Tuesday, November 25, 2014

Kitap Pazar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 25, 2014

Bazar Buku, kalau dalam Bahasa Melayu.

Pada Sabtu yang lalu, saya telah ke...Bazar Buku! yaaay~

Bazar buku ini terletak bersebelahan dengan Grand Bazar, berhadapan dengan Beyazit Tramvay Station, di laluan Istanbul University dan di belakang Masjid yang bertentangan dengan Istanbul University.

Bazar ini tidaklah sebesar Grand Bazar, tetapi ia sangat klasik, ada banyak jenis buku dari pelbagai bahasa, dan terdapat juga buku-buku lama dalam pelbagai genre. Yang penting, semua buku sangat murah!

Di Turki, anda akan dapati sedikit kesukaran untuk melihat atau mencari kedai buku... dan saya diberitahu bahawa orang Turki kurang dari segi budaya membacanya.. Mustafa Kemal telah membangunkan negara ini sebagai negara Eropah, dan mereka lebih suka (prefer) untuk mengembara dan membina keluarga atau empayar di tempat lain (traveller genetic), kata Mehmet, seorang pengumpul koleksi buku di Bazar Buku.

Dan, saya telah menghabiskan 30 lira untuk membeli dua buah buku, dan penanda buku, malah dihadiahkan juga dengan sebuah lagi buku bertajuk "Muhammad's Allah".

Saya akan rindukan tempat ini.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea