Hampir setiap hari kedai ini dilawati oleh pasangan yang sudah berumahtangga.. sebab kedai jual barang-barang rumah jarang dilawati orang muda yang belum ada rumah sendiri.. Apa yang saya perhatikan, most of the man (precisely, the husbands) memang sepakat dan sayangkan isteri mereka.. ingin berkongsi dan mahu memenuhi kehendak isteri, walaupun penat dah mengangkat barang-barang shopping yang lain. Lagi, entah mana nak letak almari kabinet serta set pinggan yang beli dari kedai ni. Kadang-kadang mereka sendiri tak faham kenapa isteri nak beli bunga sedangkan tak pandai gubah.
Ada tu yang datang seorang diri kali pertama kemudian datang lagi bawa isteri, sebab tahu yang si isteri sukakan apa yang dilihatnya. Tak ada perkataan yang boleh saya ungkapkan selain "sweet".
Perempuan, suka beli. Semuanya nampak cantik di mata, sambil membayangkan space yang mana kat rumah yang belum diisi. Lelaki, kalau bising-bising kat isteri pun, at last, bayar jugak.~~
Well, bukanlah harta benda yang para suami nak sangat bagi kat isteri, dan, bukan sebenarnya mengizinkan isteri beli bunga dan pasu banyak-banyak itu yang benar-benar dia mahu.. tapi, ingatan suami pada isteri, dan rasa ingin memberi penghargaan.. rasa cinta, itulah yang sebenarnya ada dalam hati mereka..
Suka, bila tengok pasangan tua. Mereka selalu sekata dan sepakat.. Walaupun kadang-kadang, perangai customer memang macam-macam.. :P

6 komen best:
nice.. membantu lelaki bujang utk kuatkan iman..he3
nice one..boleh diamalkan di hari muka,wakaka
@terry bogart:
tak faham.. macammana entri ni boleh membantu lelaki bujang menguatkan iman?
@penaberkala:
oh. bagus keazaman yang ditanam tu :)
so sweet!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kan? hehe..
Post a Comment