I can be super irritated, some days, somehow.
Bekerja di bidang perkhidmatan bererti memenuhi keperluan manusia, hamba kepada masyarakat, mendengar apa yang orang mahu dan tidak mahu.
Pada waktu ini, saya belajar dan berusaha mengenal batas "mahu" dan "perlu", "mengada-ngada" dan "menyusahkan".
Kadang-kadang manusia terlalu melampau mempergunakan orang lain, as if kau dah campak sekarung wang dekat muka aku lepastu kau boleh suruh suruh aku buat apa saja kau suka anytime anyhow.
Konsep ukhwah adalah saling memenangkan, lapang dada dan mendahulukan, tapi saya tidak faham kenapa ia tidak pernah masuk(fix into) ke ruangan kerja saya, sungguhpun, orang atasan dan customer itu seorang muslim. Lapang dada dan mendahulukan kedua dua hal ini adalah hal yang membuatkan saya terkorban.
Ataukah saya sedang muak dan tidak sabar dengan proses ini?
Diam.
Nabi ajar sabar, syukur.
Istighfar.
Abah selalu cakap yang saya kalah. Whatever for now, abah. Nora feels pissed off now.

0 komen best:
Post a Comment