Wednesday, April 20, 2011

a simple call lighten up my feeling.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 20, 2011 0 komen best
Harini birthday adik saya, Mohammad Habib.
Entah kenapa abah bagi nama dia sama dengan nama ibu, sayapun tak faham. Nama ibu saya Habibah. Yang saya pasti, suatu hari nanti mesti dia rasa bangga sangat sebab sama nama dengan ibu.

Inilah adik yang paling saya suka layan. Saya tak sempat melihat dia membesar, sejujurnya. Tau-tau je dia dah tinggi macam galah.

Habib adalah adik yang mempunyai persamaan yang paling banyak dengan saya. Yang paling ketara ialah kami suka membaca. Dan mencatat. Kami berdua juga sukakan adventure.


Habib dan so-called anak sedara, Najib.

Ini gambar Habib yang terbaik dan paling macho yang saya boleh letak. Gambar ketika berekreasi di Taman Botani Negara.
Saya tak banyak simpan gambar.. Setelah penat menggali fail laptop, inilah hasilnya. 
Sesiapa yang kenal saya, akan kata yang rupa kami tak jauh beza.

Selamat ulangtahun, adikku. ^_^

p/s: oh, terlupa nak bagitau kenapa tajuknya begitu. Saya letih dengan sesuatu hal harini, dan bila Habib call sebab ibu suruh, saya rasa happy sangat.. We had the longest talk ever. Free lagipun, kan? :D

Biar ku sentuh cintamu..~

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 20, 2011 0 komen best
Ish.. jiwangnya tajuk..~

Sesekali mengeluarkan bahasa yang puitis, apa salahnya.. Kerana orang tiga suku pun mampu mengeluarkan bait-bait kata yang mampu menyentuh rasa. Saya masih ingat watak Mahyun dalam novel meniti kaca, ketika Nazar, anaknya datang melawat ke rumahnya di Tanjung Rambutan, dia bermadah;

Di sini bunga kembang tak jadi,
tanahnya batu,
bajanya rindu dendam berhari-hari...

kan? itu baru watak dalam novel.. Memetik kata-kata cikgu Azmi, pada ketika hatinya dirusuh duka kerana tak punya wang tatkala tarikh berkahwin sudah dekat, dia duduk termenung di sebuah masjid di Tanjung Rambutan.. lalu datang dekat seorang tua yang dideskripsikan sebagai 'kancing baju pun tak berapa nak betul'.. Kata lelaki tua itu,
Apa nak dirisaukan tentang rezeki, 
apa gunanya pohon-pohon mengeluarkan buah,
ke mana perginya burung-burung berterbangan,
Semua itu kan kerja Allah...

Allah..

Pakcik Rosdi selalu ditanya tentang bagaimana hendak menegur orang yang sedang melakukan dosa. Perasan saya, setiap kali program, mesti soalan ini timbul. Saya sendiri pernah bertanya soalan ini pada kak Husni. Jawapannya tidak lain ialah membina hubungan hati.

Hubungan hati, inilah perkara yang ramai orang terlepas pandang, termasuklah saya sendiri. Tidak ada short cut dalam pembinaan ini. Membina hubungan hati mempunyai step-step dan prosesnya tersendiri, ia hampir sama dengan step orang bercinta. Cuma entahlah, orang bercinta itu prosesnya begitu cepat kerana magnet yang wujud mempunyai arah kutub yang berlainan.

Mula-mula buat-buat tersalah nombor, atau bertanya jam pukul berapa, bertanya buku psikologi ada di rak mana, atau buat-buat terpijak kasut, terlanggar hingga terjatuh berselerak semua fail yang ada. Kreatif, macam Abbas as-Sissi. Kemudian bertanya soalan-soalan remeh seperti dia kuliah apa atau menegur tentang begnya adalah kesukaan kamu. Akhirnya bertanya nama dan bertukar nombor. Kemudian sesekali terjumpa ajak makan bersama. Lalu semasa mukanya berkerut-kerut selalu, mulalah bertanya apa masalahnya dan dia akan berkongsi. dannn seterusnya..

nampak macam mudah,memang mudah dan sangat mudah. Tapi ia adalah jalan cinta yang penuh dengan mujahadah. Juga muhasabah.

Kerana membina tak semudah meruntuhkan, kan?

Monday, April 18, 2011

Sang Murabbi Cinta di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 18, 2011 0 komen best



Perkara yang selalu saya lakukan apabila berpeluang bertemu dan bercakap dengan ilmuan yang soleh, ialah meminta mereka mendoakan saya. Cukuplah doa, ia senjata mukmin!

Sunday, April 17, 2011

Post-mortem program

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 17, 2011 0 komen best
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Bismillahirrahmanirrahim. Entri ini adalah entri tentang post mortem dua program yang telah berakhir: Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu, dan juga Forum Untung Tiada Rugi.

Latarbelakang program:
1. Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu:
Program ini mula dicadangkan pada minggu pertama saya menjadi warga Petronas kepada Ustaz Yusnaidi, dimana Ustaz Yusnaidi mendekati saya pada malam program 'Malam Rapat Petro' kerana terlihat saya datang lewat semasa ikrar bersama roommate saya. Menyedari yang saya mendaftar dibawah Biro Kerohanian, Ustaz berpesan kepada saya agar membangunkan BKS DPP.. Pucuk dicita ulam mendatang, saya mencadangkan kepada ustaz untuk membuat program umum yang akan membawa kepada program susulan yang lebih khusus. Pada masa itu, masalah saya ialah tidak mempunyai manpower (anggota kerja).

Semangat saya agak pudar pada bulan 2 kerana terdapat masalah saya terpaksa mencari sendiri ahli jawatankuasa program. Namun, pada awal bulan 3, Encik Fadhli, sang murabbi memberi sedikit tolakan yang membuat saya terus berusaha dengan izin Allah. Allah telah menyusun saya untuk menghadiri Kursus Fasilitator Efektif dan Dinamik yang dipimpin oleh Kak Asma'. Di sana, saya bukan sahaja memperoleh banyak ilmu, tetapi juga sahabat-sahabat yang mempunyai jiwa yang ready, dan juga tersedia satu lagi tanggungjawab baru.

Allah telah menguji saya dengan begitu banyak barrier pada program ini. Perkara yang paling sulit ialah mendapatkan tarikh yang sesuai. Ya, bukan senang mendapatkan synchronization masa setiap orang, dari segi AJK, penceramah, penasihat, tempat, saya sendiri dan lain-lain. Jadi benarlah, segala yang berlaku itu memang benar-benarlah dengan izin Allah.

Kertas kerja saya dihantar pada penghujung Mac. Tak silap saya, 24 Mac. Dan ustaz menghantar permohonan kelulusan kepada Pusat Konvensyen pada 27 Mac. Permohonan ini diluluskan pada 29 Mac. Allah, mudahnya urusan!

Sepanjang mengendalikan perjumpaan-perjumpaan, semuanya baik-baik sahaja. Urusan mudah dan lancar, saya yakin Allah merestui program ini.. Promosi hanya bermula seminggu sebelum program, dan Allah izin lagi, saya dijemput menjadi AJK program Musabaqah al-Qur'an di Pusat Islam. Melihatkan ada beberapa program turut dijalankan di tempat yang sama, Ustaz menggalakkan saya untuk membuka meja promosi. Promosi pada hari tersebut telah membawa seramai 56 orang daripada peserta pada hari program. Allah!

Saya kagum dengan semangat dan kerjasama yang diberikan AJK pelaksana program yang dipilih Allah ini.. Saya yakin, meskipun ada yang menjadi AJK itu memberikan alasan-alasan, tidak datang meeting dan sebagainya, saya yakin, mereka hanyalah ujian-ujian yang Allah datangkan untuk menguji, sejauh mana saya mampu menahan gelodak marah dan sedih.

Target peserta pada awalnya ialah 200. Menyedari target ini tidak begitu SMART, seminggu sebelum program saya mengurangkan kepada 150 sahaja. Alhamdulillah, pada hari program, peserta yang datang ialah seramai 146 orang! Syukur, Allah telah memilih mereka.

Projek ini agak besar, sebenarnya. Ini kali pertama saya merancang program dan Allah telah mengizinkan ia lulus dengan bajet program sebanyak RM3538.

"Jika Allah mahu memberikan sesuatu kepada seseorang, maka, tidak akan ada tangan yang mampu menghalangnya. Jika Allah tidak mahu memberi sesuatu kepada seseorang, PASTI, tidak akan ada tangan yang dapat menghulurkan apa-apa kepadanya."

2. Forum Untung Tiada Rugi. 
Program ini sebenarnya dirancang bersama-sama dengan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu sebagai program susulan: pembinaan kefahaman, kemuadian membina kemantapan kendiri, kata Ustaz Yusnaidi.

Kali pertama saya menghubungi Exco Kerohanian DPP ialah pada 7 Mac, memberitahu idea tentang program. Beliau seterusnya meminta saya untuk membuat kertas kerja dan bajet. Allahuakbar, memang sebenarnya buat kertas kerja itu tidak ada yang susah, dengan izin Allah.

Cuma yang leceh bila bekerja dalam DPP ialah terlalu cerewet dan banyak birokrasi.

Pada waktu ditetapkan tarikh program pada 16 April, entah kenapa saya tenang sahaja, walaupun tarikh Seminar Cinta ialah pada 15 April. Mungkin saya telah mampu mengukur kebolehan diri dengan keizinan Allah, yakin dengan bantuan Allah, walaupun saya sedang sibuk dengan projek Warehouse.

Yang paling sedih ialah bajet dipotong oleh pihak opis, dari RM550 kepada RM 350. Dan paling mengejutkan ialah saya kena keluarkan duit sendiri sebagai duit pendahuluan. haha. Kakak saya jadi mangsa, sponsor duit.. ngeh ngeh ngeh. Sayang Kakngah.

Yang paling melelahkan ialah orang yang saya harapkan penting tidak dapat berfungsi sebagai penting untuk saya. Rupa-rupanya Allah ingin saya menganggap bahawa Dialah yang terpenting untuk saya yakini.

Saat yang paling genting ialah ketika saya didatangi minggu 'emosi'. Ah, memang menguji kesabaran. Kena tegur sedikit dengan Exco pun saya mudah sekali terasa hati. Tambahan lagi dengan beberapa tekanan kerja lain membuatkan saya memarahi setiausaha untuk perkara yang sangat remeh.

Program ini tidak begitu dirisaukan berbanding Seminar Cinta kerana Exco Kerohanian banyak memberi guidance, begitu juga dengan Kak Nurul dan Kak Lin, dan JKPS yang ikhlas memberi tunjuk ajar. Dan lagi, Forum ini ialah salahsatu daripada agenda Open Day Petro.

Tidak lupa untuk saya rakamkan mehnah yang dilalui. Perkara yang paling menguji saya ialah tidak dapat melawan kerenah seseorang. Saya berdebat dengan pengetua di hadapan mata orang, hanya kerana saya tidak ingin Rumah Hantu dijalankan semasa forum sedang berlangsung. Isu rumah hantu sahaja telah banyak mendidik saya tentang manusia. Akhirnya, saya tidak terus melawan, bukan kerana saya pasrah tetapi meneruskan dalam keadaan yang halus: Pakcik Rosdi berpesan, jangan dilakukan sesuatu kalau itu merugikan Islam. Dan, mengambil sirah Hasan al-Banna, beliau sendiri pergi ke pub-pub untuk menyebarkan dakwah dan mengingatkan manusia tentang ajal dan kematian. Allah. Banyak sekali yang Engkau ingin berikan pada jiwa yang kecil ini..

AJK yang paling saya ingat ialah Amirul: AJK makanan. Saya tersedar yang saya agak kasar menegurnya dalam meeting hanya kerana dia tidak update kepada saya tentang tempahan makanan. Dan saya perasan dia begitu 'funny' dalam menunjukkan aksi dan riak muka kerana entah takut atau segan atau malu.

Semasa sesi post-mortem,  saya memerhatikan AJK, seorang demi seorang. Tidak-ada seorangpun yang berkata tentang lelah dan letih. Cuma mereka ingin tahu tentang perasaan saya.

Perasaan saya yang ada hanyalah satu; CINTA. Rasa cinta ini telah memadamkan semuanya, kerana mereka telah membuatkan saya belajar banyak perkara.

Semuanya ini adalah tarbiyah.Kerana jalan ke syurga itu tidak ditaburi dengan bunga-bunga.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea