Aristotle kata, kebaikan bukan fitrah kecuali pada nabi dan rasul. maknanya ia cuma akan terjadi, atau menjadi sifat seseorang apabila ia diulang-ulang dan dibiasakan secara extrinsic (dilatih). Siapa setuju dengan kata-kata Aristotle ni?
Secara dalamannya saya tak setuju, sebab bagi saya kebaikan itu fitrah, dimana sesiapa saja berhajat kepada kebaikan. Dan ia tentang pemikiran, tidak ada betul atau salah selagi ianya adalah pendapat.
Kejahatan, siapa pula yang sukakan kejahatan?
Dalam elemen alam, api itu perlu buat memberi kehangatan, tetapi kalau ia terlalu banyak, ia menjadi disaster. "api itu ibaratnya: kecil jadi kawan, besar jadi lawan". Bermakna, kejahatan itu perlu dalam elemen kehidupan buat menjadi sempadan, tapi kalau terlalu banyak ia menjadi masalah besar kepada dunia.
Tapi, jangan dipaksa sisi jahat seseorang yang biasa-biasa itu untuk tampil. Kerana apabila ia terjadi, tiada sesiapa yang sukakannya. Siapalah yang sukakan kejahatan, kan?
Kadang-kadang saya terfikir, orang yang berbuat jahat macam merompak dan bunuh orang apa semua tu, tak tau hukum alam ke?
Teori utilitarianisme memang tak boleh pakai.
saya pernah tanya pada ramai orang. kira macam survey la juga nih.
"Buat jahat dengan buat baik, mana lagi susah?"
jawapan biasa, "Buat baik la susah."
Cuma satu orang sahaja menjawab begini, "buat jahat la susah. bila nak mencuri, mesti sorok-sorok. kalau nak merompak, kena tunggu waktu sesuai, macam waktu malam ke.. kalau kena tangkap kena hukum pulak. kalau buat baik, senyum pun dah dikira sedekah. Senang kan, buat baik?"
so, jangan tunggu-tunggu lagi untuk buat baik~

5 komen best:
buat baik berpada-[ada, buat jahat jgn sesekali
saya bntah aristotle!!.. pada saya, kalau saya nak jadi baik, saya jadi baik arrr..xde masalh pun~~~..
satu lg, patut la ikin tanya pasal buat baik n buat jahat....pastu ikin post pulak jawapn saya yg >>suka buat baik...ha3... <<--ayat bongkak, tuan punya blog yg ajar
@penaberkala
yup. tu selalu baca dalam buku2 cerita kanak2 dulu2..~
@terry bogart
kalau orang2 tak berilmu baca kata2 Aristotle tu, memang diorang percaya habis kut. maklum, kata2 tokoh yang boleh dikatakan persuasive dan meyakinkan..pengaruh dia kuat, macam Darwin.
malas nak komen ayat terry bogart yang bawah tu. tak paham. :P
jom buat baik~
jejomm~
Post a Comment