Tuesday, August 11, 2009

seminar bedah buku: Law of Attraction

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, August 11, 2009
salamm SATU MALAYSIA..
harini setelah menghadiri sesi SDG(self development group) atau mase kat MRSM dipanggil homeroom, aku menghadiri satu seminar ilmiah, iaitu seminar bedah buku yang bertajuk Law of Attraction: hukum tarikan dalam membangun potensi diri. memang banyak sangat ilmu berguna yang aku dapat dari seminar ni.

penceramahnya Encik Muhammad Arif, kalo aku tak salah aa.. Memang penyampaiannya berkesan. bedah buku ni bermaksud mengupas isi kandungan sesebuah buku.. yang istimewanya buku Law of Attraction ni diterbitkan dalam banyak versi: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, dan baanyak lagi.. hukum tarikan ni menyatakan bahawa segala yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya kita yang menarik ia supaya terjadi. Seperti yang orang Islam tahu tentang qada' dan qadar, orang Barat percaya bahawa kita hidup dalam satu aturan. telah Allah sebutkan dalam al-Qur'an, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya." Aku pun tak mahir nak terangkan tentang Law of Attraction ni, tapi ketahuilah bahawasanya ia merupakan ilmu yang amat menarik untuk dipelajari. hukum tarikan sebenarnya terjadi dalam kehidupan kita tanpa kita sedar. contohnya, kalau kita katakan pada orang,"aku nak kahwin, tapi takdek duit"..maka sampai bila-bila tak kawinlah jawabnye.. kalau orang miskin selalu kata begini,"saya ni miskin..." maka memang miskin jelah engkau.. tapi kalau orang kaya, selalu membincangkan soal prosperity, kebahagiaan, misi dalam hidup. maka dia berjaya. Law of Attraction, sekali lagi, bertindak balas dengan apa yang kita kata dan mengenai apa yang kita fikirkan. kalau kita benar-benar menguasai hukum tarikan ini, ia akan menjadikan kita salahsatu daripada dua: sama ada menjadi seorang yang positif atau negatif. maka, kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita tarik.

3 prinsip yang dinyatakan oleh Micheal J.Loisier tentang hukum tarikan:
1. kenalpasti apa yang kita mau
2. beri perhatian pada impian
3. membenarkannya.

sedar atau tak, dalam masa kurang dari 3 jam, tiba-tiba kertas yang disediakan dah takde ruang untuk aku buat catatan. sungguh leka aku mengaut ilmu. ekeke.

satu lagi yang amat menarik, setelah tamat bedah buku, seorang profesor bangun memberikan sedikit ilmunya. dia memberitahu cara 'download ilmu'. profesor ni merupakan seorang pakar terapi, dia mengatakan bahawa hidup adalah ilusi dan tentang meletakkan masa pada ruangnya. segala yang dia katakan amat membuka minda. katanya, dalam hidup ni tiada orang yang bertepuk sebelah tangan. setiap orang akan memberi tindak balas sesama sendiri, kalau kita rasa menyampah kat seseorang maka orang itu pun sebenarnya merasakan hal yang sama walaupun tidak menyatakannya secara terang. aku cuma sempat bertanya satu soalan kepada prof ni: "kenapa saya berkawan dengan seseorang ini, walaupun saya merasakan dia teramat baik pada saya dan tidak pernah buat salah pada saya, tetapi saya rasa amat sukar bagi saya untuk merasa senang dengan kehadirannya." jawab prof: "itu bermakna dia tidak ikhlas berkawan dengan anda, ada sesuatu yang dia mahukan di sebalik persahabatan anda."

lagi, beberapa tips yang diberi profesor iaitu cara untuk mengenal personaliti orang.
-kalau orang itu suka sebut 'bosan', dia merupakan orang yang suka dengar muzik. dia mempunyai masalah resdung, gigi, gusi dsb. orang begini cepat meninggal.
-kalau orang yang sentiasa negatif pemikirannya, sentiasa bersedih, dia mempunyai masalah pernafasan. tak caye, tanyalah.
-orang yang sentiasa tak yakin dengan dirinya biasanya mempunyai sakit sendi dan tulang.
-orang yang suka sebut perkataan 'biarlah', biasanya tinggi kolesterol dan mempunyai masalah penghadaman. dia selalu berasa lenguh. tak caye suro orangtu check bahagian tulang belikat.
-orang yang tak boleh duduk diam, suka bergerak-gerak contohnya suka gerakkan tangan, ketuk2 meja, goyang-goyang kaki, biasanya menghidap sakit fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kencing tak lwas dan macam2 lagi.. orang begini biasanya cerewet.

ada banyak lagi ilmu yang diperoleh dari seminar ni..sebenarnya ada 2 sesi, pagi dan petang, tapi sebab petang aku ada exam kertas pengantar pengurusan, jadi tak dapat ikut serta. kata urus setia, sesi kedua bertajuk "ke arah ijazah kelas pertama" oleh pelajar 4 flat. tapi, mungkin Allah nak ganti dengan yang lain, aku dapat jemputan ke program "membentuk pelajar ijazah kelas pertama" selama 4 hari di Pulau Perhentian, hujung minggu ini, insya-Allah. semoga aku menjadi FIRST CLASS STUDENT!

maklumat lanjut tentang prof Ariffaizal di blognya: http://www.rawatankesihatan.com/. jangan salah bangun pagi, okeh!

2 komen best:

terry bogart said...

lawm of attraction..bnda tu boleh dihurai gak dlam kontek physics..hehe (saya kan future engineer..he3)

norashikin rahmat said...

its the best thing to be known..memang encik penceramah tu kaji dari aspek sains..metafizik..
encik luqman bila nak hurai law of attraction?hehe..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea