Sunday, May 01, 2011

perasaan apakah ini..?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 01, 2011
Hati kita ini Allah jadikan aneh. Mungkin membela lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga hati sendiri.

Ada beberapa keadaan yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa ia terjadi.

  1. Saya baru sahaja lepas program ilmiah, tapi jiwa rasa kosong habis.. macam kena langgar garuda je rasanya.. ia perasaan yang dahsyat..
  2. Saya dengar ayat suci al-Qur'an dan hati merasakan perasaan yang sama.. macam no. 1
  3. Saya sedang dalam keadaan yang berkecamuk, segalanya bersepah (not properly arranged, banyak kekurangan di sana-sini) tapi hati saya happy berbunga-bunga. Saya sendiri tak faham kenapa.
Saya bertanya pakcik Rosdi tentang hal ini.. katanya, ia adalah respons penolakan nafsu terhadap apa sahaja yang baru diterima. Ia memerlukan proses yang seterusnya. 

Dalam hati kita, nafsu dan iman sentiasa berperang. 
Ia akan memberi reaksi kepada apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.
Kalau ia mati, maka kita juga tak dapat berfungsi. 

Allah, milikilah hati kami, belilah jiwa kami..

p/s: berbahagialah hati yang Allah pilih.. berbahagialah!

4 komen best:

IMANSHAH said...

salam

nak jempun sertai satu contest di blog saya

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

shameel Iskandar said...

Antara doa yg Nabi ajar " Ya Allah, janganlah Kau biarkan diri ini menentukan untuk diriku sendiri walau sekedip mata"

syeqal alza said...

suka post ini

norashikin rahmat said...

@shameel:
terima kasih, shameel.. kalau allah lepaskan kita, aduhh.. apalah nak jadi dengan kita kan..

@syeqal:
terima kasih, syeqal.. sayapun suka baca post2 anda kat blog.. simple.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea