Today is Friday. It is not my Tuesday anyway.
Saya menerima buku ini sebagai hadiah, sehari sebelum ulangtahun saya, tahun lalu. Namun atas pelbagai alasan dan sebab, saya hanya berpeluang membacanya secara serius di Turki.
Ditulis oleh Mitch Albom, beliau mengisahkan bagaimana bersemangatnya seorang yang bakal mati kerana menghidap ALS menghargai kehidupan sepanjang masa mudanya, sehinggalah dia mati.
Morrie sudahpun mati, menemui Penciptanya. Tetapi dia hidup, pada apa yang diajarkan pada Albom dan dituliskannya pada buku ini.
Tak tahu berapa kali saya menangis dan berapa banyak airmata tumpah semasa membacanya. How I wish he was a muslim.. that he must be in heaven already by now insyaAllah, because his words inspired another human just much.
Dalam keadaan jiwa saya yang berkecamuk sekarang, kata2 Morrie yang disampaikan Albom terasa macam nasihat dari seorang ayah.. tentang menghargai manusia di sekeliling kita, tentang harta benda-apakah nilainya, tentang keluarga dan orang yang kita kasihi..
Rasa puas membaca buku ini..dah lama rasanya tak baca buku yang kuat memberikan inspirasi.
Terasa ingin membuat yang terbaik, berusaha menjadi lebih baik, menghargai apa adanya diri sendiri, dan berhenti merungut tentang kehidupan.
Mula bersedia untuk mati dan mencipta seni kematian.

0 komen best:
Post a Comment