Saturday, August 08, 2009

ketagihan berkayak, wall-climbing, ber-assignment dan berkelab

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 08, 2009
heheii...salamm....
dah beberapa hari aku cuba mengepost sesuatu yang berguna di sini, sayangnya sudah beberapa kali post-post itu menjadi draft sahaja. kesian post-post yang tak siap itu.

beberapa hari ini, selain sibuk dengan berkelas-kelas, hidup aku amat meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat yang entah kenapa mereka wujud pada waktu aku perlukan mereka dalam hal yang terlintas di kepala aku. ada saja yang mengajak, mengusung aku beraktiviti di sana sini, termasuk membawa aku terjebak ke kancah assignment terbiar dimana semua orang lepas tangan. apa yang paling menyeronokkan ialah aku dah wall climbing tahap kedua-wooohooo!! sukenye saye! second phase wall climbing agak susah berbanding fasa pertama, sebab dalam mencapai batu yang di atas, aku mudah tergelincir. tapi kali ni sudah tak menggigil lagi. aku bercita-cita mendaki fasa ketiga-fasa kemuncak. hehee....tak sabar!

tadi malam aku tak tidur siapkan assignment. tugasan tamadun Islam&tamadun Asia yang bertajuk isu makanan halal. sudah masuk bahagian terakhir, dimana aku hanya perlu menyunting(editing), menyusun dan kemudian hari ini menunjukkan kepada encik ketua yang sedikit sebanyak membantu juga. dalam menyiapkan assignment, aku muhasabah diri.. maklum, ber-assignment malam-malam buta sendirian.. sambil buka nasyid-nasyid dan tazkirah-tazkirah.. ada satu tazkirah tu tajuknya pesan ibu.. terindu juga kat ibu aku kat rumah..teringat juga tujuan aku datang sini nak belajar..aku semakin sedar yang aku memang sayangkan ibu..minta simpanglah dari dugaan cinta manusia.. hujung minggu ini semua orang akan mula bercuti mid-sem. dan aku hanya akan pulang waktu cuti raya nanti. tabah, yea.....

semalam meeting kelab go-kart aku skip. pagi ada seminar keusahawanan di Pusat Kegiatan Pelajar. apa yang aku faham dari seminar tu, building networking must be start from now in order to make bussiness. aku kan nak buka perniagaan.. tapi encik penceramah tu galakkan buka retail bussiness..perniagaan fast-food.. katanya low-risk bagi orang yang baru berjinak nak bussiness. dia kata dia buat franchising 'big apple donut'. aku pun tak pasti kalau aku pernah dengar outlet ni, dan katanya bahan buat donut tu dia sendiri pun tak tau, secret recipe katanya. kata encik penceramah lagi, bahannya halal-persoalan: kalau dia sendiri tak tau ape bahan yang digunakan, macam mana dia begitu pasti yang ramuannya halal??...rase macam kecewa plak dengan pengusaha berbangsa melayu beragama islam yang begini, tidak memeriksa sendiri dengan teliti ramuan makanan yang akan dijual kepada muslimin..dalam minggu depan ni ada banyak juga aktiviti dan tugasan yang perlu dihantar, dan semakin aku sibuk, semakin terasa masa terisi dengan baik-baik.. taklah aku buang masa dengan hal tak berfaedah.. kata seseorang kepada aku: Allah akan tanya apa yang kita lakukan semasa muda.

3 komen best:

nifi a.k.a beliamuda said...

kalau betul dia tak tahu apa bahan buat donut tu, kemudian boleh cakap benda tu halal, ada benda pelik la kat situ..

ataupun dia memang tak nak kongsi pun rahsia tu dengan orang lain..

errk, banyak je kot outlet big apple nih.. antara saingan terdekat dunkin donut...

norashikin rahmat said...

dia cakap gini mase ditanya: "kami sendiri pun tak tahu bahan apa yang digunakan, sebab bahan-bahan nak buat donut tu, macam tepung, gula n etc. sume dah disiap hantar, tinggal masukkan kat machine n proses ikut macam yang dah ditetapkan." nampaknya encik penceramah sendiri tak pasti tentang status halal yang sebenarnye, saye sedang cari source dari JAKIM. encik penceramah hanya menyebut perkataan halal itu sekali saja, tidak ada penegasan dalam ucapan beliau. hmmm..

terry bogart said...

kalau miss ikin btul2 minat francais..banyak je yg lain2..

++kalau minat yg bab2 donut, ada dunkin donut >>>best n >>>tkenal kat johor..kalau xsilap, kilangnya, atas station bus jb..boleh pi check..hu3..

*perghh..minah bisness...gud2*

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea