah, ini dari hati saya. Saya bukan nak berkongsi markah  9/10, tapi saya nak berkongsi perspektif saya.

Saya ada bertanya pensyarah sebelum ini, bagaimana beliau menilainya,dan katanya; "logik dan boleh dicapai, berdasarkan pemikiran kritikal hasil dari pembelajaran subjek Kenegaraan".

semoga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, March 02, 2010

corruption, terrorism dan buang anak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 02, 2010 3 komen best
ketiga-tiga perkara di atas adalah perkara yang berbeza.

Corruption bermaksud penyalahgunaan ataupun penyelewengan.
terrorism bermaksud keganasan, dan ia sangat melampau kerana ia bukan sahaja menarik jiwa secara Pandangan fizikal, tetapi ia juga mengambil jiwa secara halus. [wars take away a peaceful soul]
Buang anak adalah suatu perbuatan menyingkirkan anak dari tanggungjawab sepatutnya oleh seorang ibu atau bapa.

Persamaan antara ketiga-tiga perkara ini ialah ia dilakukan oleh manusia yang berakal. Orang gila yang mengamuk tidak dipanggil terrorist, tetapi dipanggil orang gila yang menggila-zaman sekarang orang gila tak mengamuk pun, melainkan orang hilang akal macam kes pembunuhan keluarga di Gemencheh. Orang gila tidak tahu apa itu penyelewengan, kerana dalam undang-undang dunia sekalipun, orang gila tidak boleh didakwa (apatah lagi undang-undang Islam). Orang gila dalam cerita Meniti Kaca dengan watak Mahyun tidak pernah menafikan status anaknya, Nazar sebagai anak, cuma dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Pengganas yang saya maksudkan ialah orang yang mencetuskan huru-hara, menerbitkan ideologi sempit yang menyebabkan ketidaksejahteraan dalam masyarakat, mencipta senjata dan bom untuk didagangkan dan mencipta peperangan, berhati busuk dan dengki kepada keamanan sejagat. Saya amat benci pengganas.

Corruption atau penyelewengan dilakukan oleh orang yang menyalahgunakan sesuatu yang hak, menyalahi etika dan bertindak di luar batasan. Penyelewengan berlaku dalam pelbagai bentuk, macam-macam cara dan oleh sebilangan orang yang tidak ingatkan Tuhan.

Orang yang buang anak pula adalah orang yang tau buat tapi tak tau taubat. Kegeraman saya semakin tinggi, akhbar hari ini melaporkan tentang seorang wanita yang ditangkap menyumbatkan bayi ke dalam lubang tandas. Jahat-jahat-jahat! Kalau dah tahu anak tu lahir untuk dibuang, kenapa mengandungkan dia? Kalau taknak mengandung, kenapa buat jugak penzinaan tu?

sebabtu la, bila orang cakap jangan kapel, takyah aa kapel2. gatal sangat tu nape? eii...geram2. panas hati rasanya.

okok. Balik semula kepada topik. corruption, terrorism dan buang anak dilakukan oleh 3 golongan yang ada akal tapi menggunakannya kepada jalan yang salah.

Semalam lecturer Marketing saya kata macamni; "orang-orang yang buat corruption harini, kalau saya tau dia student saya, kalau saya jumpa dia saya akan cakap, "Kalau macamnilah perangai awak, saya takkan bagi awak A dulu"."

Samalah juga dengan terrorist-bomb creator, extremer: tak guna kalau bijak tapi tak dimanfaatkan. Tak guna ada tenaga tapi merosakkan komuniti. ah. kenapa hati terasa amat marah ni...

Samalah juga dengan orang yang buang anak: kenapa sampai sanggup buat macamni..astaghfirullah.. Kenapa.. Tak ingat kat Allah dah ke.. Kita bukan pengambil jiwa, tapi kita menerima jiwa sebagai satu rahmat... Kan bagus kalau ko yang kene buang dulu..

cukup-cukuplah. saya sudah sangat sedih. tolonglah ingat Tuhan. Takutkanlah neraka.. tolonglah..tolonglah.. saya amat sayangkan anda..

tolonglah berhenti buat maksiat. tolonglah berhenti bunuh orang. tolonglah berhenti dari lalai bermain facebook dan bersuka suka bercinta hangat.

tolonglah belajar rajin-rajin. tolonglah jangan biarkan diri dihina...ketahuilah, saya amat terseksa...

Jiran sebelah rumah saya dah kahwin lebih sepuluh tahun tapi takdek anak. Asyik gugur je. Mereka rindukan penyeri yang bakal menabur bunga-bunga keindahan dan penyeri jalan ke syurga..ketahuilah betapa sunyinya hidup tanpa anak..

ketahuilah corruption menyebabkan orang lain kesusahan.. Tolonglah..kembalikan sesuatu pada yang hak..

Dalam hadis Rasulullah ada menyebut: orang yang ingin mendapatkan kemuliaan selain kemuliaan di sisi Allah, Allah akan menghinakan dirinya..

Salam sayang, jaga hati, jaga iman. Doakan saya.



Photobucket

Monday, March 01, 2010

tatkala engkau mahu menadah tangan mengucapkan syukur..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 01, 2010 0 komen best
tatkala engkau mahu menadahkan tangan mengucapkan syukur..Allah telahpun merahmatimu...

Alhamdulillah. Hari ini, terasa segala urusan lancar je.. walaupun saya tak siapkan assignment lagi.

Harini saya dapat tahu markah midsem Marketing saya yang teruk. Semoga nilaiannya baik di sisi Allah. Usaha perlu digandakan.Bulan ni ingatkan dah tak sibuk dengan aktiviti, tapi..

Nama saya dihantar untuk perarakan Maulidurrasul peringkat UUM. Nasib baik ada kelas ekonomi esok. Lusa, test transport dan malamnya kemuncak untuk projek grand saya semester ni..Spring Wonderland.

Saya akan pakai baju kurung. Baju kurung dalam majlis orang Cina. Masa Exhibition Day haritu, saya berkeras nak pakai baju kurung, dan akhirnya saya memperoleh kebenaran daripada MT dengan mudah. Bukan saya takmau pakai baju rasmi tu, tapi saya memang tak boleh dan takdek pun.

Hari exhibition tu, saya duduk di kaunter pameran untuk Biro Promosi. Sebagai setiausaha Biro Promosi, saya tak perlu duty dan hanya bertugas sekali sahaja sepanjang pelancaran kaunter promosi di foyer FPK. Dan untuk Hari Pameran, Kaiyun tak dapat beri kata putus untuk baju yang akan saya pakai. Pakaian rasmi untuk program tu ialah pakaian eksekutif: kemeja, slack dan kasut hitam bertutup.

Ah Kek cakap, "Shikin, esok bertugas pakai shirt ya."
Esoknya, saya tak datang duty pun. Exhibition Day cuma dua hari.

Untuk malam kemuncak program Spring Wonderland Festival, saya juga akan pakai baju kurung- inilah baru konsep 1Malaysia yang boleh diterimapakai, menerima dan saling menghormati. Sebagai AJK, kami hanya bertugas, tak boleh berlibur suka-suka hati free-free pegi tengok persembahan.Bidang tugas Biro Promosi pada malam tu adalah menjaga kaunter reception sahaja. Syukur, saya takkan berdepan dengan makanannya.Kata Ah Kek, makanan daripada orang Cina, for sure.


Apa yang saya nak kongsikan ialah, bagaimana cara saya bekerja dengan orang bukan Islam. Saya tolerate dengan diorang, dan diorang juga tidak memaksa saya untuk ikut regulation yang ditetapkan. [laws are made to be broken??] Yang penting ialah niat, saya buat tugas kerana Allah. Next time saya juga akan buat program (insya Allah) dan saya pasti, mereka inilah orang-orang yang akan membantu. Walaupun untuk aktiviti orang Islam.

Ahli biro saya diberi 15 tiket seorang untuk dihabisjualkan, setiap sekeping RM5. Saya tak jual satu tiket pun. Teruk punya budak.

Saya sudah ditempah sebagai S/U untuk program DPP semester depan. Kenapa asyik tugas setiausaha je ni??

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea