Contoh paling mudah, meletakkan target nak menjejaki universiti semasa masih hingusan, semasa masih sekolah rendah. Atau menanam azam untuk menjadi dokter pada umur 8 tahun. Walaupun ia bermula dengan hanya cakap-cakap sahaja, jik Allah izin, ia akan mula menjadi kemahuan dan tujuan.
Contoh lebih mudah lagi, tanam azam nak kahwin, bina rumahtangga dalam masa 2-3 tahun. Saya masih ingat, ketika form 3, cikgu saya, Puan Noreha menyuruh kami plan timeline hidup kami.. Walaupun tak faham, tapi buat jelah.. masatu semua rasa malu nak tulis pasal kahwin~~ bajet masatu semua tulis pasal bila nak masuk univ, bila nak kerja, bila nak beli kereta etc etc. Cikgu Noreha tegur, katanya; "tak salah nak plan awal.. its your life".
Ada betulnya juga kata Albert Einstein, 'imagination is more important than knowledge".
Asiah, srikandi yang telah meninggalkan mahkotanya kerana bayangan syurga. Para sahabat Rasulullah sentiasa merindukan syurga dan keharumannya. Sumaiyah sanggup terjun ke dalam air yang menggelegak kerana bayangan syurga dan keindahan-keindahannya.
Bayangan dan keinginan, cita-cita dan kemahuan telah mencipta kemanisan dan keyakinan bahawa tujuan yang ingin dicapai itu dekat. Tekad yang ditanam dalam jiwa akan menyokong keinginan ini, sehinggakan ranjau pun dinikmati sebagai makanan bagi hati.
astaghfirullahal'adzim. Ciptalah kemahuan yang paling menguntungkan.

3 komen best:
sikgu noreha ajar geog kan? sempat pulak dia suruh buat timeline...mmg bagus la cikgu2 kk...cikgu2 mrsm secara umumnya...huhuh
Cikgu Noreha ajar Sains..
dia memang suka talk pasal life.. dia bukan setakat mengajar, tapi berkongsi :) (bukan dia je, most of our teachers in MARESMA memang mcmtu..)
oh, ajar sains? oh betul2.....sebut cikgu noreha, muka cikgu normala pulak yg keluar...tp cikgu2 MARESMA mmg best
Post a Comment