Tuesday, October 28, 2014

Day 27: Keep Living

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 28, 2014

Mungkin, saya akan berada lebih lama lagi di Turki. Sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Saya adalah orang yang sangat tidak tahan dengan cuaca sejuk. Tambahan lagi, duit yang saya pegang adalah duit syarikat, tak tergamak nak guna untuk beli baju sejuk.. (cehh.. padahal duit belanja boss bagi dah habis buat beli souvenir).

Pada cuaca sejuk ini, kulit cepat menjadi kering.. padahal saya tak pernah ada masalah kulit. Yang merungsingkan ialah.. saya alah pada produk selain sabun mandi, ubat gigi dan syampu.Maksudnya, losen pun saya alah.. jadi saya berkeputusan untuk tak pakai losen.

Selain kulit kering, penyakit yang hinggap pada musim ini ialah sakit kepala yang teramat, dan batuk selsema yang sudah masuk tiga minggu. Suhu badan pula sekejap panas sekejap sejuk. Dan.. kadang-kadang air mata mengalir tiba-tiba.

Dan semakin lama saya di sini, semakin rasa terasing, buangan dan super duper lonely.. sebab tak keluar, cuaca sejuk. Sebab semuaorang mempunyai kerja masing-masing.

I dont know how long I need to travel this far, Just to realize how much I have to appreciate this life.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea