Wednesday, November 12, 2014

Turki

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 12, 2014

Apa yang saya buat di Turki ialah bekerja. Membuat penyusunan untuk kemasukan pelajar persendirian ke universiti. Secara part time nya, menyantuni mereka, berkawan dengan mereka, dan bersabar atas apa sahaja kerenah yang ada.

Bergaul dengan mereka setiap hari membuatkan saya re-living hidup saya enam, tujuh tahun dulu. Menyelami semula apa yang saya fikir dan buat semasa seumur mereka. Mungkin saya pada masa itu sedang sibuk mencari diri. Berusaha menjadi baik. Dan bersyukur, berjumpa dengan Ummi solehah yang mengajar erti menjadi hamba Allah.

Turki memberikan saya banyak masa untuk berfikir. Membandingbeza. Membuahkan syukur. Dan ingin mengubah sesuatu.

Saya ingin menjadikan bangsa saya (baca:nation) lebih baik, sepertimana orang Turki. Wajah Turki yang kita lihat sekarang ini telah melalui satu proses yang panjang. Ketulenan bangsa mereka, adalah hasil pimpinan yang amat panjang dan dahsyat. Mereka hidup dalam produk mereka sendiri. Dan Allah masih mengurniakan bumi bertuah ini dengan ahli agama dan rakyat yang soleh..

Namun, negara kita berbeza. Ia penuh dengan warna warni budaya, dan saya ingin hidup sampai tua untuk menjadi rakyat yang memakmurkan negara.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea