Monday, August 24, 2009

hari ini

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 24, 2009
fuh! alhamdulillah.

itu je yang mampu aku sebut selepas selesai membentangkan kempen 1Malaysia sebagai tugasan SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan. semuanya berjalan dengan amat baik walaupun banyak terambil masa bagi tujuan teknikal. sayangnya tayangan video tidak dapat dibuat seperti dalam perancangan. aku kira kami sudah berusaha yang terbaik, Allah yang menentukan semuanya..

malam ini kelas pukul lapan, aku dah siap ni..tapi bas pula tak ada sampai pukul lapan malam. jadi alang-alang dah lalu kat lab, aku singgah jelah..nak isi masa lapang..ekeke..bace Qur'an kan baguss..

bagaimana mahu berfikiran positif terhadap anggapan-anggapan negatif? aku kurang merasa selesa dengan keterikatan, diberi arahan dan jadi bodoh. aku paling benci jadi bodoh, sengaja membodoh dan diperbodohkan. ada sesuatu yang aku kurang selesa yang wujud pada persekitaran aku yang membuat aku terasa tidak bebas..sulit, amat sulit untuk dinyatakan disini.. bagaimana ya.. masalah itu kan rencah kehidupan.

tiba-tiba tadi Jeton miscal. sedar atau tidak, dah dua bulan, sejak aku bergelar mahasiswi UUM, tidak satu mesej pun aku hantar padanya. lupa kawan betul kan, aku ni? ish. padahal Jeton itu kawan aku yang terbaik sebaris dengan bazilah, akbar dan lain-lain. akukah yang menyepi, atau dia? tiada sapa yang salah, mungkin.

membuat kempen tentang 1Malaysia membenarkan aku memahami apa itu sebenarnya erti SATU MALAYSIA. tapi sayang, orang-orang yang aku dikempen tidak mengetahui dan memahami apakah dasar 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri. kesian ya pelajar universiti, sibuk bercinta sampai tak sedar apa ada diluar sana. kadang-kadang aku tertanya: aku di universitikah sekarang??

esok ada seminar memperingati hari pembakaran Al-Quds. kalo tak silap aku gitu laa..tentang Palestin. mari beramai-ramai kita ke majlis ilmu ini di Dewan Kuliah Gugusan 2/1!
selamat beribadah! :)

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea