Saturday, August 07, 2010

kenangan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan 2010

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 07, 2010 0 komen best
Dah hampir 2 minggu sejak karnival tamat.

Rindu pula rasanya nak bersibukan macam masa minggu karnival. Semput dan lelah berkejar-kejar ke sana setiap hari selama 4 hari. Tapi, orang lain lebih banyak letihnya dari saya.

Saya tak banyak ambil gambar masa karnival. Selain tak ada kamera, saya memang tak gemar nak ambil gambar kemudian meng-upload di blog. Cuma dengan orang tertentu je. Gambar kat facebook, setakat kenangan yang ada cumalah gambar yang di-tag orang.

Sejak semester bermula, baru hari ni saya ada masa senggang pada waktu hujung minggu di bilik. Kalau tak, hujung minggu sebelum ni memang dihabiskan di luar bilik.

Lepasni, InsyaAllah, kita akan menempuh sebulan Ramadhan.. InsyaAllah, banyak program telah mula disusun untu mengisi bulan yang mulia ni..

Dan, di bulan yang mulia ini juga pergelutan dengan tugasan dan peperiksaan akan berlangsung...

Jadi, persediakan jiwa, tenaga dan mental seadanya!-sejujurnya, saya betul-betul belum bersedia menghadap apa-apa test pun :(
Photobucket

Wednesday, August 04, 2010

ehem. tak baik marah-marah waktu pagi. senyum :)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 04, 2010 0 komen best
Harini 4 Ogos. Sekejap je dah bulan Ogos, kan? bulan depan dah kena hantar assignment. Kalau tak pandai atur masa, alamatnya, kerja cincai, dan markahpun dapat cincai. pointer pun nanti cincai.. kalau kerja cincai dan dapat hasil cincai, jangan nak salahkan orang lain aa..

ops. terbebel. sori :p

Harini agak lapang rasanya, setelah kesihatan semakin baik dan assignment berjaya dihantar tepat sebelum masanya. Cuma saya rasa tak puas hati sangat dengan assignment tu, macam salah buat je rasanya..

Pagi tadi, saya belajar Business law.. kelas pagi.. Uniknya bila belajar undang-undang, bahasanya agak berbelit, dan melibatkan banyak sekali hal rumit. Contohnya, niat. Pagi tadi belajar tajuk fraud. Bezanya antara diam bermaksud fraud dengan diam tapi bukan fraud ialah dengan niat. Saya pun tak pasti macammana pihak mahkamah menentukan sama ada seseorang itu mempunyai niat dalam bertujuan melakukan sesuatu. Memang aneh.

Sebab tu la, Islam sangat menekankan niat dalam membuat sesuatu.. cantiknya Islam susun perbuatan kita seharian, kan?

Lepas ulangkaji perakaunan, saya tengok facebook.. rupa-rupanya ada pula satu group ditubuhkan atas nama "kami BENCI Unit Keselamatan UUM".. Untuk makluman, unit keselamatan adalah unit yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dalam UUM.. macam polis la juga.. hmm.. tak sangka ada juga group macamni.. Ini menunjukkan ketidakmatangan dalam kalangan mahasiswa.. Buat apa nak benci pada orang yang jaga keselamatan kita di kampus ni? fikir-fikirlah..

"Boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu.."

Orang yang bencikan kebaikan, bermakna ada masalah dalam dirinya.. Jom, kita check balik diri kita!
Photobucket

Monday, August 02, 2010

Press statement untuk hal malam tadi.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 02, 2010 0 komen best
Saya cuma nak terangkan serba sedikit yang saya tahu tentang apa yang berlaku malam tadi.

Semalam, ada konsert pembebasan Gaza dan Sambutan hari pahlawan berlangsung di Dewan MAS.. Apa yang berlaku, selain ada persembahan Rabbani dan Firdaus, ada pula terselit persembahan Akim AF dan beberapa lagi artis lain.. dan lagu-lagu persembahan pula adalah lagu cinta buat manusia.. saya taknak komen apa-apa, sebabnya semua orang telah memberi respons yang hampir sama je dengan saya. Yang saya mampu buat, senyum ajelah. :)

Sebenarnya begini. Atau mungkin begini. Memang betul, UUM kata konsert tu anjuran bersama Haluan.. Tapi yang sebenar-benarnya, kami yang berada di UUM sendiri pun tak tahu-menahu tentang penganjuran Haluan.. dan perancangan untuk konsert ni kami tak terlibat langsung.. cuma saya pun tak tahu dari mana datangnya nama 'penganjuran bersama' Haluan tu..

saya tak tahu banyak, cuma apa kata kita ambil yang baik..

Alhamdulillah, disebabkan adanya nama Haluan sebagai penganjur, jadi kami diberi ruang untuk buka meja di hadapan dewan.. Selain menjual beberapa item macam button boikot, baju, headband dan sticker kereta, saya dan beberapa sahabat jadi wakil Haluan untuk menerangkan apakah Haluan.. Hasilnya, cukup baik.. Alhamdulillah, Allah bagi saya jumpa dengan orang-orang yang nak ikut program..

Semalam, ramai yang cari selendang yang letak kat leher.. dan headband pun habis dijual.. Alhamdulillah. Baiknya Allah, Dia tahu saya demam, Dia tempatkan saya di luar untuk jaga booth supaya saya tak kesejukan dalam dewan..

Baiknya Allah,Dia tahu saya kerisauan dengan perancangan nadwah umum yang tak dirancang lagi, Dia jumpakan kami dengan orang-orang PERKIM dan Rakan Masjid yang boleh menggembleng tenaga untuk nadwah dan majlis berbuka puasa nanti.. (memang dah dekat sangat tarikhnya, 21 Ogos).

Baiknya Allah, Dia bagi saya tenaga untuk hadiri kesemua 3 kelas harini..
Photobucket

Sunday, August 01, 2010

sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 01, 2010 2 komen best
kelas pukul 9.30 pagi nanti, dan saya masih di sini menulis blog.

Semalam baru balik dari Eco Camp di Sungai Sedim, Kulim. Proasisr II. Alhamdulillah, dapat juga Proasisr dilaksanakan walaupun ura-ura sebelum ni mengatakan yang proasisr tak dapat dilaksanakan sebab kekangan cuti hujung minggu Kedah yang berbeza dengan negeri-negeri sekitarnya.

Seronok bila dapat berukhwah.
Di program Proasisr II, saya diberi tugas mengelolakan bahagian ice-breaking. Sesungguhnya ice-breaking adalah tugas yang besar, sebabnya ketidakberjayaan slot ice-breaking, bagi saya, boleh menjejaskan slot seterusnya.

Ice breaking itu penting.
Bukan memecahkan ais, tetapi memecahkan kebekuan yang ada di antara yang hadir. Apabila kebekuan telah mencair, maka wujudlah keadaan mesra dan berkasih sayang. Terjadilah peristiwa suap menyuap dan saling berpelukan walaupun usia perkenalan belum menjangkau sehari.Tak ada apa yang dapat memecahkan kebekuan, melainkan hubungan atas dasar iman. Ukhwah, kata-kata lainnya. Itu yang saya dapat, sebabnya, dah berapa banyak hubungan persahabatan yang tercipta antara saya dengan orang lain, tetapi masih terasa ada jurang dan rasa segan. Tak mesra. Walau dengan sepupu sendiri pun saya tak pernah memeluknya seperti saya memeluk sahabat saya di Sedim. berbeza.

Perkenalan memang mudah, tetapi bagaimana kita mempertahankannya.
Cuba tanya diri anda, berapa ramai yang anda kenali masih mesra dan berkongsi cerita seperti dulu? Berapa ramai kawan saya yang mengeluh kerana rasa dilupakan, sama ada oleh saya atau rakan lain.. Hubungan persahabatan tak berkekalan kerana kita tak membinanya atas dasar yang kekal. Yang kukuh. Kita tak bertawakkal kepada Allah supaya mengekalkan persahabatan antara sesama kita. Dulu, saya tak pernah percaya dengan ungkapa 'Friends Forever'. Sebabnya, semua yang mengungkapkan kata-kata itu tak pernah pun tunaikan janji.

Team building
Kami bermain dua permainan team building. "Si miskin dan Si kaya", dan "Candle War". Dengan adanya team building, dengan terwujudnya ukhwah, barulah kerjasama menjadi erat. Permainan 'Si Miskin dan Si Kaya' agak unik, sebabnya setiap kumpulan diberikan sama ada sudu, straw, span ataupun mangkuk untuk mengisi air ke dalam botol. Kumpulan saya paling kelakar sebab dapat straw. Natijahnya daripada permainan ni adalah erti syukur dalam kehidupan. Allah memberikan kemampuan yang berbeza kepada setiap individu, dan yang penting adalah usaha.

Permainan 'Candle War' memberi ketegasan kepada bagaimana strategi mesti disusun. Saidina Ali pernah berkata,"kebenaran yang tak dirancang akan dimusnahkan oleh kebatilan yang disusun" (sila betulkan kata-kata saya yang tak tersusun ni..).

Begitu banyak yang saya peroleh. Kawan-kawan, jomlah pergi program..!
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea