lagi 32 hari menjelang final. aku dan rakan-rakan semakin semakin tekun mengulangkaji dan gigih berusaha. Tidak kurang juga yang semakin gigih tidur dan tekun berdating, malah semakin giat ponteng kuliah dan berani-berani ponteng tutorial. memang tidak salah untuk begitu tekun mengulangkaji sehingga larut malam, tapi jangan sampai tidak solat subuh dan ponteng kuliah. itu amat salah sekali. Jujur, ponteng kuliah adalah pantang bagi aku. Rakan-rakan, jangan beritahu aku kalau mahu ponteng. Bebelan aku bakal menjadi santapan telinga kelak. Malas sebenarnya mahu membebel kat orang, sendiri dah besar dah tau fikir ada otak Tuhan kasi sorang satu, taulah fikir sendiri, kan?
tak kisahlah apapun alasan tak mahu datang kuliah, tapi silalah berasa malu pada diri sendiri yang duduk kat tempat orang, elaun kerajaan kasi sorang rm1500 1 sem (duit rakyat wei!!), nota kuliah pun suap, duit letrik, bil air sume kerajaan tanggung, kemudahan suma ada. Nak suro blaja pi kuliah pun takmau. Itu tak fikir mak abah kasi duit lagi, susah-susah hantar anak jauh-jauh, anak-anak pule senang-senang gak ponteng kuliah dan menge-fail-kan diri dari melestarikan hal yang begitu senang-berjalan kaki ke dewan kuliah.
HONESTLY, aku bukan budak yang pandai dan taklah rajin mana pun. tapi aku sentiasa mahu restu ibu abah ada untuk aku. kepercayaan ibu abah amat penting bagi aku. bila teringatkan tanggungjawab yang tergalas di bahu dan perhitungan selepas kiamat dan ajal yang entah bila tiba, aku tahu diri. Ada satu manusia selalu ingatkan aku bahawa Allah akan tanya apa kita buat pada usia muda. Takkan nak jawab "...aku ponteng kuliah, tipu mak bapak, guna duit elaun tepon pakwe, berdating sana-sini, tipu lecturer dan sekian-sekian...." malulah wei nak jawab kat Allah gitu..
firman Allah: "kamu tidak tinggal didunia melainkan sebentar saja, jika kamu mengetahuinya" (al-mukminuun:114)
Allah berfirman lagi:
"maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dan Kamu tidak kembali lagi kepada kami?" (al-mukminuun:115)
Pernah juga terlintas di hati nak ponteng kuliah kerana terlalu penat dan sibuk. mujur akal waras tidak mahu jadikan ia alasan. dan Syukur, Allah mengingatkan aku supaya jangan pentingkan diri dan berusaha selagi mampu. Orang lain pun sibuk juga, penat juge, tapi taklah sampai ponteng kuliah pun. Tidak cukup masa bermakna pengurusan masa tidak efektif. Maka, itu kelemahan dan kebodohan sendiri yang boleh dan perlu diperbaik.
Kalau kita tak letakkan sesuatu pada tempatnya, kita dikira zalim. tidak urusi diri dengan baik adalah zalim, tidak solat juga zalim, tidak belajar dengan baik-baik juga zalim, dan ponteng kuliah juga zalim.
tolonglah, janganlah zalim pada diri sendiri. jujurlah pada diri. kita bukan budak-budak lagi.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment