Tajuk sepatutnya ialah Life & Dreams. Dah lama tak tulis tajuk yang bunyinya macam tajuk puisi sastera.
Saya pernah tulis dalam entri sebelum ni, yang saya selalu yakin jalan hidup saya sentiasa dimudahkan Allah.. Figuring out my life, Yes, syukur alhamdulillah, Allah selalu memakbulkan keinginan yang kuat dalam hati saya..
Pertamanya, saya selalu berniat untuk tak ingin menganggur, setelah tamat pengajian. Keduanya saya ingin sekali bekerja, belajar atau hidup jauh di luar negara. Ketiganya, saya berazam untuk tidak gagal dalam apa-apa subjek sepanjang pengajian di universiti, konvo tepat pada waktunya, tak ada extend atau repeat year. Panjang lagi sebenarnya senarai kesyukuran saya tentang hidup ini.. terutamanya dapat tempat kerja yang mempunyai suasana soleh.
Namun.. dalam senarai keinginan hidup yang panjang ini.. adanya beberapa perkara yang belum termakbul. Dan saya terfikir.. adakah saya masih ingin membiarkan keberlangsungan hidup ini tergantung kepada que sera sera, atau mula cuba mempercepatkan proses hidup?
Hidup ini, jiwa ini kadang-kadang kelakar(aneh) rasanya.. I keep saying that my stomach missed curry, sambal and all that.. which makes me sad and lose appetite. But later on I tell myself, 'why dont you just indulge your life, kin? Its Turkey, everybody's place of dream!' And, I, at that moment, automatically stop feeling worst for not flying home yet.
Tanda-tanda kebesaran Allah dalam diri kita sangat banyak.. antaranya.. diri kita boleh diajar dan diberitahu tentang apa yang ia mahu, perlu, dan tidak perlu.
Jadi.. aku dah start melalut sebab mata dah mengantuk.

0 komen best:
Post a Comment