Tak kenal erti penat
Panel forum ada berkata, orang yang hebat tidak kenal erti penat dalam dirinya. Mereka menjadikan perjuangan itu bukan satu kerja atau tugas, tapi kehidupan. Masya Allah. Sebab itulah, jika kita hayati sejarah mereka, seperti contoh, Laksamana Cheng Ho atau nama lainnya Haji Mahmud Syam, beliau bukan sahaja berdagang untuk mengembangan perniagaan, tetapi mereka mengembangkan Islam. Dakwah sudah sebati dalam jiwa mereka. (jika kita juga mendidik diri sebati dengan perjuangan dan Islam, Insya Allah, kelelahan akan menjadi perkara kecil sahaja. kan?)Dalam riwayat, Salahuddin a-Ayyubi dikatakan tidak pernah menunaikan haji kerana komitednya beliau terhadap perjuangan. Subhanallah.
Ada tekad tak mahu bergantung kepada orang lain
Sambung kisah Nabi Daud. Beberapa kali disebut dalam forum ni tentang Nabi Daud, di mana Allah mengajarkan kebijaksanaan menjadi pandai besi, menjahit dan mempunyai suara yang merdu. Allah telah memuliakan Nabi Daud dengan kepandaian ini sehingga diriwayatkan, ketika baginda membaca kitab Zabur, burung yang sedang terbang di langit pun berhenti untuk mendengarnya. Perniagaan membuatkan seseorang berhenti bergantung selain daripada Allah. Lihat bagaimana rasul junjungan kita berdikari dengan mengembala dan berniaga, sifat ini mengangkat darjat baginda-dan sesiapa sahaja yang berniaga. Tony Fernandez, ketika ditanya isterinya mengapa hendak diteruskan hasrat perniagaan pengangkutan udara (AirAsia)-bukan perniagaan lebih selamat seperti bas aje-, beliau berkata,"No, its like a small fish in a small pond. Why not we try to be a small fish in the large pond? saya tak mahu suatu hari nanti saya hanya mampu berkata kepada anak saya, 'Kalau bapak bukak company kapal terbang dulu dah lama bapak berjaya', Sekurang-kurangnya saya dah usaha"-betul-betul hebat kan orang yang ada tekad ni..
Taatkan ibu dan yakin kepada Allah sebagai Pemberi rezeki
Dr. Jamnul sendiri berkongsi kisahnya menjadi seorang Dr. Jamnul Azhar pada hari ini. Dulu beliau merupakan seorang doktor, dan prinsipnya cuma taat kepada ibu je. Suatu hari, ibunya nak pinjam RM 3000, tapi beliau sangatlah takdek duit kerana semua wang gajinya sudah habis digunakan. Tapi atas doa dan usaha, Allah datangkan rezeki dan dia dapat juga memberikan RM3000 pada hari yang sama. Pada malamnya, beliau mendapat panggilan dalam USM untuk menggantikan seseorang yang tak dapat hadir ceramah, dan tanpa beliau ketahui, USM memberikan RM6000 kerana menggantikan Dr Ismail Kamus untu memberi ceramah-anda lihat tak, betapa berkatnya ikhlas menunaikan hajat ibu, Dr. Jamnul cuma tunaikan RM3000, tapi Allah pulangkan RM6000! MasyaAllah~baiknya Allah kepada orang-orang yang ikhlas ni...Dr Jamnul kemudian berhenti bekerja di hospital kerajaan, dan kini mempunyai perniagaan sendiri-jual ubat- di samping mengadakan kelas tahfiz: sehingga tahun ini, beliau sudah mempunyai lebih 20 anak didik yang tahfiz yang masih bersekolah, dan targetnya 50 orang sehingga pertengahan tahun 2010.
Tips dan prinsip yang diajar seorang Ustaz kepada Ali
Kita kena ada akhlak islam, barulah dunia ni, harta kita, perniagaan kita dapat dilaksanakan dan diagihkan dengan adil-kalau tak ada riba' sekalipun empayar perniagaan boleh maju dan hebat. Peniaga yang jujur, dikatakan,1 kakinya di neraka dan 1 kakinya di syurga. Pengasas rangkaian perniagaan kasut al-Ikhsan, Tuan Haji Ali (40 tahun), pada mulanya belajar di UTM Skudai. Apabila ayahnya meninggal, sebagai anak sulung, beliau mula berusaha menyara keluarga. Apa yang dibuat ialah dia mula berniaga kasut dalam bonet kereta-illegal dan 'barang-barang pirate' aje. Apabila timbul niat hendak mengembangkan perniagaan, niatnya biarlah yang 'legal'. Malangnya, perniagaannya susah nak maju, asyik ada konflik dan pergaduhan dengan peniaga lain. Lalu beliau bertemu seorang ustaz dan bertanya perihal perniagaannya. Saya nak tekankan disini, tuan-tuan dan puan-puan, sikitpun ustaz tu tak bagi jampi ke hape, khurafat semua tu, Ustaz tu bagi 3 nasihat yang dijadikan prinsip oleh lelaki yang bernama Ali ini:
- tanamkan niat nak jadi mulia
- ada tekad nak jadikan orang bawahan yang bekerja bergantung pada diri kita ni, (menjadikan diri sebagai punca rezeki kepada orang lain),
- berazam untuk memberi zakat yang terbesar di negeri Johor.
Bermula daripada bawah
Jadi, tuan-puan yang disayangi, rakan-rakan dan saudara-saudari saya, apabila dapat scroll tapi tak dapat kerja, bermulalah bekerja dengan orang yang berniaga, hatta kerja paling sengkek sekalipun asalkan halal dan baik, kemudian berusahalah sedikit demi sedikit mempelajari ilmu perniagaan-InsyaAllah, tak rugi!
kan Allah dah janji, 'Siapa Berusaha, dia dapat'
Kita sebagai orang Islam, kita istimewa. Banyak lebihnya orang Islam, terutama apabila dia beramal. Jadi untuk berniaga ni, bukan nak untung je, tapi 'Betul-betul Berjaya!', mestilah rajin solat, bangun malam dan tak tinggal solat Dhuha. [tambahan: sewaktu saya menghadiri seminar wacana ilmu, kata moderator, antara rahsia solat tahajjud ialah membuat tambah yakin orang lain kepada apa yang kita katakan, buatkan dan laksanakan].
Burning Desire
Kata panel lagi, banyak sekali orang-orang yang berniaga yang kita kenal dari kita kecil sampai kita besar, bisnesnya macam tu aja-tak maju, sekadar baik-baik saja- kalau maju pun sikit, malah lebih tertinggal berbanding orang lain. sebabnya, orang-orang ini tak ada 'Burning Desire', iaitu keinginan yang tinggi, takde target, tak ada usaha. Ada kemahuan tapi sekadar angan-angan. Seperti yang saya tuliskan tadi, orang-orang yang hebat tak ada istilah penat dalam hidupnya. Cuba anda fikir seseorang yang anda rasa hebat, pernah tak anda lihat dia layu dan lelah?
aih. rasa macam nak buat part 3. sambung esok ye.

2 komen best:
untung ikin dapat berada dalam forum tu dan terima kasih sebab berkongsi semula dalam tulisan ni...
alhamdulillah, Allah bagi peluang mendengar dan berkongsi..
lama tak nampak encik belia kat sini~
Post a Comment