ketiga-tiga perkara di atas adalah perkara yang berbeza.
Corruption bermaksud penyalahgunaan ataupun penyelewengan.
terrorism bermaksud keganasan, dan ia sangat melampau kerana ia bukan sahaja menarik jiwa secara Pandangan fizikal, tetapi ia juga mengambil jiwa secara halus. [wars take away a peaceful soul]
Buang anak adalah suatu perbuatan menyingkirkan anak dari tanggungjawab sepatutnya oleh seorang ibu atau bapa.
Persamaan antara ketiga-tiga perkara ini ialah ia dilakukan oleh manusia yang berakal. Orang gila yang mengamuk tidak dipanggil terrorist, tetapi dipanggil orang gila yang menggila-zaman sekarang orang gila tak mengamuk pun, melainkan orang hilang akal macam kes pembunuhan keluarga di Gemencheh. Orang gila tidak tahu apa itu penyelewengan, kerana dalam undang-undang dunia sekalipun, orang gila tidak boleh didakwa (apatah lagi undang-undang Islam). Orang gila dalam cerita Meniti Kaca dengan watak Mahyun tidak pernah menafikan status anaknya, Nazar sebagai anak, cuma dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Pengganas yang saya maksudkan ialah orang yang mencetuskan huru-hara, menerbitkan ideologi sempit yang menyebabkan ketidaksejahteraan dalam masyarakat, mencipta senjata dan bom untuk didagangkan dan mencipta peperangan, berhati busuk dan dengki kepada keamanan sejagat. Saya amat benci pengganas.
Corruption atau penyelewengan dilakukan oleh orang yang menyalahgunakan sesuatu yang hak, menyalahi etika dan bertindak di luar batasan. Penyelewengan berlaku dalam pelbagai bentuk, macam-macam cara dan oleh sebilangan orang yang tidak ingatkan Tuhan.
Orang yang buang anak pula adalah orang yang tau buat tapi tak tau taubat. Kegeraman saya semakin tinggi, akhbar hari ini melaporkan tentang seorang wanita yang ditangkap menyumbatkan bayi ke dalam lubang tandas. Jahat-jahat-jahat! Kalau dah tahu anak tu lahir untuk dibuang, kenapa mengandungkan dia? Kalau taknak mengandung, kenapa buat jugak penzinaan tu?
sebabtu la, bila orang cakap jangan kapel, takyah aa kapel2. gatal sangat tu nape? eii...geram2. panas hati rasanya.
okok. Balik semula kepada topik. corruption, terrorism dan buang anak dilakukan oleh 3 golongan yang ada akal tapi menggunakannya kepada jalan yang salah.
Semalam lecturer Marketing saya kata macamni; "orang-orang yang buat corruption harini, kalau saya tau dia student saya, kalau saya jumpa dia saya akan cakap, "Kalau macamnilah perangai awak, saya takkan bagi awak A dulu"."
Samalah juga dengan terrorist-bomb creator, extremer: tak guna kalau bijak tapi tak dimanfaatkan. Tak guna ada tenaga tapi merosakkan komuniti. ah. kenapa hati terasa amat marah ni...
Samalah juga dengan orang yang buang anak: kenapa sampai sanggup buat macamni..astaghfirullah.. Kenapa.. Tak ingat kat Allah dah ke.. Kita bukan pengambil jiwa, tapi kita menerima jiwa sebagai satu rahmat... Kan bagus kalau ko yang kene buang dulu..
cukup-cukuplah. saya sudah sangat sedih. tolonglah ingat Tuhan. Takutkanlah neraka.. tolonglah..tolonglah.. saya amat sayangkan anda..
tolonglah berhenti buat maksiat. tolonglah berhenti bunuh orang. tolonglah berhenti dari lalai bermain facebook dan bersuka suka bercinta hangat.
tolonglah belajar rajin-rajin. tolonglah jangan biarkan diri dihina...ketahuilah, saya amat terseksa...
Jiran sebelah rumah saya dah kahwin lebih sepuluh tahun tapi takdek anak. Asyik gugur je. Mereka rindukan penyeri yang bakal menabur bunga-bunga keindahan dan penyeri jalan ke syurga..ketahuilah betapa sunyinya hidup tanpa anak..
ketahuilah corruption menyebabkan orang lain kesusahan.. Tolonglah..kembalikan sesuatu pada yang hak..
Dalam hadis Rasulullah ada menyebut: orang yang ingin mendapatkan kemuliaan selain kemuliaan di sisi Allah, Allah akan menghinakan dirinya..
Salam sayang, jaga hati, jaga iman. Doakan saya.

3 komen best:
erm
kadang2 drg ni lupe batasan
lupa tanggungjawab kita dibumi ini sbg khalifah dibumi ni
neway lawa layout baru
hehehe
sayang kamo..
tenkiu. but too simple.
syg sue jugaa..hihi. :p
inilah padahnya kalau nafsu diangkat menjadi tuhan - so, manusia mulai sesat kerana bertuhankan nafsu jahat mereka sendiri... hmm
Post a Comment