Monday, July 26, 2010

post mortem diri sendiri: hari kedua

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 26, 2010 4 komen best
Rasa tak sabar-sabar nak update blog.

Alhamdulillah, dah selesai hari kedua. Harini saya bertugas untuk jaga information desk selama 2 jam di Dewan MAS (pukul 4-6 petang) dan di Tapak ekspo pada malamnya. Malam ni relax sikit, cuma ada pertandingan nyanyian first round. Saya tak bertugas di pentas, jadi just dengar dari sekitar ekspo. Suara-suara peserta memang merdu belaka: kebetulan, masa saya datang, ada sorang peserta menyanyikan lagu Kris Dayanti-Menghitung Hari, dan dia seorang gadis Cina! 

Setelah post mortem yang semalam, saya cuba improve untuk hari ni. Give my fullest, and take what I can grab. Hasilnya, saya rasa lebih happy walaupun sambutan hari ini tak seberapa. Mungkin sebab cuaca, hujan renyai yang berterusan, jadi ramai yang berkeputusan untuk tak keluar hostel..

Dan, bila dah terlibat secara langsung dengan karnival dan melihat perjalanan karnival yang sebenarnya, saya dapat banyak idea yang mencurah-curah untuk projek yang akan datang. Sebenarnya, apabila kita menjadi pelawat biasa, kita akan cuma fikir untuk memenuhi keperluan diri sendiri aja, tapi bila kita menjadi organizer, kita akan lebih fikir untuk semua bahagian: ajk, VIP, customer, exhibitor,.. Saya baru sedar, the way we see things differently is important.

Tadi, saya lihat ada gerai yang jualannya tak laku.. terutamanya makanan.. Gerai tu jual makanan macam fishballs, meatballs, etc.. Mungkin orang sekarang dah jemu makan makanan yang macamtu, atau masanya tak berapa sesuai.. Jadi apa yang saya belajar ialah, apa yang kita nak jual mestilah relevan dengan waktu.. dan, when the crowds doesn't comes to you, why not you go to the crowds? thats strategy..

Hidup dan belajar menjadi seorang usahawan berbeza berbanding belajar menjadi seorang pengurus.. Sesiapapun memang berbeza antara satu sama lain, dan kelainan itu yang membawa kesepakatan..Play our part, ikhlas and tawakkal ilallah, and may barakah comes to us..InsyaAllah..
Photobucket

Sunday, July 25, 2010

buat silap berulang kali: post mortem diri sendiri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 25, 2010 3 komen best
Alhamdulillah, dah selesai opening ceremony.

Semalam dan kelmarin rehearsal beberapa kali, tapi bila menghadapi keadaan sebenar, memang betul, keadaannya tak sama dengan yang dirancang. Manusia merancang, Allah menentukan.

Tapi saya sedih sangat sebab saya buat silap banyak kali. Saya datang lewat ke rehearsal, saya buat silap waktu rehearsal, saya tak tanya silap saya, saya tak ikut flow dengan betul. Saya tak berikan sepenuhnya komitmen pada event, itu silap besar. Kesian ketua saya, she looks obviously tired and sometimes I felt she was'nt satisfy at me. Saya rasa dia ketua yang best, dan sangat tolerate. She considers my burden, but I did not consider her burden.

Waktu dah nak hampir ceremony, memang berbaur semua perasaan. Tension dan nervous. I never felt that way before, but when I think others may felt greater tense and burden, I felt lighter. All of them have given the fullest except me.

Half an hour before ceremony, the VVIP suddenly wants to change. That time, I felt I have done quit a large mistake. Maybe I wrongly spoke to him or giving wrong perception, but the Pengarah carnival said he just wants to test us, to make us learn and be flexible. I felt like crying..

Because I am the one who wrote the speech script, I felt great nervous if there anything wrong with 'em. I felt scared to death to do mistakes. Thanks to Cherry, dia selalu menegur kesalahan saya. Thanks to Akma, always remind me to be alert. Thanks to Chi Ling and Ann, they teach me hundred times patiently.

To my ketua, please apologize me. And to my bureau, I am sorry for making a lot of mistakes and did not give full commitment. I hardly tried learning from u all, guys. You know what, last night I feel like hugging all of you especially to the ketua. She is the most kind and tolerate ketua among all. Professional, thats what she taught me as she never let out the mad and tension to us.

To someone I did not responds to messages, I felt sorry because I let the tense out.
And to readers, Sorry because this is not a positive post for you to read.

In this situation and case, from last night up til now, maybe what have I forgot is Tawakkal ilallah..
Photobucket

Thursday, July 22, 2010

Assignment pertama semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 22, 2010 2 komen best
Musim kesibukan telah lama bermula, seiring dengan bermulanya semester baru sesi 2010/2011.

Macam biasa, aktiviti luar kuliah memang cuba saya programkan untuk diri sendiri; supaya tak rasa bosan tinggal di kampus. Sekurang-kurangnya, tak adalah kos lepas bagi tenaga muda macam saya.. Tiga perkara yang bakal memenuhkan masa sepanjang semester ialah;

  • Program luar kampus
  • assignment
  • aktiviti luar kawalan (biasanya program DPP)
Hari ni saya telah berjaya memperoleh assignment pertama untuk semester ni. Memang menarik. Saya rasa sangat teruja dengan tugasan kali ni; tugasan untuk subjek Rural & Urban Transport. Apa yang perlu dibuat ialah, setiap kumpulan mesti menaiki bas/apa-apa pengangkutan awam ke tempat yang telah ditetapkan oleh pensyarah; kebanyakannya adalah kawasan-kawasan/daerah dalam negeri Kedah. 

Kumpulan saya?

Dalam kumpulan saya, sayalah yang termuda.. hihi. 2 lelaki dan 3 perempuan: lelaki China dan Cina Kelantan, Gadis india dan dua muslimah. Group paling unik yang saya miliki selama belajar di UUM, sebab ada 3 kaum utama, dari 3 semester berbeza, dan ada foreigner. Destinasi kami ialah Serdang. Jangan tak tahu, Serdang juga berada di Negeri Kedah Darul Aman. Kedudukannya berada di selatan negeri Kedah, berhampiran dengan Penang. Lebih jauh daripada Kulim..

Seronok, kan, assignment ni? saya suka! :D


Photobucket

Thursday, July 15, 2010

semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 15, 2010 4 komen best
kadang-kadang, apa yang kita nak dalam hidup ni, kita tak dapat.. bukan sebab kita tak berusaha atau tak berkemampuan untuk mendapatkannya, tetapi kerana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Muslim yang baik, akan redha setela usahanya tidak berjaya. Itulah yang saya pelajari sedikit hari ini. Jadual saya semester ini, cukup berterabur. Hari ahad, kelas pukul 9, kemudian pukul 2. Hari isnin dan khamis, pukul 8, 2pm dan 4.15pm. hari selasa, pukul 5 petang. hari rabu, pukul 8 malam.

Saya cuba elak daripada ada kelas pada waktu-waktu solat, dan saya tak dibenarkan add drop pada minggu add/drop ini. Walaupun terasa agak sedih sebab tak berjaya add/drop, takpelah.. ada banyak lagi hal lain yang perlu saya fikirkan sekarang.

I take this as a challenge this semester.

Semester ini:

  • Ada 7 subjek 
  • 22 credit hours
  • 2 subjek berkod 3000 (Rural&Urban Transport, Road Transport Management)
  • 2 subjek berkod 2000 (Applied Statistics, Business Law)
  • 3 subjek berkod 1000 (comm II, Business Account, Entrepreneurship)
Perancangan/strategi:
  • Berhajat untuk beriadah dengan lebih kerap (sebab semester lepas point ini diabaikan)
  • Merancang untuk selalu ke Pusat Islam seperti kekerapan ke library
  • mengatur masa dengan lebih strategik antara masa program luar kuliah, waktu belajar, kelas, riadah dan rehat
  • Tidak ada masa untuk hal-hal yang mencuri masa: games, facebook, movies, mesej tak penting dll.
Saya target 3.7 semester ni...
ada orang kata, janganlah gantung cita-cita setinggi langit sehingga kita tak mampu nak capai.. ada orang kata juga, "shoot for the moon coz if you fall,you will fall among the stars..".. saya rasa 3.7 menepati kedua-duanya..

p/s: nombor 3 selalu jadi nombor betuah saya... chaiyok untuk saya, sem 3!!

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea