Untuk sesuatu perkara yang penting, adakah salah utuk menjadi seorang yang menekan (keep giving pressure)?
Saya dah tetapkan tarikh semalam (7 September) untuk hantar dan kumpul bahagian tugasan masing-masing pada saya, sebab semuanya akan diberi kepada ahli kumpulan yang lain pula untuk proses seterusnya. Tapi, yang seorang ini, baru hantar petang tadi melalui e-mel. Katanya dia minta maaf, dan dia mengambil masa 1 jam untuk ke kafe siber. Mungkin sebab rumahnya jauh dari bandar.
Entah kenapa, saya rasa macam nak cakap 'itu sepatutnyalah' masa terima mesej tu. Saya pun ada bahagian saya. Semua orang mesti tepati janji. Tapi bila fikir-fikir balik, timbul rasa kesian pula. Kejam ke saya ni, bila tak meletakkan diri saya pada kesusahan orangtu? Rasa unfair pula. Not to consider my burden, saya berbeza sikit sebab walau apapun ibubapa saya masih cukup untuk beri kami sekeluarga makan, malah mampu menampung pengajian saya di universiti. Tapi dia? mungkin dia menghabiskan banyak waktu untuk ke bandar semata-mata untuk menghantar assignment ini. Atau mungkin dia sedang tak ada duit untuk membayar kos perjalanan. Atau begini dan begitu. 2jam, dihabiskan untuk hantar assignment.
Baru buat satu assignment yang rumit. Akan datang, macam mana? Adakah saya akan jadi seorang ketua/bos yang tak berfikir tentang kesusahan subordinat saya?
Cepat, buang sifat ini, takut jadi barah!

2 komen best:
kadang2, group work ni kena jadi flexible sikit
tapi tak leh jadi sporting sgt sbb takut tak jadi keje
apepun, dalam kes di atas andaian itu mungkin tepat
sy pun pernah mcm tuh, tenet mana ada kat rmh
especially rmh kat kampung
moral of the story, get the clear reason and tolerate with that
slamat menyiapka assignment cik ikin
salam aidilfitri jugak walaupun masih awal takut takde tenet nak wish,kah3
hehe.. trima kasih.. pulanglah ke kampung dengan selamat
dia mmg senegeri dgn incik PB.. dan ini saya jadikan satu pengajaran :D
Post a Comment