ini saya peroleh daripada sepupu saya melalui e-mail. Credit to her. :)
Wednesday, April 14, 2010
Surat pekeliling PETRONAS
Saya rasa ini penting untuk semua orang tahu. Pernah tak anda dapat barangan percuma daripada sesiapa semasa mengisi minyak di stesen minyak? kalau ya, sila baca.sila klik pada gambar untuk baca.
ini saya peroleh daripada sepupu saya melalui e-mail. Credit to her. :)
ini saya peroleh daripada sepupu saya melalui e-mail. Credit to her. :)
Tuesday, April 13, 2010
imperfect perfectionist.
"you are so perfectionist" katanya dalam keadaan bergurau.
sejak itu perkataan itu bermain-main di kepala saya. Manusia selalu mempersoalkan kesempurnaan. Segalanya mesti mahu sempurna. Hakikatnya sempurna itu subjektif.
Bagi saya sempurna itu wujud dan tak wujud. Sempurna itu sifat Tuhan. kalau saya katakan orang cacat itu sempurna, anda setuju tak?
kalau saya ditanya soalan itu, saya akan setuju.
God creatures are perfect. always perfect. hatta cacat takde mata sekalipun, ia tetap perfect. ketidaksempurnaan itu cuma sifat makhluk. Kenapa saya katakan orang cacat adalah perfect kerana Allah yang telah menjadikannya begitu. perkataan dan persepsi cacat adalah prejudis ciptaan manusia.
cacat itu cumalah diluar batas kebiasaan. katakan kalau Tuhan jadikan semua orang takde cuping telinga, tapi tiba-tiba anda ada telinga, orang lain akan katakan anda ni cacat, kan?
Katakan manusia kata dapat straight A itu perfect, kerja bagus-bagus itu perfect. Kelak apabila persepsi kita berubah, orang itu tidak lagi perfect. Tak perfect jugak, kan?
apa yang kita boleh usahakan dalam hidup ni adalah buat yang terbaik cuma.
Kerana sempurna iu bukan sifat makhluk.
Manusia yang mengejar kesempurnaan dalam setiap perkara akan melihat kekurangan pada setiap yang dilakukan. dan dialah orang yang paling tak sempurna.
Walau sesempurna mana pun kita cuba melaksanakan sesuatu, ia tetap buruk pada pandangan sesetengah orang. Walau sebaik manapun seseorang lelaki yang, tidak semua orang akan memperkatakan dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga, walau sekuat mana pun seorang ibu berusaha melakukan yang terbaik buat anaknya, adakalanya si anak menjadi derhaka tak tentu punca.
Kadang-kadang untuk kita menghasilkan sesuatu yang baik, kita tersilap langkah. Kita sangkakan apa yang kita buat sudah terbaik, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita mahu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa adanya tindakan di luar kebiasaan. Kita lupa bertawakal kepada Allah.
Seorang ibu, misalnya. Dia memberikan segalanya yang dirasakan perlu bagi seorang anak, sampai dia tidak sedar bahawa dia telah terlalu memanjakan anaknya sehinggakan anaknya itu setelah dewasa menjadi kurang ajar dan lupa diri.
Seorang guru, misalnya. Dia berasa tercabar lantaran seorang pelajar yang bercakap di hadapannya dalam kelas semasa mengajar, tidak menjawab soalan yang ditanya. Lantas, memberi penampar dirasakan langkah yang terbaik demi memberi pengajaran kepada budak itu dan yang lain. Hasilnya, budak itu menjadi lebih jahat dan kurang ajar.
Seorang adik, misalnya. Selalu mengalah pada si kakak demi mengelakkan pertengkaran, tetapi kakaknya sentiasa berasa tidak puas hati kepadanya dengan menuduhnya yang tidak-tidak.
Hakikatnya menjadi sempurna adalah mustahil. Fairy tales tidak wujud dalam dunia realiti. Hatta cerita Cinderella sekalipun.
Yang boleh kita lakukan adalah melakukan perkara terbaik di atas garis panduan, dan berdoa supaya dibantu Allah atas setiap gerak geri kita, dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Jangan lupa sifat redha.
bersangka baik itu baik.
Maaf kalau kata-kata dalam entri ini sukar difahami, semoga apa yang saya ingin sampaikan membri maksudnya.
Wallahu a'lam, semoga bermanfaat.
nota kaki: perfectionist bermaksud seseorang yang suka memastikan semua perkara adalah sempurna dan tidak puas hati dengan kekurangan.

Categories
aku dan kehidupan,
duhai jiwa,
kata-kata hati,
perkongsian,
reflection,
tazkirah,
this is real
Monday, April 12, 2010
for all the feelings that fade away
untuk semua perasaan yang sudah tidak ada. untuk semua rasa palsu yang telah hilang. untuk semua keharmonian dan kasih sayang, apabila ia telah berlalu...
kadang-kadang kita di pihak yang memutuskan, jadi kita tidak tahu apakah pihak yang lagi satu mahu. dan bilamana roda kehidupan berputar, kita di pihak yang diputuskan, dan kita tiba-tiba tahu apakah rasanya berpijak pada tanah.
namun kita tidak ada daya untuk mengubah hati orang, tetapi kita ada daya mengubah keadaan.
jangan kita lupa, yang membolak-balikkan perasaan itu siapa. Yang memiliki hati-hati ini adalah siapa. Dia yang menentukan hati kita berasa begini dan begitu. Dia telah menjadikan syaitan untuk menyuntik penyakit-penyakit hati. Dia telah menjadikan perasaan itu lumrah...
andaikan kita tidak ada perasaan.
maka dunia berwarna warni ini pasti tidak ada erti.
Tatkala kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, atau sekurang-kurangnya belajar untuk menyayanginya, atau cuba memahaminya, atau cuba menghormatinya, atau ambil tahu tentangnya atau..apa-apa sahaja... tatkala kita merasa tak dihargai, maka itu bermakna kita belum ikhlas...
Tatkala kita tersayat hati menghadapi cercaannya yang senyap, dan doa dan sabar menghiasi kalbu, dan hati dicucuk-cucuk syaitan supaya menjadi marah-marah, istighfar menjadi dinding kekebalan... Ya, bagaimana ya kalau seorang ibu menghadapi kerenah anak-anaknya?
Tatkala kita cuba untuk membenci dia, dia sudahpun menjadi sebahagian daripada masa kehidupan yang kita ada..dia mengajar kita erti kesabaran dan menangani kekerasannya..dan suatu hari apabila kita berjumpa orang yang berperangai lebih teruk darinya, kita sudah bisa membandingkan..
Pesan nabi, "apabila kamu menemukan masalah yang besar, anggaplah ia kecil..apabila kamu menemukan masalaha kecil, anggaplah ia tidak apa-apa.."
Ayuh bangkit pemuda-pemudi Islam..!
jangan lemah, jangan lemah..
ada banyak di luar sana masalah ummah..
relakah kita melihat tempik sorak iblis dan syaitan?
relakah hati dan jiwa kita dirobek penyakit-penyakit hati?
relakah kita meninggalkan jihad hati ini...?
Allah yang memiliki segala hati, jadi kalau kita rasa payah menghadapi penyakit-penyakit dunia, maka berdoalah..doa kan senjata mukmin!
"Wahai Pemilik Jiwa kami, Engkaulah yang memegang hati-hati kami, yang membolak-baliknya, yang menentukan apa yang dirasanya, Kau tetapkanlah hati kami di atas jalanMu..."
Tuhan jadikan kita belajar satu-satu.
Untuk berlari, kita perlu belajar bertatih dan terjatuh, dan parut yang kekal bererti 'award' dari kehidupan!
saya sayang semua.

kata-kata hati
things i wonder
Ini semua cerita semalam.
- Semalam saya pergi ke Bangunan Sains Kognitif untuk menghantar tugasan Kenegaraan Malaysia kepada Dr. Rohani. Beliau banyak berpesan supaya belajar betul-betul dan bersungguh-sungguh.. [Kalau dia boleh, sayapun mestilah sangat boleh!!-InsyaAllah..]
- Semalam semua ATM di UUM Out of Service.. saya fikir ini semua gara-gara blackout selama 6 jam hari sebelumnya untuk proses repair hapetah kat pencawang utama..
- Jadi duit yang saya ada cuma cukup untuk bayar printout tugasan. sebelum tu sempat beli sebotol air dan dua keping roti.alhamdulillah!
- ATM mula berfungsi dalam pukul 3.30 petang.
- Semasa menunggu makanan, saya terasa amat lapar. Maka terbayanglah makanan yang banyak yang ingin dimakan. (fatamorgana kadang-kadang, hehe). Patutlah Rasulullah menganjurkan kita supaya makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan sebelum lapar supaya kita tak tamak untuk membeli itu dan ini (seperti yang selalu berlaku semasa bulan puasa), dan berhenti sebelum kenyang supaya kita tak terasa malas. Lagipun kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
- Kak Su akan menamatkan pembelajarannya di UUM semester ini..sorang demi sorang akan meninggalkan saya.. Semester lepas abang Adib, semester ni Kak Su, semester depan Kak Yana, sem lagi satu Kak Reen, kemudian Kak Ila. Ni semua geng Pulau Perhentian.
Categories
merepek mode,
new day.,
reflection,
study
Subscribe to:
Posts (Atom)