Monday, July 27, 2009

gempar!! A h1n1 di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 27, 2009
semalam uum digemparkan dengan berita merebaknya wabak A H1N1 atau nama lainnya ialah selsema babi. pada ketika aku baru pulang dari jerai, setelah bersiap dan tiba di luar lecture hall, aku peroleh beberapa mesej dari teman-teman yang suruh pulang ke dpp sebab ada perjumpaan ngan pengetua. tapi pasal dah aku alang-alang kat luar dewan, memang terniat nak masuk kelas hari itu juga, jadi aku pun teruskan niat. (chetttt....) sepanjang kelas memang tak tenang, aku tak dapat fokus dengan baik pada kuliah kenegaraan itu. sebabnya, hampir setiap minit ada saja pelajar keluar. aisy... 30 minit pertama encik pensyarah habiskan dengan menyatakan kekesalannya tentang berita yang belum sahih itu, sudahlah kelas pun start lambat. hmm...
aku ada juaga dapat mesej dari UUMCOB(coolege of bussiness) yang berbunyi begini:
semua aktiviti termasuk kuliah dibatalkan mulai 27/7-1/8. pelajar jangan panikdan dibenarkan pulang tapi mesti dengar brief dari pengetua masing-masing dulu. EON buat brief jam 6, semua mesti hadir. sila tanya pengetua masing-masing. selepas pulang jika masih batuk, flu dan demam, jangan mai UUM.
semua pelajar UUM diminta tenang. takde arahan balik segera. takde gate yang ditutup. pelajar yang takmau balik takpe, tapi minta jangan berkumpul aje.tolong sms pada kawan2 di CAS dan COLGIS.


ini yang menarik. keluar saje dari kelas, koridor lengang. tempat-tempat terjualnya tiket bas sesak dengan pelajar, perhentian-perhentian bas penuh, tiket-tiket habis, prebet-prebet sapu pun laku. kacau-bilau dan haru-biru dibuatnya, semacam ada rusuhan di UUM terchenta ini. kata kawan aku, pelajar digalakkan pulang. tapi tak wajib. roommate aku, habis sahaja kelas terus packing barang. dalam masa tak sampai sepuluh minit dia sudah siap kemas lalu pulang. aku tidak pulang, stay bersama kawan-kawan (seb baik ade geng..akeke). mungkin cuti mid-sem digantikan dengan kelas, cuti yang ini bersamaan dengan cuti mid-sem. er..mungkin cuti pertengahan tidak ada, sebab dah cuti darurat ini. (aish, ayat dah tebalik2 dah.ekeke). semoga aku dan rakan-rakan terselamat dari penyakit ini. ammiin.

cuma aku khuatir, kenapa ye mase h1n5 (selsema burung) dulu kerajaan keluarkan langkah pembunuhan ayam secara berjemaaah, tapi mase h1n1 nih aku takdek dengar pon pasal pembunuhan babi sepertimana ayam-ayam dibunuh dulu? akekeke. kata kawan aku, h1n1 tu bukan disebabkan babi di malaysia, babi kat malaysia tak terjangkit oleh penyakit itu -itu kan penyakit babi, kenapa manusia terjangkit sama? dalam buku haiwan dan manusia yang aku baca, manusia memang ada perangai cam babi. babi memang babi, tak ada perangai cam manusia. maaf kalo bahasanya kasar, aku memang tak ada maksud lain selain memaknakan perkataan babi itu sebagai seekor binatang yang diciptakan Tuhan untuk makan benda kotor. tapi kenapa manusia makan binatang yang makan benda kotor? babi makan benda kotor dapat penyakit, manusia makan babi dapat double kotor n double penyakit. begitukah?? dalam produk-produk kesihatan, makanan-makanan, kosmetik-kosmetik, alat-alat, mungkin ada yang tidak halal digunakan. jadi, berhati-hatilah.

segala yang terjadi itu pasti ada hikmah.

4 komen best:

Hafizhilmi said...

alhamdulillah.utm msih selamat..syukur kepada ALlah

norashikin rahmat said...

alhamdulillah. kat sini khabarnya 40 kes, tak keluar report yang sahih lagi..tak pasti sama ada sudah war-war kat media ke x..

nifi a.k.a beliamuda said...

alhamdulillah.. di sini juga masih selamat.. tapi rumet saya demam + flu + batuk.. -_-"

norashikin rahmat said...

saya juga sedang demam dan flu. (-_-)
doakan saye tidak apa-apa. takut juga nak pergi pusat kesihatan,bagi saye tempat itu sudah tidak dapat dipastikan lagi keselamatannye sebab pesakit dikuarantin di situ. hari ini hujan, jadi tak dapat gi medical check.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea