Tajuk entri tu, macamlah kat Malaysia xpernah kena uji kan.
well.. berada di tanah orang, haruslah teruji kekentalan jiwa kita ni.. Sungguhpun orang Turki ni baik belaka, ada juga yang rosak akhlaknya..
Antara perkara-perkara yang membuat saya rasa teruji sepanjang berada di Turki;
1. Kena "ketuk" semasa naik teksi
Dalam perjalanan dari Yusufpaşa ke Atarturk Airport, pemandu teksi memaksa saya membayar 100TL dek kerana saya membawa terlalu banyak barang.. bila saya bercerita pada kawan2 Malaysia yg lain.. mereka tak terkata apa. Sebabnya, paling mahal dari laluan biasa pun 40-50 lira. Mungkin sebab faktor saya berseorangan, dan tak pandai cakap Turki. Tak tahu nak kata redho ke tak.. sebab sampai sekarang saya masih geram bila teringat..
2. Telefon dicuri semasa dalam Metrobus
Walau dimanapun anda berada, kalau dalam bas, atau mana2 pengangkutan awam, pastikan dompet dan telefon anda terjaga rapi.. pada waktu kejadian, saya memakai kot tebal, sebab cuaca sejuk.. jadi tak perasan langsung semasa ianya diambil dari poket saya, walaupun telefon tersebut sebesar Samsung Mega.
Samsung Megaku dalam kenangan.. semoga Allah melindungi saya dari kejahatan manusia, sebab terdapat banyak gambar dan data peribadi dlm telefon tersebut.
3. Sexual Harrasment dalam Metrobus
Gangguan seksual ini tak berlaku kepada saya tetapi kepada kawan saya, ketika saya tak berada di tempat kejadian. Walaubagaimanapun ia tetap memberi kesan kepada saya, membuatkan saya rasa bimbang dan mengelak daripada menaiki bas yang penuh. Orang Turki ada waktunya busuk kot tak mandi.. kalau naik bas penuh tu rasa macam nak muntah pun ada.
However, nak cerita macammana gangguan tersebut berlalu memang amat memalukan. Mungkin, cincin hiasan yang abah bagi ini menjadi protecting shield. Most of the time Turkish akan assume orang yang pakai cincin dah kahwin..
Tak ada yang lebih banyak dari rahmat Allah.. Allah uji kita supaya kita menghubungkan diri denganNya..
Saya cuma berharap dapat balik Malaysia cepat.. walaupun saya merasakan Turki adalah syurga..

0 komen best:
Post a Comment