Dia melihat bayangan wajahnya di kaca bilik bacaan luar perpustakaan tatkala melalui kaki lima di sebelah Perpustakaan Sultanah Bahiyah, atau PSB yang gah disebut sebagai 'Perpustakaan terbaik di Asia Tenggara'. Matanya mengecil menahan terik mentari, dan dahinya berkerut halus kerana berfikir. Dia teringatkan laporan mesyuarat Biro Promosi Spring Wonderland kelmarin yang belum habis ditaip. huh. Dia baru sahaja keluar daripada perpustakaan itu, setelah meminjam dua buah buku dan memulangkan sebuah buku ekonomi yang dirasakannya tidak menarik dan tidak membantu. Dia berpapasan dengan pelajar-pelajar yang menongkah arus dia berjalan, sesekali dia meluahkan senyum kepada orang yang dikenali. Apabila tiba di kawasan lapang bersebelahan Varsity Mall, dia melihat banyak khemah jualan didirikan. "Ekspo menghabiskan duit pelajar sudah bermulalah!",hatinya berbisik. Dia melihat-lihat gerai yang sudah mula menjual. Ada baju-baju, beg-beg, kasut-kasut, makanan-makanan... kasut 'buy 1 free 1' plak tu... Dalam kawasan Mall, di sepanjang jalan sebelah Bookstore yang digelarnya 'Chow Kit Road', sehingga ke pintu masuk Varsity Mall pula terjual pelbagai alatan komputer.. "PC fair la pulok.."kata hatinya.. Dengan bunyi yang membingitkan telinga, dia cepat-cepat beredar dari situ selepas bertanyakan harga CD. Di luar bahagian hadapan Mall pun ada juga gerai-gerai... Tempat parking motosikal digunakan sebagai tapak jualan.. Dan seorang lelaki muda yang tak banyak rambut sambil memegang helaian brochure memanggilnya, nak promotelah tu...
"Dik, nak pegi kelas ke?" "Tak, tapi saya rush..kalau encik nak promote, saya taknak lama." dia menjawab. "Ok dik. kalau adik daftar Poodle ni, ada banyak kelebihan dik. takdek kredit pun boleh hantar SMS. Ada insuran..ada voucher..bla...bla...memang murah dik.. nak daftar?" lelaki itu promote. "hmm...i'm kinda rushing...mungkin saya akan datang nanti ke..terima kasih.." Akhirnya dia menjawab dengan ayat biasa. Ayat janji manis.. haha.. "Ok dik..datanglah ye..terima kasih.."
dia berjalan melintasi DPP Petronas, dan melintas jalan ke seberang. DPP EON. Sampai sahaja ke bilik, dia membuka laptop, memasang broadband, melihat e-mail dan facebook. Dan sekarang, dia menulis blog.

2 komen best:
First time ke sini..
Biasa kalau ada promo memang lari..
tak mau mengecewakan mereka sebab memang tak nak amik pun
hohoh.
selamat datang..:)
tapi rasanye mcm encik zool pernah kasi comment..hmm..mungkin orang lain kut..
tapi sebab UUM ialah niversiti perniagaan, saya melayan dia sebab nak melihat bagaimana dia bekerja. lagipun treat orang dengan masa kita pun ok :)dan kekecewaannyatidak free, tapi berbayar. yang penting, promoter tu xputus asa. (~__^)
walaupun xambil, tapi kita mendengar pun dah cukup baik~ (ini saya belajar dari tingkahlaku seorang pensyarah saya yang membeli buku berharga rm200 dari jurujual yang datang ke biliknya, walhal, bilik dia di tingkat tiga. katanya, nak treat dia aje~)
Post a Comment