Wednesday, April 06, 2011

Kesilapan seorang ketua

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 06, 2011 0 komen best
Kalau dulu saya selalu menjadi anggota kerja, jadi AJK, melakukan apa sahaja kerja yang diarahkan, sekarang tidak. Sekarang saya ketua.

Kata Mr. Adam, the biggest mistake of a manager is he or she does not know how to make decision.

But in term of NOW, saya rasa tak sedap hatilah. Kesilapan saya ialah tidak pandai berkomunikasi dengan baik dengan subordinate. Semalam saya memarahi seseorang dengan tidak sengaja. Setelah melihat raut mukanya yang berubah baru saya perasan yang cara saya menegurnya agak kasar. Mesti dia kecil hati dengan saya.

Tarikh program dah dekat, dan hati saya dilanda resah. Allah, ...

Kawan, nasihatilah aku.

Saya ingin mencatat pengalaman dan apa yang saya serap setakat ini, agar ia boleh menjadi panduan pada masa depan.


  • Baru saya tahu, seorang pengarah program itu penuh dengan kerisauan tetapi dalam masa yang sama dia mesti berlagak relaks agar orang bawahannya tidak menggelabah sepertinya.
  • Seorang ketua juga mesti tahu bagaimana menggunakan seni dalam berkata-kata. 'Art of Seducing', kata orang jawa.
  • Setelah hampir sebulan, saya tidur dan makan sambil berfikir tentang projek dan tugasan. Dan, yang penting, saya terasa begitu dekat dengan Allah, kerana saya yakin, kelulusan dan kelancaran yang diperoleh semasa berurusan dengan manusia diperoleh dengan izin Allah sahaja. 
  • Kertas kerja saya begitu cepat diluluskan. Alhamdulillah.
  • Menangis? Macam lumrah bagi beginner.
  • Saya 'berbahas' dengan pengetua kolej kediaman pada kali pertama bertemu dengannya dalam meeting. Walaupun saya tidak menang, tetapi saya tak kalah. 
  • Projek pimpinan saya bertajuk 'Forum: Untung Tiada Rugi'. Jemputannya ialah Cikgu Azmi Bahari dan Prof Syukri bin Ahmad. Moderator, Shawal (ex-MPP). Ini bukan projek saya, tapi ini adalah projek bersama-sama. Program ini akan dijalankan seiring dengan 'Petro Open Day' pada 16 April, 9 malam. 
  • Program lagi satu ialah 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu', terbuka kepada semua pelajar. Projek ini anjuran Pusat Islam, dan saya berfungsi sebagai pengarah. Penyampai untuk projek ini ialah Tn. Hj. Rosdi bin Baharom, Pegawai HEP Kolej Terbaik Dunia (Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan). Untuk slot forum, panelnya, sekali lagi ialah Prof. Madya Dr Shukri bin Ahmad, dan, penel cadangan, Puan Maimunah, Pensyarah UUM. Moderator, Safwan. Program ini ialah sehari sebelum Forum Untung Tiada Rugi, iaitu pada 15 april, juga dijalankan di Dewan Ilmu DPP Petronas.
  • Apa yang boleh saya katakan ialah seorang pengarah projek mesti makan untuk memperoleh tenaga. Kalau jatuh sakti nanti, semua kerja tak jadi.
  • Untuk running projecy dan buat assignment pada masa yang sama, pastikan anda mendapat groupmate yang macam soulmate, saling memahami. Ia akan memudahkan kerja anda.
  • Yang paling penting, bertawakkallah kepada Allah semasa berusaha, setiap masa. Doa itu sangat penting. 
  • Beritahu ibu dan abah anda yang anda sedang menerajui projek supaya mereka tak tertanya-tanya apakah sihat atau sakit anaknya yang jauh di perantauan, atau supaya mereka tidak merajuk dengan anda. Minta doa mereka, itu sangat penting.

Monday, April 04, 2011

La Tahzan, Innallaha ma'na..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 04, 2011 0 komen best


Kata-kata lelaki ini sedikit sebanyak memberi motivasi buat diri. Tiba-tiba rasa macam..dugaan yang dilalui hanya secubit cuma.

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel..

Sunday, April 03, 2011

Kiamatmu, setiap saat semakin mendekat.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 03, 2011 0 komen best
Kawan saya dan saya, pada suatu pagi kami membaca suratkhabar bersama-sama. Dia membacakan headlines tentang bencana tsunami dan loji nuklear, lalu berkata, "eh kin, banyaknya bencana alam sekarang ni.. tanda kiamat kan, kin?"..

Tadi, bila membaca blog wanperlis tentang 'Gempa Bumi Ubah Paksi Bumi', apa yang terlintas di kepala saya ialah memang kiamat sudah dekat. Kiamat besar, hari yang dijanjikan Allah dimana Nabi S.A.W berkata, pada hari itulah ibu-ibu yang sedang menyusukan anak-anaknya akan meninggalkan anak mereka, kerana pada hari itu setiap manusia sudah tiada masa untuk orang lain melainkan mula menilik apakah nasib diri kelak. Hari yang mana orang kafir mula mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah, mahu beriman tetapi telah terlambat.

Lintasan ini membuat saya terfikir, apakah kita tidak teringatkan kiamat yang sentiasa dekat dengan kita? Yang akan berlaku bila-bila masa? kiamat kecil, tetapi mampu membuat kita menangis di hadapan Allah untuk meminta satu hari saja masa lagi untuk beribadah mencukupkan amal hanya kepadaNya? Adakah kita lupa tentangnya?

Kita manusia, insan dan pelupa. Kerana itulah kita selalu diuji untuk diingatkan bahawa kita adalah hamba yang mesti bergantung harap hanya padaNya.

Kerana kita insan dan pelupa, maka kita perlu hidup bersahabat, mencari sahabat yang baik, medapatkan guru yang soleh atau mithali, supaya kita dapat hidup dalam komuniti yang baik.

Kerana kita hamba, untuk 'makan' dan terus 'hidup', kita perlu meminta dari Sang 'Tuan'. Untuk mendapatkan keperluan-keperluan ini, tidak ada lain yang seorang hamba boleh lakukan selain melakukan 'kerja' yang 'ditugaskan'. Hamba yang tidak bekerja adalah hamba yang malas dan layak dibuang dari kerjanya. Dan dia akan digantikan dengan yang baru.

Attachment dengan Tuhan itu penting. Tanpa Allah, siapalah kita. Allah telah berfirman, andai semua makhluk itu kufur, tidak berkurang sedikitpun kekuasaanNya, dan jika semua hamba itu taat, tidak bertambah sedikit pun keagunganNya. sedangkan bagi Allah, dunia baginya tidak sebanding pun dengan sebelah sayap seekor lalat, apatah lagi manusia kerdil macam kita.

Kita kerdil, sangat kerdil. Tuhanku, ampunkanlah kami dan kasihanilah kami..

Matikan kami dengan akhiran yang baik.

Kiamatmu, setiap saat semakin mendekat. Tersenyumlah kepada kematian, yakinilah bahawa dia sahabat baikmu di dunia.

Saturday, April 02, 2011

Kata jiwa kepada diri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 02, 2011 2 komen best
Jangan sesekali merasakan engkau telah memberi,
kerana engkau adalah berkongsi

Jangan sesekali mencela,
kerana engkaulah yang tercela

Allah, aku ini selalu sekali memungkiri janji
Dan merosakkan kepercayaanMu..

Jadikanlah hidup ini indah hanya keranaMu.

Get More Islamic Testi Here!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea