Dah hampir seminggu saya daftar kursus untuk semester ketiga nanti. Junior year saya di sini sudah hampir ke penghujung. Saya mendaftar 6 subjek; English for Communication II, Perakaunan Pengurusan, Asas Keusahawanan, Pengangkutan Bandar dan Luar Bandar, Pengurusan Pengangkutan Jalanraya, Business Law, dan Statistik Gunaan. Rasanya semua subjek semester depan dalam Bahasa Inggeris kecuali asas keusahawanan. 21 Jam kredit, seperti biasa. Cuma semester kedua ini saya ambil 22 jam kredit, kerana special case.
Sebenarnya saya rasa sedikit kecewa dan lesu sebab tak dapat add Bahasa Mandarin yang hanya ditawarkan kepada pelajar marketing seperti yang dinyatakan dalam post ini.
Takpelah, mungkin semester akan datang.
Saya ada jumpa dengan penyelaras TITAS, Puan Yati. Katanya, kalau nak jadi fasilitator TITAS, kena alert dengan iklan dalam portal HEA, kerana ia akan diiklankan dalam masa terdekat sebelum study week. Sekadar makluman bagi sesiapa yang berminat. :)
Pembawaan 2 subjek dengan aras kursus berkod 3000, 2 subjek berkod 2000, dan 3 subjek berkod 1000. Serasanya serata juga. Saya dah berdebar-debar...
kata Khalil Gibran dalam puisinya, 'mimpi',
"Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan
perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan
dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."
perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan
dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."


2 komen best:
all the best!
tgk jadual exam cam dh dekat dh tuh,huhu
bukan macam, memang sangat dekat! gulpp~ doakan saye berjaya, ye!
Post a Comment