Saturday, January 02, 2010

hari yang cantik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 02, 2010 2 komen best
tiba-tiba aku terasa rindukan Kolej Matrikulasi Johor: KMJ.

Pagi tadi aku pergi jalan-jalan kat tasik belakang DPP Sime Darby tu...Kasi ikan makan roti yang baru expired..malangnya...ikan-ikan kat situ macam segan-segan je nak makan cebisan-cebisan roti tu...Kalo kat KMJ dulu, kasi roti sekeping-sekeping gitu pon takpe..ikan tu tak marah..malah boleh habiskan roti tu dalam masa 5 saat...masatu..suke je aku tengok ikan-ikan tu makan dengan amat rakuss...haha..

Pastu aku pergi Varsity Mall, beli buku Principle of Management. RM72. aku decide beli sebab usaha mencari yang terpakai selama seminggu sudah lupus. Petang ni aku akan menghadiri sesi Kokurikulum: Pembimbing Rakan Sebaya.

Dah 2-3 hari aku habiskan masa membaca novel. 2 buah novel. Airmata Ibu dan Sayap Sutera. Persamaan antara kedua-dua buah buku ni: menceritakan tentang orang yang mencari pengetahuan tentang Islam.

Bayangkan tentang seorang lelaki yang amat berjaya dalam hidupnya, seorang peguam yang disegani, hampir berumur 52 tahun, tetapi tidak pernah mendirikan solat. Kali pertama dia bersolat ialah solat jenazah ibunya; kerana ibunya pernah pesan: Aku mati nanti jangan kau tak solatkan aku. Wasiat ibunya mengatakan dia anak yang lahir hasil perkosaan seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong membuatkan dia mencari diri. Dalam mencari seorang lelaki bernama Titus Ma Hon Kan, dia mula menemui sinar Ilahi...

Dan, aku takdek kedit sudah 2 hari. jadi...minta maaf untuk mesej-mesej yang tak berbalas. topupkan saye? oh...itu amat dialu-alukan. heheh. =D (just pull the sock, ekkeke)

Friday, January 01, 2010

hari ini 1 Januari 2010 [edited]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 01, 2010 0 komen best
semua orang tahu kalau hari ini 1 Januari 2010.

Ada apa dengan tarikh ini sebenarnya? aku pun tatahu. cuma tadi aku tengok ramai orang tunggu kat perhentian bas untuk ke Changlun. mungkin ke Jitra. Atau Alor Setar. Maklum, hari cuti umum. Dengar-dengar khabar, duit PTPTN pun dah masuk(aku tak pinjam PTPTN), jadi mungkin mereka keluar beli barang keperluan..buku2, baju2, kasut...

Aku pun ada rancangan nak keluar lepas ni, pergi rumah Makcik Zurina..(dia lecturer UUM, tapi aku kenal sebab dia jiran aku kat Nilai). saja nak ziarah, ingatkan nak pergi sendiri, tapi takdek bas plak..jadi, Cik Ina akan fetch..

Cerita di atas cumalah sekadar picisan. Sebenarnya aku nak citer pasal tahun yang baru berlalu dan tahun baru.

Tahun 2009: sempat memberi begitu banyak peluang untuk aku. Aku menghabiskan sesi pembelajaran di matrikulasi, menghabiskan 3 bulan penuh di rumah, memasuki UUM, serta sempat memulakan semester kedua. semuanya berlaku dalam Tahun 2009. Pantasnya masa berlalu, ia telah jauh-sangat jauh meninggalkan kita.. adakah kita masih sama seperti kita pada tahun 2008? atau sudah jauh lebih baik?

Biasanya kita mengisi tahun baru dengan pelbagai azam baru. Kita berazam menjadi bagus, menjadi lebih baik, dan 1001 lagi azam yang tak tertulis dah.. Bagus sebenarnya berazam ni.. membantu kita perbaiki diri.. berazam memang mudah, tapi melaksanakannya pula bukan mudah... Kalau melaksanakannya pula mudah, mengekalkannya pula menjadi satu dugaan luar biasa.

Aku nak kongsi lagi satu ilmu yang aku dapat dari TV masa Maal Hijrah tempoh hari..(waktu Maal Hijrah aku tak blogging..=)  )

Untuk mengekalkan usaha untuk mempertingkat dan melaksanakan azam, pertama sekali kita mestilah sentiasa menyemak dan memantau azam... terdekat Beritahu kepada orang terdekat tentang azam kita, supaya kita sentiasa diingatkan...kemudian tulis dan tampal azam kita di tempat yang senang dilihat; contohnya kat cermin almari, meja belajar, sofboard bilik, kat pintu... Kemudian sertakan istiqamah bersama azam kita...

Bagaimana pula kalau mahu azam kita disertai istiqamah?
  • perlu perbaiki diri, sebabnya tidak ada perpindahan selepas hijrah Rasulullah dan para sahabat, kecuali hijrah ke arah menjadi yang lebih baik.
  • antara rahsia untuk menjadi lebih baik: menjadikan Allah lebih utama, ada prospek dalam hidup(ada tekad), bekerja secara berpasukan dan bertanya kepada orang yang tahu.
  • doa memainkan peranan penting jika menginginkan istiqamah; kerana pada zaman Rasulullah, sahabat nabi bernama Abu Umamah telah diajarkan doa menjauhi hutang (yang terkandung dalam al-ma'thurat). Berkat doa yang diamalkan ini, akhirnya hutang yang banyak yang dirasakannya tidak mampu dibayar akhirnya langsai dibayar sedikit demi sedikit...(doa yang disertakan dengan usaha akan membuahkan kejayaan..insyaAllah!)

ini point penting untuk orang yang ingin berhenti merokok:
  • Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang suka mencuri menemui Rasulullah untuk menyatakan keimanannya. Dia berkata; "Ya Rasulullah, aku ingin memeluk Islam, tetapi aku suka mencuri. Aku mengetahui bahawa Islam melarang pencurian, dan balasannya potong tangan. Bagaimana, Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"Takpe, tapi jangan berbohong." Apabila lelaki itu menyatakan keislamannya, beliau patuh dengan suruhan Rasulullah supaya tidak berbohong, dan akhirnya beliau tidak lagi mencuri kerana kalau mencuri, takut-takut apabila Rasulullah bertanya, dia tidak boleh menipu tentang pencuriannya...Wallahu a'lam.
  • Natijahnya dari kisah diatas ialah, pendekatan perlulah pelbagai, bukan setakat larangan biasa je..
  • berdoa supaya keinginan yang baik dibantu Allah, dan meminta orang lain turut mendoakan kita.
  • Apabila berjumpa dengan orang yang soleh, minta didoakan mereka.

Thursday, December 31, 2009

antara hormat, takut dan menyampah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 31, 2009 7 komen best
aku belum pandai nak post mende-mende gini.

dulu masa kecik, kalau kene marah, kita mudah nak terdiam. kita tak membalas, kita tak melawan, apatah lagi bertindak agresif terhadap orang yang marah. yang hanya kita buat cumalah memandang muka si pemarah sebab kalau tak pandang nanti lagi dia bertambah marah. tak kisahlah si pemarah itu siapa, yang penting dia orang dewasa. tapi aku tak paham nape dulu kalo aku pandang je orang yang marah tu sambil terdiam aku dikatakan melawan dalam hati. sebabnya aku tak faham pun melawan itu adalah frasa jenis apa... Masa kecil kita takut kerana berbuat salah, memang patut pun kene marah..

waktu bersekolah, aku paling banyak belajar adab masa di sekolah asrama. Di asrama perlu berkongsi, dan kita selalu teringin untuk mempunyai ruang sendiri dalam keadaan berkongsi. Tanpa kita sedar, dalam masa yang sama, orang lain juga begitu. Apabila kita ingin menggunakan hak seseorang, kita perlu meminta izin. Ini dinamakan memberikan orang lain haknya..kerana kalau kita tidak melaksanakan hak seseorang itu, bermakna kita tidak menghormati dia sebagai sesuatu yang dipanggil 'human being'. Kita juga banyak belajar menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita. Kita belajar hormatkan guru, ibu bapa, mak cik tukang sapu, pak guard, hatta kucing di jalanan pun kita hormat dengan tidak menzaliminya... Tapi kita lupa, kita selalu tidak hormat pada orang yang dekat dengan kita: kawan-kawan kita. Kenapa kita hilang hormat kepada seseorang? Biasanya kerana kita rasa dikhianati.. Tapi, benarkah kita benar-benar dikhianati, atau kita sendiri yang mengkhianati dia atau kita pernah mengkhianati orang lain lalu dibalas Tuhan dengan pengkhianatan kembali? Apa-apapun, kita masih insan lemah yang tidak tahu kenapa Allah mengatur sesuatu menjadi apa yang terjadi.

bila kita besar sedikit daripada kecil, kita semakin banyak belajar. Kita jumpa dengan banyak orang, pelbagai rupa, pelbagai jenis, berbilang bangsa, kaum, asal dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak faham kenapa seseorang itu melakukan sesuatu, dan bila seseorang itu melakukan sesuatu yang diluar kesukaan kita, Ada kalanya kita tegur. Biasanya kita biar je.. Kadang-kadang kita pandang tempat lain. Biasanya kita menegur seseorang supaya dia tidak lagi melakukan hal yang sama, dan biasanya kita cuma menegur orang yang kita kenal. Selalunya kita biarkan seseorang itu terus melakukan sesuatu tanpa menegur kerana kita malas dan menyampah dengan hal yang dilakukan. Kadangkala kita pandang tempat lain kerana meluat dan bencikan sesuatu yang tidak mahu dilihat. Benarkah kita menyampah akan sesuatu, atau kita tidak tahu nak buat apa bila berlaku sesuatu hal yang menjelikkan di hadapan mata?

Kita sebagai manusia yang tidak kiralah berhati lembut, keras atau kasar, kita tetap tidak suka dimarah, dicaci mahupun dihina. Tapi kita adalah manusia yang senantiasa berbuat kesilapan. Akhbar hari ini ada memaparkan tentang kes buang bayi, bunuh mak sendiri, kahwin dengan mertua, pusat maksiat digeledah dan pelbagai lagi hal haram lagi dimurkai Allah. tapi, layakkah kita sebagai manusia untuk mengeji segala perbuatan dan hal? Lihat, kita sendiri tahu kalau mengeji itu salah.

Memang manusia susah menerima kelemahan diri, dan kadang-kadang kita tidak mampu mengerti dan menafsirkan sama ada kata-kata yang terbit dari orang lain adalah teguran, cacian, nasihat, sindiran atau apapun. Mungkin kerana kita sendiri sudah terbiasa menyindir orang, memarahi orang, berkata yang bukan-bukan, lantas bila berlaku sesuatu hal, kita tidak berfikir panjang dan jauh...

Kat rumah, aku selalu marahkan adik-adik. Kadang-kadang untuk hal yang tak perlu pun. Dalam marah aku, terselit kebimbangan kalau hanya diorang menuruti kata-kata aku hanya kerana takut dan menyampah, pada masa yang sama hilang hormatnya pada aku. Aku juga bimbang, kalau-kalau marahku membantutkan keinginan dan peluang mereka untuk mendapatkan sesuatu yang lebih. Takut-takut juga aku kalau marah aku salah, menjadikan mereka lebih degil dari sebelumnya (korang memang degil: kata hati aku)

Ketahuilah adikku, sebenarnya kakak sayang.

Tuesday, December 29, 2009

memberi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 29, 2009 2 komen best
sekadar sedikit perkongsian dari apa yang aku dapat sewaktu menonton TV kat rumah.

pernah dengar tak kisah Saidina Ali dengan buah delima?

alkisahnya begini.. Sewaktu isterinya, Fatimah Azzahra r.a. mengandung, beliau sangat berhajat untuk makan buah delima.. Jadi, dengan kasih sayang dan keinginan untuk memenuhi hajat si isteri, maka Saidina Ali pun bekerja keras, berusaha mengambil upah menimba air demi membeli buah delima... Setelah  membeli buah delima yang dihajati, di tengah perjalanan Saidina Ali pun terjumpa dengan seorang tua yang amat kurus, mengatakan dirinya sudah 3 hari tidak makan.. Lalu Saidina Ali pun memberikan buah delima yang dibelikan untuk Fatimah kepada lelaki tua tadi...

Sampai saja di rumah, Saidina Ali bercerita kepada isterinya bahawa buah delima itu sudah dibeli, tetapi diberikan kepada orang tua yang sudah tiga hari tak makan... Dalam masa yang sama, dari sebuah pasar berdekatan rumah Saidina Ali, muncul seorang lelaki berjubah putih membawa 10 biji buah delima..lelaki itu memberikan talam itu kepada Salman Al-Farisi, supaya delima itu diserahkan kepada Saidina Ali. (dikatakan lelaki itu adalah malaikat)..Salman al-Farisi mencukai sebiji buah delima, tinggallah 9 biji je delimanya.. sampai sahaja di tangan Saidina Ali, beliau pun mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6,7,8,9,... "aku tak mau amiklah" kata saidina Ali. "Lorh..Nape?" Salman al-Farisi berkata. dalam hatinya:(aik..tau pulok dia kalo aku cukai satu..)  Saidina Ali menjawab: "Allah janji kalau bagi satu balas sepuluh, ni ada sembilan je, taknaklah aku".. Salman al-Farisi terkesima, lalu memulangkan semula sebiji delima yang dicukainya tadi...

Begitulah yakinnya Saidina Ali dengan janji Allah.. :)
wallahu a'lam..(dialog diolah sendiri je..)
...................................................................

antara 3 waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah ketika sihat, ketika sangat menginginkan kekayaan, dan ketika terasa diri amat susah untuk bersedekah..

ketika kita sihat afdhal kita bersedekah kerana waktu sakit kita akan susah bersedekah, malah memerlukan pula.

ketika diri sangat menginginkan kekayaan, menjadi pemurah adalah terbaik. kerana janji Allah: beri satu dibalas 10 pahala amalan..

ketika diri amat susah bersedekah menjadi waktu yang paling afdhal kerana dapat membantu diri menghakis sifat kikir dalam diri..

  • Dalam perang tabuk, Uthman bin Affan merupakan orang yang paling dermawan..dia memberi sedekah 100 ekor unta dan kuda dengan kelengkapan perangnya sekali...
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea