Wednesday, November 19, 2014

Chaotic Political Campus Scenery

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 19, 2014

Lantaran daripada membaca kekalutan politik kampus universiti awam Malaysia sekarang di laman mukabuku, saya menulis entri ini.

Dulu kan.. masa saya di uni untuk pengajian Ijazah, tak sekelumit pun tersentuh di hati saya nak terlibat dengan benda-benda menyusahkan macam politik kampus dan birokrasi pihak pengurusan universiti. However, I have to.. dari tahun pertama sampailah tahun akhir, saya yang ditarik-tarik masuk sama ada ke MPP atau ke Jawatankuasa tertinggi kursus Logtrans.

Tapi saya tak diiktiraf pun.. mungkin sebab tak pandai menangi hati orang. I didn't do much. It doesn't matter.. Saya dilantik, mungkin sebab terlihat berpotensi rajin belajar dan suka tolong orang.. selalu terkedepan. Banyak tanya. Apa-apa hal, selalu sangat muka ni je yang dapatkan maklumat, bagitahu orang.. Saya terpilih secara Autokratik, sebab ada orang yang perasan dia berpengaruh meletakkan nama saya sebagai premier, wajib jadi presiden atas dasar menginginkan orang Melayu menjadi Presiden sungguhpun dia seorang perempuan. Ketuanan Melayu sangat. Kemelayuan yang dia perjuangkan sangat itu, telah mengakhirkan perjalanan kepimpinan saya menjadi buruk. Satu-satunya parut dalam sejarah pengajian saya.

End up saya dibenci oleh pensyarah yang melantik saya sebab dia ingat bila dia lantik saya, dia boleh gunakan saya sesuka hati untuk luaskan pengaruh dia.. Sampai sekarang, dia mungkin masih merasa menyesal memilih saya dulu. Selepas satu insiden budget yang dibatalkan kerana dia tidak berautoriti, dia tidak lagi mahu bercakap dengan saya. Mungkin dia mahu saya yang meminta maaf. Merasakan saya menjatuhkan air mukanya, mungkin.. sehingga dia berpindah jabatan dan tidak menghiraukan saya ketika berjumpa pada lain waktu. Antara ayat terakhir yang pernah dia cakapkan, "I have my own blacklisted student..".. Ego dan Gila. Saya doakan dia menyesal menjadi manusia ego, sebab ramai juga senior saya yang pernah terkena dengan sikap buruknya yang suka merendahkan pelajar, terutamanya pelajar lelaki.

Saya bersyukur kerana menjadi manusia degil.. nampak macam lembut tapi "aku takkan pampered kau."

Saya cukup benci dipergunakan orang yang rasa dia ada kuasa.

Sepanjang empat tahun di universiti awam, saya cukup meluat dengan politik dan politik kampus.. Sebab saya tak faham dengan apa yang berlaku. Selepas dua tahun melepaskan diri daripadanya, dan menjadi dewasa, ternyata kehidupan di luar ini lebih sukar difahami.. semua orang sedang berjuang. Dan dalam perjuangan ini, kita interrelated dan bertembung antara satu sama lain.. Kadang-kadang kita bertembung sebagai musuh, lawan atau kawan..

Saya bersyukur, kerana telah melalui waktu-waktu itu..ditemani oleh orang-orang yang sentiasa mendoakan saya, memberikan semangat dan mendengar luahan hati saya.. Kadang-kadang saya menangis sebab terlalu penat atau terlalu risau dengan apa yang berlaku, dan sekarang saya faham, yang setiap sesuatu pasti akan berakhir dengan baik if you just keep believing. Semua catatan kepayahan itu, ada yang saya sembunyikan (hide post) dan ada yang saya kongsi di blog ini..

Jadi, for the stand of anak muda yang sedang berjuang, saya tidaklah menyokong atau melarang.. sebab saya tahu semua orang sedang berjuang, dan saya berpendapat bahawa semua orang yang berjuang itu betul.. manusia berjuang sebab dia rasa dan tahu apa yang dia perjuangkan tu betul..selagi tak melanggar syariat. Dan benda ni berlaku sepanjang zaman. Dan setiap perjuangan itu hanya akan menjadikan seseorang itu lebih kuat, baik dan matang untuk apa yang diperjuangkan.

Saya terima fenomena ini sebagai satu neraca, bahawa masa depan negara kita akan penuh warna-warni.

In case, Allah bagi rezeki saya ada anak, dan anak saya lantang, saya tetap menyokong dia atas apapun perjuangannya.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea