semalam aku buat kerja di study room sampai lewat.
sebelum naik ke bilik, aku terjumpa mutiara ini tertampal di dinding. sekadar ingin berkongsi, semoga kita mendapat ilmu dan manfaat dari-Nya.
Ciri-ciri (Iman Ayan) yang tertulis dibawah ini adalah ciri paling rendah yang wajib dimiliki oleh setiap mukmin untuk mencapai taraf Al-Faizun(golongan yang mendapat kemenangan) dan terselamat dari siksaan api neraka-Wallahu A'lam.
1. Khusyuk dalam solat
2. Berpuasa
3. Berzakat
4. Menunaikan Haji apabila mampu
5. Redha menerima ketentuan Allah
6. Sabar menangung ujian Allah
7. bersyukur keatas nikmat Allah
8. Menjauhkan diri dari maksiat seperti zina, minum arak, berjudi, membunuh, bercakap kotor, mengumpat, mengeji, memfitnah, mengadu domba dan lain-lain.
9. Sentiasa bermujahadah melawan nafsudan membuang sifat-sifat mazmumah seperti ujub, riak, sombong, hasad dengki, dendam.
10.Berakhlak mulia seperti pemurah, rendah diri, bertolakansur, berlapang dada, pemaaf dan bersabar.
11.Tidak mahu bermewah-mewah, cukup dengan apa yang ada dan sangat bersederhana dalam hidup.
12.Berkasih sayang sesama mukmin, tegas dan keras dengan orang kafir.
13.Tidak pernah berputus asa dalam persoalan hidup.
14.Sentiasa membetulkan diri dan nasihat-menasihati dengan penuh bijaksana, musyahadah dan murabakah.
15.Suka membuat kebajikan dan tolong menolong sesama manusia terutama sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat-sahabat.
16.Bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah, sekalipun menyusahkan diri sendiri.
17.Bersungguh-sungguh meninggalkan larangan Allah, meskipun sangat bertentangan dengan nafsu.
18.Menjadikan berjuang dan berjihad sebagai kerja tetap sepanjang hayat.
Pesan yang An-Najwa titipkan pada aku:
Menuntut ILMU memang yang pertama, tapi dakwah bukan yang kedua.
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment