Saturday, October 24, 2009

Pilihan dan keputusan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009
sejak petang tadi, hati benar-benar meronta-ronta untuk menulis di layar cantik ini.

pernah dengar tak lagu 'Suratan atau Kebetulan'? aku ingin bercakap mengenai sebaris lagunya: Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan...."

abah pernah memberi kata-kata ini buat aku: "never have second chance. sekali dah buat pilihan, jangan patah balik lagi."

abah memberi nasihat secara berkala. dan, seingat aku, abah tidak pernah mengulang pesanannya buat kali kedua. namun, nasihat yang sekali sekala hadir itulah, yang membuat aku menyimpannya seperti mutiara yang amat tinggi nilainya. abah juga berpesan, "jangan biar diri kita mempunyai peluang lain lagi"

ibu dan abah sentiasa memberi aku kebebasan dalam memilih, sejak dari memilih sekolah rendah aliran apa sehinggalah memilih bidang apa yang mahu aku pelajari sekarang. Mereka juga memberi aku kebebasan dalam banyak hal, hatta dalam memilih pasangan hidup sekalipun. Kata mereka, selagi aku di landas yang betul, restu mereka wajib untuk aku. Dan kadang-kadang kebebasan memilih juga cukup membingungkan. Kadang pilihan aku juga tidak dipersetujui, tapi kerana aku merasakan pilihan aku betul setelah dinilai dari sudut rasional dan kematangan aku yang sekarang, aku memperjuangkannya dan mereka secara diamnya tidak membantah.

dan kerana kebebasan itu, aku kadang-kadang terlantar dalam dilemma.

dalam membuat pilihan, aku sendiri perlu menilai dari seluruh aspek: masa, tenaga, diri sendiri, komitmen yang ada, pelajaran, keluarga, perancangan sedia ada dan semuanya. Hakikatnya memilih juga bukanlah satu hal yang mudah, dan ia juga satu proses yang penting dalam hidup. Allah juga memberi kemudahan kepada manusia dalam memilih jalannya tersendiri, seperti firman-Nya dalam surah As-Syams:
"...dan aku telah mengilhamkan kepadanya(jiwa) supaya memilih jalan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah bagi yang memilih jalan kebaikan, dan yang memilih jalan keburukan termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.."
kebanyakan manusia lupa tentang suatu hal penting dalam membuat pilihan. Dalam kriteria memilih, perlu juga dimasukkan sama ada jalan yang dipilih itu mengikut landas syarak atau tidak. Ia sama seperti memilih syurga atau neraka..  Kerana pilihan itu, mungkin akan melemahkan iman dan menyempitkan masa buat mentarbiyah diri dan memungkinkan kesulitan dalam menyempurnakan ibadah.

Kerana pilihan itu satu proses hidup, kerana memilih untuk hidup juga adalah keputusan yang pernah aku lakukan sebelum lahir ke dunia, dengan rahmat Allah.

Susahnya membuat pilihan. sepertinya aku sedang memilih antara dua orang lelaki pula. Kerana pilihan ini, bakal memberi impak besar buat aku. Semoga pilihan ini, pilihan terbaik untuk aku. Doakan aku dapat membuat pilihan yang tepat.

Susahnya membuat pilihan, aku terasa susah hati. Kadang-kadang dalam membuat pilihan aku amat yakin, dan kadang-kadang perasaan gusar membingungkan juga.

Susahnya membuat pilihan, kerana aku tidak tahu apa yang ada di hadapan. Semoga Allah memudahkan segalanya..

Pilihan ini, aku terima.

Semoga apa yang ada dihadapan, menambahkuatkan lagi iman aku, bukan melemahkan, malah bukan menjadi penghalang antara aku dengan Cinta Hati. Andai aku tersimpang atau terlajak, ingatkan, ya.

Kerana tugas ini, amanah kecil yang tidak mudah. Ia mudah membuat aku menangis di saat-saat genting.
Jari ini sepertinya tidak mahu berhenti menaip pula..aku pen-off ya.

Tolong doakan semuanya yang terbaik untuk aku. Demi tugas ini. Aku amat berharap, pilihan aku bukan penghalang antara aku dengan kerja-kerja menuju puncak Islam yang syumul..

2 komen best:

amy said...

but for me, everyone deserve the the second chance.

norashikin rahmat said...

yes, youre right.
tapi maksud encik rahmat merangkap abah saye, never have second chance bermaksud mengajar diri membuat yang terbaik, kerana kepercayaan pada ketidakwujudan peluang kedua.

kalau kita sentiasa ada peluang kedua dan seterusnya, we will keep saying to ourself: takpe2, takyah buat betul2, nanti boleh buat betul2 next time.

sama juga dengan hidup, kalau Tuhan kasi kita hidup banyak kali, kita akan jadikan hidup yang ini worst, dan merancang untuk jadi baik pula untuk hidup yang lain..sebab itulah, mungkin, Tuhan hanya kasi nyawa kita satu je..kalau tak, habislah dunia ni dirosakkan oleh ujikaji2 kita padanyawa2 yang telah lepas.

takkah peluang itu unik?

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea