Tuesday, March 17, 2009

18 ciri mukmin sejati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 17, 2009 0 komen best
semalam aku buat kerja di study room sampai lewat.
sebelum naik ke bilik, aku terjumpa mutiara ini tertampal di dinding. sekadar ingin berkongsi, semoga kita mendapat ilmu dan manfaat dari-Nya.


Ciri-ciri (Iman Ayan) yang tertulis dibawah ini adalah ciri paling rendah yang wajib dimiliki oleh setiap mukmin untuk mencapai taraf Al-Faizun(golongan yang mendapat kemenangan) dan terselamat dari siksaan api neraka-Wallahu A'lam.

1. Khusyuk dalam solat
2. Berpuasa
3. Berzakat
4. Menunaikan Haji apabila mampu
5. Redha menerima ketentuan Allah
6. Sabar menangung ujian Allah
7. bersyukur keatas nikmat Allah
8. Menjauhkan diri dari maksiat seperti zina, minum arak, berjudi, membunuh, bercakap kotor, mengumpat, mengeji, memfitnah, mengadu domba dan lain-lain.
9. Sentiasa bermujahadah melawan nafsudan membuang sifat-sifat mazmumah seperti ujub, riak, sombong, hasad dengki, dendam.
10.Berakhlak mulia seperti pemurah, rendah diri, bertolakansur, berlapang dada, pemaaf dan bersabar.
11.Tidak mahu bermewah-mewah, cukup dengan apa yang ada dan sangat bersederhana dalam hidup.
12.Berkasih sayang sesama mukmin, tegas dan keras dengan orang kafir.
13.Tidak pernah berputus asa dalam persoalan hidup.
14.Sentiasa membetulkan diri dan nasihat-menasihati dengan penuh bijaksana, musyahadah dan murabakah.
15.Suka membuat kebajikan dan tolong menolong sesama manusia terutama sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat-sahabat.
16.Bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah, sekalipun menyusahkan diri sendiri.
17.Bersungguh-sungguh meninggalkan larangan Allah, meskipun sangat bertentangan dengan nafsu.
18.Menjadikan berjuang dan berjihad sebagai kerja tetap sepanjang hayat.


Pesan yang An-Najwa titipkan pada aku:
Menuntut ILMU memang yang pertama, tapi dakwah bukan yang kedua.

Monday, March 16, 2009

everyone stuck!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 16, 2009 1 komen best
life even hectic! erm... wut can i say.. exam is around the corner..and.. everyone is even crazier making themselves stuck with all the books around..

dan aku pun semakin sibuk menelaah hal yang bukan-bukan nie... eisy..
doakan aku yeh!
dah semakin malas ni, matilah... ahaha...

henfon plak dah rosak nie...dah jadi pekak dan bisu sebab dah takleh bunyi2.. aduiai...

meh2 aku nyanyi satu lagu..lagu yang aku belajar mase darjah enam..

sayalah permata
anak kesayangan
kebanggaan ayah dan ibu...
saya dibesarkan
dengan kasih sayang
hanya yang terbaik untukku
menjadi harapan dimasa hadapan
sayalah anak yang cemerlang!

insya-Allah!

Tuesday, March 10, 2009

anti-PontenG!!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 10, 2009 0 komen best
lagi 32 hari menjelang final. aku dan rakan-rakan semakin semakin tekun mengulangkaji dan gigih berusaha. Tidak kurang juga yang semakin gigih tidur dan tekun berdating, malah semakin giat ponteng kuliah dan berani-berani ponteng tutorial. memang tidak salah untuk begitu tekun mengulangkaji sehingga larut malam, tapi jangan sampai tidak solat subuh dan ponteng kuliah. itu amat salah sekali. Jujur, ponteng kuliah adalah pantang bagi aku. Rakan-rakan, jangan beritahu aku kalau mahu ponteng. Bebelan aku bakal menjadi santapan telinga kelak. Malas sebenarnya mahu membebel kat orang, sendiri dah besar dah tau fikir ada otak Tuhan kasi sorang satu, taulah fikir sendiri, kan?

tak kisahlah apapun alasan tak mahu datang kuliah, tapi silalah berasa malu pada diri sendiri yang duduk kat tempat orang, elaun kerajaan kasi sorang rm1500 1 sem (duit rakyat wei!!), nota kuliah pun suap, duit letrik, bil air sume kerajaan tanggung, kemudahan suma ada. Nak suro blaja pi kuliah pun takmau. Itu tak fikir mak abah kasi duit lagi, susah-susah hantar anak jauh-jauh, anak-anak pule senang-senang gak ponteng kuliah dan menge-fail-kan diri dari melestarikan hal yang begitu senang-berjalan kaki ke dewan kuliah.

HONESTLY, aku bukan budak yang pandai dan taklah rajin mana pun. tapi aku sentiasa mahu restu ibu abah ada untuk aku. kepercayaan ibu abah amat penting bagi aku. bila teringatkan tanggungjawab yang tergalas di bahu dan perhitungan selepas kiamat dan ajal yang entah bila tiba, aku tahu diri. Ada satu manusia selalu ingatkan aku bahawa Allah akan tanya apa kita buat pada usia muda. Takkan nak jawab "...aku ponteng kuliah, tipu mak bapak, guna duit elaun tepon pakwe, berdating sana-sini, tipu lecturer dan sekian-sekian...." malulah wei nak jawab kat Allah gitu..

firman Allah: "kamu tidak tinggal didunia melainkan sebentar saja, jika kamu mengetahuinya" (al-mukminuun:114)

Allah berfirman lagi:
"maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dan Kamu tidak kembali lagi kepada kami?"
(al-mukminuun:115)

Pernah juga terlintas di hati nak ponteng kuliah kerana terlalu penat dan sibuk. mujur akal waras tidak mahu jadikan ia alasan. dan Syukur, Allah mengingatkan aku supaya jangan pentingkan diri dan berusaha selagi mampu. Orang lain pun sibuk juga, penat juge, tapi taklah sampai ponteng kuliah pun. Tidak cukup masa bermakna pengurusan masa tidak efektif. Maka, itu kelemahan dan kebodohan sendiri yang boleh dan perlu diperbaik.

Kalau kita tak letakkan sesuatu pada tempatnya, kita dikira zalim. tidak urusi diri dengan baik adalah zalim, tidak solat juga zalim, tidak belajar dengan baik-baik juga zalim, dan ponteng kuliah juga zalim.

tolonglah, janganlah zalim pada diri sendiri. jujurlah pada diri. kita bukan budak-budak lagi.


Monday, March 02, 2009

sepi perantau

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 02, 2009 0 komen best
pabila ku berada di kejauhan
ada kalanya kurasa kesepian
asyik terkenang kampung halaman
dan jua teman-teman

di kala itu kan ku rasa
agak kelemahan untuk berjuang
melihat mereka berbahagia
di samping yang tercinta kegembiraan
ku kesepian

mujur ada teman seperjuangan
menyatakan kita harus teruskan perjuangan ini
demi mencari keredhaan Ilahi

masa muda dilalui hanya sekali
pergunakan ia agar kau tidak sesali
di esok hari

ketenangan ada disini
tak jumpa kerana kau tak mencari
kebahagiaan tersirat di hati
tak jumpa kerana kau tak menghayati

Album : Teman Sejati

Munsyid : Brothers

http://liriknasyid.com


-------------------------------------------------------------------------------------------------

ini bukanlah sebuah sajak, tapi adalah bait-bait lirik nasyid oleh brothers yang maksudnya begitu mendalam buat orang-orang yang berusaha di medan ilmu yang begitu banyak dugaan dan ujian serta exam-exam yang menyeronokkan.

cuma orang-orang yang benar-benar mahu belajar saja memiliki rasa ini.

kutujukan khas buat teman-teman, semoga kita menemui kebahagiaan, ketenangan dan nikmat dalam kembara ilmu kurniaan Allah.

berhentilah menunduk ke tanah, pandanglah ke hadapan agar kau tidak jatuh terlanggar sesuatu. sesekali pandanglah ke atas, kau akan menyedari betapa luasnya langit Allah.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea