Sekejap je, dan minggu kedua dah pun berakhir.
Dalam minggu yang sama, dua orang pensyarah dari kelas yang berlainan, iaitu pensyarah untuk subjek Sains Pemikiran dan Etika(SPE) dan subjek Hubungan Etnik membincangkan hal yang sama: tentang perihal 'Thinking out of the Box', tetapi mereka menghurai dari perspektif yang berbeza.
Dalam SPE, pensyarah menyatakan manusia mesti berfikir di luar kotak pemikirannya. Supaya manusia dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam pemikiran. Beliau, dalam masa yang sama menghuraikan kata-katanya mengikut teori Edward de Bono yang mengkaji pemikiran manusia. Aku pun pernah menggunakan kata-kata Edward de Bono ni, yang menyatakan, 'a beautiful girl with a boring mind is boring.'
Dalam subjek Hubungan Etnik pula, pensyarah menyatakan manusia tidak boleh memikirkan sesuatu yang di luar batas pemikirannya; ini kerana manusia bersifat lemah dan tidak mampu untuk berfikir over the limit. Jika manusia cuba melebihi batasan pemikirannya, maka dia akan menjadi tidak normal. Contohnya Zat Allah. Zat Allah tidak boleh difikirkan, tetapi kehebatan Allah diakui melalui ciptaan-Nya yang maha hebat. Sebab itulah orang kafir yang cuba melebihi batas ini, mereka mencipta Tuhan dengan menggambarkannya dengan pelbagai bentuk dan rupa. Ada tangan banyak, ada mata banyak, ada saudara mara, ada anak dan sebagainya.
to think, or not to think?
kita mestilah berfikir mengikut panduan, bukan berfikir tak tentu hala. Kita juga melakukan sesuatu dengan tidak melulu, tetapi kita berfikir mengikut fitrah, naluri dan panduan di bawah akal waras. Manusia tidak akan dapat membuat keputusan tanpa bantuan ilham dari Allah. Aku fikir apa yang de Bono maksudkan tentang thinking out of the box ialah, berfikir di luar jangkauan sedia ada, tetapi masih dalam lingkungan rasionaliti, kerana mengikut teori SPE, manusia yang tidak mempunyai rasionaliti adalah di luar batasan waras.
p/s: aku paling suka masuk kelas Hubungan Etnik!
Thursday, January 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 komen best:
salam..jgn lupe setahun cuma ade 52 minggu sahaja...singkatnye masa
hehe..betul tu..tapi dalam semester singkat ni, ade beberapa minggu je...(not sure sebab tak check. hehe (=__=)
salam.
em, mungkin masa mengutarakan kata2 thingking out of the box tu tak mengambil kira unsur keagamaan..jadinya, dalam aspek agama, saya sokong gak la kata2 pensyarah Hbgn Etnik..cume bile teringat pasal zat Allah ni..Dalm cerite Tautan Hati, Sal slalu diganggu untuk sntiasa trfikirkan akan zat Allah. dan sbnarnya ramai juga yang trfikir perkara yang sama tapi tak diutarakan masalahnya...yg penting, kita kena yakin dgn Yang Satu..minta petunjuk dan dikuatkan iman..
betul tu...
tapi agama tu kehidupan, dan agama didahulukan dalam setiap perkara dan urusan..
terimakasih, kak fahana b kasi pinjam buku tu... (^__^)V
terbaik...
Post a Comment