- secara purata manusia muntah dua kali setahun, memenuhkan 5 baldi penuh sepanjang kehidupan kita
- secara purata manusia jatuh cinta tiga kali sepanjang hidup, dan sebuah perkahwinan bertahan secara purata 11 1/2 tahun
- 70% daripada kita paling kurang pernah berkahwin sekali.
- secara purata manusia melakukan hubungan seksual dua kali seminggu, memiliki 10 pasangan seksual sepanjang hidup dan melakukan 4239kali hubungan intim sepanjang hidup
- bahan untuk membentuk sebuah komputer lebih banyak dari bahan untuk membina sebuah kereta.
- 40 tan sampah per individu sepanjang hayat.
- Krismas menyebabkan kegiatan seluruh negara terhenti.
- setiap orang mempunyai purata memiliki 8 kenderaan sepanjang hayat: troly, baby walker, kereta kecil, basikal, kereta-kereta, sehinggalah kenderaan yang menyenangkan kembali: kerusi roda.
- seorang manusia berjalan 197 batu setahun: bersamaan 15464 batu dalam 54 tahun.
- seorang manusia memandu sejauh 5766 batu setahun, dan jarak ini cukup untuk sampai ke bulan.
- setiap manusia secara puratanya menonton TV selama 2944 hari, bersamaan 8 tahun genap masa dihabiskan menonton TV.
- setiap manusia secara puratanya membaca 533 buah buku sepanjang hidupnya.
- dalam kalangan manusia, 3% jarang membaca buku, dan 48% tidak pernah membaca buku.
- 2455 akhbar=1.5 tan=24 batang pokok ditebang untuk itu. [err..takyah baca paper aa..=D]
- hanya 50 kali peluang mengundi secara purata sepanjang hayat, dan lead yang digunakan untuk memilih pemimpin cumalah tidak sampai 2 cm.
- seorang rakyat Britain secara puratanya minum 3 cawan teh sehari=74,802 cawan sepanjang hidup.
- nikmat meminum teh bermula 500 tahu dahulu, apabila sehelai daun teh terjatuh ke dalam minuman raja.
- teh menjadi minuman utama di Britain.
- secara purata seorang manusia berjumpa doktor 314 kali sepanjang hayat.
- airmata yang telah mengalir sepanjang hidup seorang manusia ialah 61.5 liter: tidak kira semasa menangis, ditiup angin atau apapun.
- rangka tubuh manusia di-renew setiap 10 tahun.
- 78.5 tahun=104 390 kenangan dan mimpi
- per 1700 orang yang kita temui, mereka mati kerana..
-175 angin ahmar
-111pneumonia
-99 lung cancer
-72 sesak nafas
-63 dimentia atau alzheimer
-49 barah usus
-32 breast cancer
-10 bunuh diri
-9 kemalangan
-3 dibunuh
- dalam 38.5 bilion tahun, pelbagai benua lesap dan muncul, hanya laut yang tidak berubah.
- sepanjang kita hidup, sebanyak 415,000,000 kali kerdipan mata.
kita tidak membawa apa-apa kedunia, dan tidak boleh mengambil apa-apa dari dunia dan tidak membawa apa-apa sewaktu mati. memang dunia ini persinggahan. Lalu, apa yang telah kita lakukan padanya?
Singgah rumah orang, kemudian kencing berak merata-rata, tak malukah?
**segala fakta di atas, aku peroleh dalam masa 30 minit menerusi channel National Geographic: Nat Geo Junior. segala kesalahan dan kesilapan minta diampunkan, kerana fakta yang dinyatakan adalah kajian secara general, dan mungkin beberapa fakta itu spesifik kepada beberapa tempat dalam dunia sahaja.
p/s: semoga dapat mengambil iktibar.
