Ketahuilah, bahawa kebaikan dan keburukan itu tercipta dengan keizinan. Namun begitu ia tidak tentu terjadi dengan jaminan. Sedangkan engkau sendiri tidak tahu arah kemana darahmu mengalir, atau apakah masih nadimu berdenyut, atau warna apakah pada jantungmu, mana mungkin engkau bisa menjamin perasaan hatimu. Mana mungkin engkau bisa memberitahu si Malaikatul Maut bahawa engkau mahu bertaubat sebentar. Mana mungkin engkau mampu membisikkan kepada cinta agar tidak merasuki hatimu kemudian hilang begitu sahaja pada waktu yang engkau suka.
Dia masih manusia, masih manusia, masih manusia. Dia bukan malaikat.
Andainya engkau bisa tersenyum memberikan keraian, atau melembutkan hati melonggarkan kekerasan, atau menepis lembut arus yang menampar, berikanlah yang terbaik yang engkau ada, kerana dirimu takkan tercela tanpa engkau mencela.
Pesan seorang tua kepada sebuah jiwa; bersedialah dan bersabarlah, kerana dirimu akan selalu menghadapi keadaan yang engkau tak suka. Berdoalah agar engkau dilindungi dari mengulangi dosa yang engkau bencikan dalam hati. Semoga Allah menjagamu, sentiasa.

2 komen best:
Assalamu'alaikum,betul tu...
waalaikumsalam :)
Post a Comment