Tuesday, March 09, 2010

wujud ke istilah persahabatan antara lelaki dengan perempuan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 09, 2010 8 komen best
pertama kali saya ditanya dengan soalan di atas, saya amat terkesima dan terkejut. Ia adalah sebuah pertanyaan berbentuk reverse psycho, pertanyaan bukan untuk tahu, tapi hendak menduga.

kenapa saya ditanya soalan itu adalah kerana saya mengulas panjang tentang haramnya couple dalam sebuah forum, tapi saya tak tahu langsung bahawa tidak ada hubungan yang sah disisi islam antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. Ini ketika saya masih menuntut di matrikulasi.

ya. memang tidak ada.

sedangkan istilah 'persahabatan' pun tidak wujud, apatah lagi 'berpasangan', ataupun 'couple'. Statusnya abang angkat-kakak angkat-adik angkat bukan muhrim? lagilah tidak ada. Sebabnya, ia adalah topeng syaitan.

Juga, tidak ada istilah 'Couple kerana Allah'. nauzubillah. kenapa tidak ada? sebabnya tidak ada hubungan bukan muhrim antara lelaki dan perempuan melainkan nikah.

saya tidaklah menyatakan bahawa pemikiran Islam itu sempit dan tidak relevan, tetapi relevannya besar pada maslahatnya.

perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung atas dasar urusan yang penting dan perlu sahaja.

Penting untuk kita memahami perkara ini, kerana ibadah yang bercampur dengan dosa adalah sia-sia.

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu"?
Jadi, betapa ramainya antara kita yang mengetahui bahawa 'couple' itu haram, mendekati kepada 'couple' juga haram, melakukan apa-apa yang berkenaan dengannya juga haram. Ramai di antara kita, termasuk saya sendiri terpedaya dengan 'couple' dan topeng-topengnya.

Ada di antara kita merasakan beratnya memutuskan hubungan antara bukan mahramnya. Ya, memang berat. Saya menangis beberapa kali melalui proses ini. Tetapi, ketahuilah, selagi kita berada dalam keterikatan yang tidak halal itu, selagi itu kita akan merasakan redha Allah tidak sampai. Saya merasakan amalan saya sia-sia. Dan saya merasakan rimas tanpa sebab.

Mintalah Allah bantu kita menghadapi fitnah dunia, sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. Semoga ketenangan dalam ibadah segera kita peroleh tatkala kita mempunyai hasrat untuk memperoleh redha Allah.

Kita hanya boleh memilih satu daripada dua. Kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Dosa atau pahala. Keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Pilihlah.

Kita ada banyak pilihan, tetapi jalannya cuma satu. Kalau kita memilih untuk terus 'couple' dan berkawan suka-suka dengan bukan mahram, siapa tahu Allah tak redha pada kita.

Saya kongsikan ini kerana saya sayangkan anda. Berhentilah berbuat maksiat. Apa gunanya solat sebagai tiang agama kalau tiang agama ini ditakuk-takuk dengan tajamnya dosa yang memusnahkan.


Semoga bermanfaat. Doakan saya.

Photobucket

Monday, March 08, 2010

cerita sebatang pohon

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 08, 2010 4 komen best
kita hidup di sebuah zaman

yang pohonnya tak punya jiwa

dedaunnya berani gugur bila ia mahu gugur

akarnya tidak mahu air

buahnya busuk di ranting

dahannya rapuh dimakan ulat berbisa




anak-anak bermain disisi pohon

meratah buah busuk

memanjat-manjat dahan

bermain sembunyi-sembunyi

ulat-ulat berbisa itu

diguli-gulikan




aneh.




seorang lelaki dari hujung kota datang memikul cangkul

lalu dia digula-gulakan

"zaman ini manusia tak kenal cangkul" kata lelaki berjubah hitam

"aku mahu menanam buah yang subur lagi berjasa" kata lelaki dari hujung kota

"hanya ada sebatang pohon berbuah busuk" kata lelaki berjubah hitam

"hanya buah yang subur lagi berjasa menyihatkan jiwa" kata lelaki dari hujung kota


lalu datang askar dari langit memusnahkan pohon berbuah busuk hingga ke akar tandusnya.


---------------------------------------------------------------

Saya tahu ini bukan kelas sastera, tapi saya bimbang kalau bait-bait ini tidak difahami. Maksud bait-bait kata di atas adalah kita hidup dalam sebuah zaman, dimana keadaannya tidak dapat lagi digambarkan. Yang buruk dan busuk pun kita makan menjadi darah daging kita, sepertinya kita tidak ada pilihan. Kita sudah tidak pandai memilih mana yang baik dari yang buruk. Ini memberi kesan kepada anak-anak generasi masa depan. Anak-anak juga menjadi keliru dengan sesuatu yang nampak baik tapi hakikatnya buruk. Ini digambarkan dengan 'pohon berbuah busuk', iaitu suasana yang jahat, tak soleh, dimana dunia hari ini dikotori dengan rasuah, riba' dan segala macam penyelewengan. Dalam arena kesusasteraan, warna hitam melambangkan watak antagonis, iaitu kejahatan. Lelaki berjubah hitam bermaksud manusia yang mencipta kekacauan dan menyebabkan situasi menjadi seperti apa yang dikehendakinya. Lelaki dari hujung kota pula adalah watak yang diilhamkan dari surah Yaasin, atau dalam terjemahannya dikatakan sebagai lelaki yang mengajak supaya manusia mengikut dan mentaati nabi yang diutuskan. [Dalam huraian surah Yasin, lelaki dari hujung kota ini diriwayatkan sebagai orang soleh, dan apabila beliau masuk ke syurga, dia berkata, "alangkah baiknya jika kaumku mengetahui." wallahu a'lam.] Dalam frasa yang pendek, lelaki berjubah hitam cuba menghalang lelaki dari hujung kota melaksanakan sesuatu yang baik dengan mengatakan bahawa keadaan yang sedia ada sudah cukup baik, dan lelaki dari hujung kota menyingkapkan sebuah keadaan bahawa hanya sesuatu yang baik sahaja yang boleh menyembuhkan keadaan yang sedia ada. Maksud 'hanya buah yang subur lagi berjasa dapat menyihatkan jiwa' ialah hanya sesuatu yang baik, iaitu mengikuti al-Qur'an dan sunnah dapat mengembalikan sebuah bi'ah (suasana) yang baik dan sihat, bi'ah solehah. Untuk itu, 'askar dari langit' turun memusnahkan 'pokok berbuah busuk', yang bermaksud, Allah menurunkan askar-askarnya (jundullah) yang membantu menyembuhkan kembali keadaan dunia yang sakit hari ini dengan mencantas kemungkaran sehingga ke akar umbi.

tahukah siapa yang dimaksudkan 'askar dari langit' itu? kitalah. pemuda harapan Islam.
Ayuh bangkit! jangan biarkan maksiat mengheretmu..

semoga hari ini lebih cemerlang dari semalam.
semoga bermanfaat.



Photobucket

Sunday, March 07, 2010

semoga berjaya di medan amal

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 07, 2010 0 komen best

Glitter Words

Glitter Words
Glitter Words


Menuntut ilmu itu wajib, maka bersungguh-sungguh mencapai kejayaan juga wajib bagi sesiapa yang menuntut ilmu. Sesiapa yang tidak bersungguh-sungguh, maka dia berdosa, kerana zalim kepada diri sendiri (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Ini kerana belajar itu satu tanggungjawab, dan orang yang tidak menunaikan hak adalah orang yang zalim.-peringatan untuk diri sendiri.

sesiapa yang ponteng kelas, dia berdosa. sesiapa yang mensia-siakan masa juga berdosa. Sebabnya, masa itu kehidupan. Ingatlah, setiap perbuatan kita di atas muka bumi ini dirakam, dan akan dipertontonkan semula di akhirat kelak. Tatkala itu, tidak ada guna untuk kita merayu diberikan masa beberapa waktu sahaja untuk menunaikan amalan..

Marilah berhenti berbuat maksiat, kembalilah  menjadi hamba.. Ingat, kita tak bertuhankan nafsu..kita tak bertuhankan syaitan.. kita tak bertuhankan dunia.. Tuhan kita Allah!

dalam satu mesej dari akh Fadhli berbunyi-
Ayuh bangkit pemuda-pemudi akhirat, Islam menantimu..
jangan biarkan maksiat mengheretmu!


 
semoga bermanfaat. mari jadikan mati sebagai motivasi hati.
Photobucket

Saturday, March 06, 2010

wacana pemikiran Islam bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 06, 2010 0 komen best
Glitter Words

bersama

Syeikh Nuruddin al Banjari, Ulama' terkemuka Asia

di

Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia

pada

7 Mac 2010, 10.30 pagi  

bertajuk

"KONSEP PENGHAYATAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W"

semua dijemput hadir!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea