Friday, July 09, 2010

muda hanya sekali?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 09, 2010 2 komen best
siapa kata muda hanya sekali? Muda kita lebih dari sekali lah.

Semua orang nak muda, sentiasa muda, kekal muda. Tapi, kalau tak ada sesiapa yang menjadi tua, tak sakit-sakit, bertenaga, macammana ye jadinya sistem dunia ni?

Kawan saya (seorang Buddhist) pernah bertanya, kenapa ya kita mesti mati? kan best kalau kita sentiasa muda..

Memang best kalau kita sentiasa muda. tapi, kalau takde orang yang mati, sempitlah jadinya dunia ni.. Takdeklah hospital, dokter, nurse, pengkaji penyakit.. dan dunia akan lebih cepat hancur (sedangkan umat berganti-ganti pun dunia dah begini hancurnya).

Hanya orang Islam je bertuah, dapat peluang muda dua kali. Maksud saya, jika kita mendapat tempat di syurga Allah! kan penghuni syurga itu cuma orang muda belia sahaja?

jom, gerakkan langkah merebut kemenangan!

p/s: entri ni untuk memperbaharukan semangat menghadap semester baru..
Photobucket

Sunday, July 04, 2010

hidup penuh harapan: hari pendaftaran pelajar baru sesi 2010/2011

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 04, 2010 6 komen best
Penat betul harini.

Tapi ahli team jualan yang lain mesti lebih penat berbanding saya. Diorang bertugas untuk akaun, angkat barang, goreng nugget dan sosej, buat air, susun barang dan ape-ape ntah lagi yang saya tak perasan.. Saya cuma jual food dan tolong mana yang patut aje.

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7 camtu parents dah sampai. Macam tahun lepas, sepanjang jalan akan ternmpak banner-banner ucapan selamat datang kepada pelajar baru. Bila ternampak banner kat dewan EON, baru tahu yang DPP EON adalah DPP TERBAIK 2009 di UUM. Wah, bangga saya dengan dpp Eon. :)

Sepanjang setengah hari saya berjualan, macam-macam ragam saya tengok. Teringat pulak masa hari pertama. Masa tengok ibubapa yang dah berumur dan atuk nenek hantar anak/cucu mereka, hati saya macam diruntun-runtun sedihnya. Teringat-ingat wajah ibu masa hantar saya. Teringat-ingat wajah ibu setiap kali saya akan pulang ke kampus. Wajah penuh harapan, Wajah yang berkata-kata seperti berpesan: "jaga diri baik-baik nak, belajar rajin-rajin"

Mereka menggagahkan diri untuk orang kesayangan mereka.  Duit mereka mengalir macam air untuk kita. Siapa tahu kalau adik-adik kita kat rumah dikurangkan belanjanya kerana kita. Siapa tahu kalau ayah kita ikat perut berbulan-bulan nak sara kehidupan kita di universiti. Why not kita yang masih muda menggagahkan diri untuk capai yang terbaik untuk mereka?

Kalau rasa diri dah hebat, terlupa kat ibu ayah, saya pesankan, sekurang-kurangnya datanglah pada hari pendaftaran untuk sesi akan datang pula untuk melihat wajah yang penuh harapan. Waktu tu, anda akan betul-betul tak dapat lupa wajah ibu sendiri!

p/s: sedihnya :'( saya rindu ibu..
Photobucket

Saturday, July 03, 2010

UUM, aku pulang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 03, 2010 0 komen best
Subuh lagi saya sudah tiba di UUM.

Lepas daftar dan ambil kunci, saya masuk ke bilik dan..wah! Perabot sekalian macam disumpah menjadi cantik! hohoho.. saye suka almari baru yang berpintu kuning..

tak sabar nak tunggu kawan-kawan suma balik..esok pendaftaran pelajar baru, dan malam ni saya bertugas untuk siapkan barang jualan..sekarang cuma saya sorang je tinggal kat blok b ni.

Penggal baru, bilik baru, semangat baru, VC baru,... semuanya baru belaka.. terdapat beberapa perubahan dalam pentadbiran UUM juga, seperti yang dimaklumkan oleh cik amirul, antaranya;

  1.  VC baru ialah Prof Mustafa
  2.  Semua DPP skrg dibawah HEP .. bukan Kolej lagi.
  3. JPM DPP mana pun semua di bawah HEP.
  4. Sekarang akademik tidak dibawah bidang2 lagi.. ia dipanggil program.. di pecah kecik2..
  5. UUM nanti akan bina satu galeri muzium UUM
  6. Banyak tempat parking yang mempunyai palang automatik.. kena guna kad yang disahkan
Saya dah unpack barang tapi banyak lagi barang masih dalam stor..mungkin hujung minggu ni baru stor dibuka..hmm..

Kerja-kerja construction masih berjalan di setiap blok.. semoga waktu pendaftaran esok, semuanya berjalan lancar..ammin..

Photobucket

Thursday, July 01, 2010

ini bukan entri bunga-bunga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 01, 2010 5 komen best
assalamualaikum

harini buat pertama kali sepanjang waktu cuti saya keluar dengan tujuan nak beli barang. tapi abah ngan abang saya bawak pegi opis. opis ni masih baru, sebab baru ditubuhkan. nama company ni, Alamedia. dalam opis ni cuma ada kerusi, meja dan i-Mac yang jelita. kalaulah opis ni bilik saya kat univ- oh, bestnye!

esok saya akan bertolak ke UUM. dengan bas. musim kesibukan akan bermula tak lama lagi, dan sel2 otak akan mula aktif kembali

kadang-kadang saya rasa duduk rumah lama-lama amat berbahaya kepada tubuh. boleh mati cepat bila tak keluar pergi exercise, takde masalah untuk difikirkan selain berkelahi manja-manja dengan adik beradik, dan tidur lebih masa. tapi berat badan saya masih underweight. ini aneh.

kenapa saya cuba untuk maintainkan berat badan walaupun berat badan saya tak naik? alasan: sebabnya kat univ saya suka berjalan berbanding naik bas, jadi kalau badan berat nanti saya takut jadi malas. kalau kuat makan pun kuat juga tidurnya nanti. (orang suka bising saya kurus, nanti saya gemuk pun bising jugak. jadi, keputusannya, saya berpegang kepada prinsip ni)

masa balik cuti haritu, saya bawa 2 buah buku: business law dan transport theory. harapannya, boleh faham awal sebab baca awal. tapi hampeh je sebab term undang-undang ni walaupun jelas dan nyata tapi berbelit-belit. transport theory plak saya dah ambil sem lepas, cuma bawa balik untuk rujukan sekali sekala nampak lori-lori pelik.

saya aktifkan kembali facebook selepas 20 jun baru-baru ni sebab telefon saya rosak dan saya kehilangan semua contact number. saya cuba contact kawan-kawan untuk dapatkan number phone. selepas semester baru bermula, saya akan deactivate facebook. 

tarikh sebenar pendaftaran pelajar senior di UUM adalah pada 10 julai. kenapa saya balik esok? sebab saya terlibat dengan program jualan orientasi. Patut pun saya tak pernah bermint nak jadi fasilitator orientasi..

apa-apapun, selamat datang buat pelajar baru ke UUM nanti!


Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea