Penyakit malas. Malas adalah penyakit orang yang tak bersyukur.
Kebangkitan yang paling sulit ialah selepas keselesaan yang lama. Student universiti paling malas nak pergi kelas ialah selepas cuti panjang. Pagi tadi, saya rasa malas yang teramat untuk bangun, apatah lagi saya telah setkan pada minda bahawa kelas Keusahawanan adalah paling tak best untuk semester ini. (sebab kuliahnya berbentuk penyampaian sehala, memang bukan taste saya ). Kelas pukul 8 pagi, tapi pukul 7.15 baru terhegeh-hegeh nak pergi mandi. Apa punya budak U la saya ni.
Roommate saya pukul 7 dah siap. Saya masih baring-baring atas katil. Kemudian entah kenapa saya fikir pasal abah ibu. Terus, saya bangkit capai towel dan mandi dan bersiap. Kalau tak prgi kuliah kang, kesian abah ibu, diorang ingatkan saya belajar, rupanya main-main. Kesian abah, kerja berhempas pulas nak kasi saya RM400 sebulan, saya main ponteng-ponteng. Kesian pensyarah, penat datang kuliah, anak murid suka-suka hati je nak datang kuliah ke tak.
Ponteng itu satu pembaziran. Pembaziran ilmu, masa dan wang. Bukan sahaja pembaziran kepada diri sendiri, tapi pembaziran melibatkan ramai orang. Kerajaan dah bagi banyak duit nak suruh aku ni belajar!
(Oh, saya memang kompleks orangnya. )
Konklusinya, sebelum buat sesuatu, fikir dulu cosequence-nya. Allah tak jadikan kita untuk buang masa dan sia-sia. Allah nanti tanya, "kenapa ko ponteng kuliah?"
Takkan kita nak jawab.. "aku malas je..biasalah, tido lagi best.."
Jangan buat sesuatu yang akan membuat kita rasa menyesal. titik.

2 komen best:
nyesal ponteng Y_Y
nak sebat kang dah besar..~
Post a Comment