Sunday, October 25, 2009

fakta menarik!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 25, 2009 6 komen best
sepanjang kita hidup,....
  • secara purata manusia muntah dua kali setahun, memenuhkan 5 baldi penuh sepanjang kehidupan kita
  • secara purata manusia jatuh cinta tiga kali sepanjang hidup,  dan sebuah perkahwinan bertahan secara purata 11 1/2 tahun
  • 70% daripada kita paling kurang pernah berkahwin sekali.
  • secara purata manusia melakukan hubungan seksual dua kali seminggu, memiliki 10 pasangan seksual sepanjang hidup dan melakukan 4239kali hubungan intim sepanjang hidup
  • bahan untuk membentuk sebuah komputer lebih banyak dari bahan untuk membina sebuah kereta.
  • 40 tan sampah per individu sepanjang hayat.
  • Krismas menyebabkan kegiatan seluruh negara terhenti.
  • setiap orang mempunyai purata memiliki 8 kenderaan sepanjang hayat: troly, baby walker, kereta kecil, basikal, kereta-kereta, sehinggalah kenderaan yang menyenangkan kembali: kerusi roda.
  • seorang manusia berjalan 197 batu setahun: bersamaan 15464 batu dalam 54 tahun.
  • seorang manusia memandu sejauh 5766 batu setahun, dan jarak ini cukup untuk sampai ke bulan.
  • setiap manusia secara puratanya menonton TV selama 2944 hari, bersamaan 8 tahun genap masa dihabiskan menonton TV.
  • setiap manusia secara puratanya membaca 533 buah buku sepanjang hidupnya.
  • dalam kalangan manusia, 3% jarang membaca buku, dan 48% tidak pernah membaca buku.
  • 2455 akhbar=1.5 tan=24 batang pokok ditebang untuk itu. [err..takyah baca paper aa..=D]
  • hanya 50 kali peluang mengundi secara purata sepanjang hayat, dan lead yang digunakan untuk memilih pemimpin cumalah tidak sampai 2 cm.
  • seorang rakyat Britain secara puratanya minum 3 cawan teh sehari=74,802 cawan sepanjang hidup.
  • nikmat meminum teh bermula 500 tahu dahulu, apabila sehelai daun teh terjatuh ke dalam minuman raja.
  • teh menjadi minuman utama di Britain.
  • secara purata seorang manusia berjumpa doktor 314 kali sepanjang hayat.
  • airmata yang telah mengalir sepanjang hidup seorang manusia ialah 61.5 liter: tidak kira semasa menangis, ditiup angin atau apapun.
  • rangka tubuh manusia di-renew setiap 10 tahun.
  • 78.5 tahun=104 390 kenangan dan mimpi
  • per 1700 orang yang kita temui, mereka mati kerana..
             -305 sakit jantung
             -175 angin ahmar
             -111pneumonia
             -99 lung cancer
             -72 sesak nafas
             -63 dimentia atau alzheimer
             -49 barah usus
             -32 breast cancer
             -10 bunuh diri
             -9 kemalangan
             -3 dibunuh
  • dalam 38.5 bilion tahun, pelbagai benua lesap dan muncul, hanya laut yang tidak berubah.
  • sepanjang kita hidup, sebanyak 415,000,000 kali kerdipan mata.
kita tidak membawa apa-apa kedunia, dan tidak boleh mengambil apa-apa dari dunia dan tidak membawa apa-apa sewaktu mati. memang dunia ini persinggahan. Lalu, apa yang telah kita lakukan padanya?

Singgah rumah orang, kemudian kencing berak merata-rata, tak malukah?

Apa telah kita buat pada dunia, ya? Sungguh manusia tidak pandai bersyukur..kecuali yang mengerti..



**segala fakta di atas, aku peroleh dalam masa 30 minit menerusi channel National Geographic: Nat Geo Junior. segala kesalahan dan kesilapan minta diampunkan, kerana fakta yang dinyatakan adalah kajian secara general, dan mungkin beberapa fakta itu spesifik kepada beberapa tempat dalam dunia sahaja.

p/s: semoga dapat mengambil iktibar.

tentang Fatimah Az-Zahra: majlis aqiqah Ustaz Muhtad

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 25, 2009 0 komen best
semalam aku, kak maryam, kak hana dan kak anis pergi melawat Kak Faizah yang baru bersalin anak sulung, 8 hari lepas..dan, bagi meraikan kelahiran sulung itu, Ustaz muhtad buat aqiqah...

Tambah lagi seorang bakal mujahidah. Fatimah Az-Zahra.

Apa yang aku fikirkan semasa melihat bayi mulus itu, adalah pengorbanan seorang ibu. Jauh di sudut hati, aku terkenang, bagaimana susahnya seorang ibu berjuang melahirkan bayinya.. dalam kepucatan, dan masih tidak hilang sakit, seorang ibu masih mampu menyusukan bayinya, sebagai tanda kasih dan cinta...

minggu pertama lahir ke dunia, kebanyakan bayi akan mengalami demam kuning, atau simptomnya. Dan kerisauan apakah yang kita beri kepada ibu sejak lahir sehingga besar...?

asal sahaja lahir ke dunia, kalau tidak ada seribu, atau rm 1000 dalam tangan, bagaimana boleh si ayah membiayai kos kelahiran kita...hospital swasta memerlukan kos rm3000.. lahir saja rm3000, makan pakai, pampers lagi.. kos perubatan lagi.. bagi yang ibubapa orang senang tak mengapalah, bagi yang ibu bapa hanya bekerja kilang, pekedai, yang berpendapatan rendah? oh.. andai anak ini membesar dengan taat dan menyenangkan hati, itu, suatu anugerah.. tapi, kalau sebaliknya?

Mengucup dahi si bayi dengan penuh rasa sayang. kenapa kita digalakkan untuk melawat orang yang baru melahirkan, selain meraikan ahli baru dalam keluarga islam, mungkin untuk mengenang kembali jasa dan pengorbanan ibu kita.. dan.. demi mengingatkan bahawa aku, seorang perempuan juga bakal menjadi seorang ibu. tapi, sebelum bergelar seorang ibu, aku perlu melalui suatu proses: melahirkan bayi.

Melihat Fatimah AzZahra, aku teruja untuk mengendong dan memeluknya. Dia menangis, dan bila disuakan susu dia diam. Bila tertidur, aku letak botol susunya, dan dia menangis lagi. Tiba-tiba Ustaz Muhtad menjenguk ke dalam. Katanya: "Aaa...bolehlaa tu ambil tender jadi babysitter.."

Kak Maryam, Kak Hana dan Kak Hanis takmau angkat baby, katanya tak berani. Mereka juga bergurau tentang aku menjadi babysitter.

"AzZahra, jadi anak soleh yea.." sempat aku berbisik ditelinganya, dan menciumnya, sebelum pulang.

mobiliti ke majlis ini ditaja oleh Akh Fadhli. Jazakallah. :)

info: ustaz Muhtad yang memberi penerangan kepada aku tentang tiga soalan di entri Ramadhan ini, Allah temukan aku dengan Ahsannas..

Saturday, October 24, 2009

Pilihan dan keputusan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009 2 komen best
sejak petang tadi, hati benar-benar meronta-ronta untuk menulis di layar cantik ini.

pernah dengar tak lagu 'Suratan atau Kebetulan'? aku ingin bercakap mengenai sebaris lagunya: Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan...."

abah pernah memberi kata-kata ini buat aku: "never have second chance. sekali dah buat pilihan, jangan patah balik lagi."

abah memberi nasihat secara berkala. dan, seingat aku, abah tidak pernah mengulang pesanannya buat kali kedua. namun, nasihat yang sekali sekala hadir itulah, yang membuat aku menyimpannya seperti mutiara yang amat tinggi nilainya. abah juga berpesan, "jangan biar diri kita mempunyai peluang lain lagi"

ibu dan abah sentiasa memberi aku kebebasan dalam memilih, sejak dari memilih sekolah rendah aliran apa sehinggalah memilih bidang apa yang mahu aku pelajari sekarang. Mereka juga memberi aku kebebasan dalam banyak hal, hatta dalam memilih pasangan hidup sekalipun. Kata mereka, selagi aku di landas yang betul, restu mereka wajib untuk aku. Dan kadang-kadang kebebasan memilih juga cukup membingungkan. Kadang pilihan aku juga tidak dipersetujui, tapi kerana aku merasakan pilihan aku betul setelah dinilai dari sudut rasional dan kematangan aku yang sekarang, aku memperjuangkannya dan mereka secara diamnya tidak membantah.

dan kerana kebebasan itu, aku kadang-kadang terlantar dalam dilemma.

dalam membuat pilihan, aku sendiri perlu menilai dari seluruh aspek: masa, tenaga, diri sendiri, komitmen yang ada, pelajaran, keluarga, perancangan sedia ada dan semuanya. Hakikatnya memilih juga bukanlah satu hal yang mudah, dan ia juga satu proses yang penting dalam hidup. Allah juga memberi kemudahan kepada manusia dalam memilih jalannya tersendiri, seperti firman-Nya dalam surah As-Syams:
"...dan aku telah mengilhamkan kepadanya(jiwa) supaya memilih jalan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah bagi yang memilih jalan kebaikan, dan yang memilih jalan keburukan termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.."
kebanyakan manusia lupa tentang suatu hal penting dalam membuat pilihan. Dalam kriteria memilih, perlu juga dimasukkan sama ada jalan yang dipilih itu mengikut landas syarak atau tidak. Ia sama seperti memilih syurga atau neraka..  Kerana pilihan itu, mungkin akan melemahkan iman dan menyempitkan masa buat mentarbiyah diri dan memungkinkan kesulitan dalam menyempurnakan ibadah.

Kerana pilihan itu satu proses hidup, kerana memilih untuk hidup juga adalah keputusan yang pernah aku lakukan sebelum lahir ke dunia, dengan rahmat Allah.

Susahnya membuat pilihan. sepertinya aku sedang memilih antara dua orang lelaki pula. Kerana pilihan ini, bakal memberi impak besar buat aku. Semoga pilihan ini, pilihan terbaik untuk aku. Doakan aku dapat membuat pilihan yang tepat.

Susahnya membuat pilihan, aku terasa susah hati. Kadang-kadang dalam membuat pilihan aku amat yakin, dan kadang-kadang perasaan gusar membingungkan juga.

Susahnya membuat pilihan, kerana aku tidak tahu apa yang ada di hadapan. Semoga Allah memudahkan segalanya..

Pilihan ini, aku terima.

Semoga apa yang ada dihadapan, menambahkuatkan lagi iman aku, bukan melemahkan, malah bukan menjadi penghalang antara aku dengan Cinta Hati. Andai aku tersimpang atau terlajak, ingatkan, ya.

Kerana tugas ini, amanah kecil yang tidak mudah. Ia mudah membuat aku menangis di saat-saat genting.
Jari ini sepertinya tidak mahu berhenti menaip pula..aku pen-off ya.

Tolong doakan semuanya yang terbaik untuk aku. Demi tugas ini. Aku amat berharap, pilihan aku bukan penghalang antara aku dengan kerja-kerja menuju puncak Islam yang syumul..

yang terbaik bagimuuu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009 0 komen best

oleh:Ada Band
tajuk:Yang Terbaik Bagimu 

credit to lyricsmode.com


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Ada Band lyrics - Yang Terbaik Bagimu lyrics

Teringat masa kecilku
Kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu
Buatku melambung
Disisimu terngiang
Hangat nafas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi
Serta harapanmu

Kau ingin ku menjadi
Yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu
Jauhkan godaan
Yang mungkin kulakukan
Dalam waktuku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku
Terbelenggu jatuh dan terinjak

Reff :
Tuhan tolonglah sampaikan
Sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji
Tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya
Ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuhi maumu

Andaikan detik itu
Kan bergulir kembali
Kurindukan suasana
Basuh jiwaku
Membahagiakan aku
Yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu
Yang pernah terlewati
-----------------------------------------------------------------------------------------------

lagu ni, aku tak biasa dengar. tapi, untuk abah yang bakal menyambut ulangtahun ke-49, 29 oktober ini..
minta maaf , abah andai aku tidak dapat memberi yang terbaik bagimu..

untuk semua ayah..meskipun telah pergi menemui Ilahi, sejuta sayang anakmu tetap ada..

untuk sesiapa yang masih mempunyai seseorang yang dipanggil abah, ayah, daddy, walid, atau papa atau apa-apapun yang bermaksud bapa.. mari berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka.. sebelum esok takkan hadir dan andai tadi subuh yang terakhir..sama ada buat kita atau buat mereka..


[lately, aku rasa tak sabar nak jumpa ibu+abah. rindu kot :) ]

p/s: audio untuk subuh yang terakhir sudah upload.. :) 
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea