Sunday, April 04, 2010

Wanita bekerja lebih baik?-perbahasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 04, 2010 2 komen best
sebenarnya saya nak ceritakan pasal main hujan waktu keci-kecik dulu, tapi takpelah. itu cerita lain kali kut.

Harini ada perkara lebih menarik untuk dibincangkan. Tadi saya debate untuk kelas Hubungan Etnik di bawah kelolaan Ustaz Khadafi. Tajuknya, "Wanita bekerja lebih baik dari lelaki bekerja".

Sekilas baca tajuk, apalah punya tak rasionalnye kan tajuk ni..adake wanita kerja lagi baik dari lelaki..abestu, lelaki nak buat ape? duduk  rumah jaga anak goyang kaki tengok tv? no way.

hahaha..okok. saya di pihak pembangkang, dan lelaki di pihak pencadang.

Pihak lelaki menghujahkan, bahawa wanita bekerja itu lebih baik. Ini kerana
  1. membantu kelangsungan ekonomi
  2. memberi kemudahan dan membantu mengurangkan bebanan pendapatan suami
  3. ada sebahagian daripada kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh lelaki dan lebih sesuai dilakukan oleh wanita, kerana sifat wanita itu teliti dan kompleks.
  4. Wanita pada zaman Rasulullah juga bekerja
  5. agama tidak menghalang wanita bekerja selagi dia menjaga batas aurat, maruah dan pergaulannya.
  6. Wanita juga bekerja walaupun di rumahnya 
  7. Wanita pada hari ini ramai yang berpendidikan, jadi pendidikan tu digunakan untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam industri (katanya, apa gunanya belajar sehingga ke menara gading tetapi tak dapat dimanfaatkan).
Di pihak wanita, iaitu pembangkang,  memberi hujahan balas dengan menyatakan bahawa
  1. Wanita bekerja tidak akan menumpukan perhatiannya kepada rumahtangga dengan baik
  2. Wanita bekerja merasakan bahawa dia tidak lagi memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya lantaran mempunyai wang sendiri dan kuasa beli, jadi ini menjatuhkan martabat lelaki di mata seorang wanita, padahal fitrahnya lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita. Jadi ini memungkinkan penyebab dan punca kepada banyaknya perceraian yang berlaku pada masa kini.
  3. Apabila rumahtangga terabai, maka anak-anak juga terabai. Ini merupakan antara punca berlakunya lambakan gejala sosial seperti merokok, menagih dadah, buang anak, kahwin lari dan sebagainya. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian akan melihat kepada sumber lain sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan memperoleh perhatiannya. Akibatnya, anak-anak akan tersilap memilih kawan kerana ibubapa terlepas pandang.
  4. Wanita akan sukar melakukan pekerjaan selain pekerjaan rumahtangganya, kerana dia akan mengandung dan melahirkan. Setinggi manapun jawatan seseorang wanita, apabila dia perlu bersalin dan bercuti untuk tempoh berpantang, ia akan menjejaskan struktur tugas wanita tersebut dalam organisasi (pihak pencadang mencantas kata-kata ini dengan mengatakan sentiasa ada pengganti untuk bos wanita).
  5. Seorang wanita yang bekerja perlu menguruskan emosinya untuk menghadapi dua orang ketua dalam kehidupan sehariannya. Sewaktu bekerja di pejabat, dia perlu menghadapi ketuanya, dan di rumah dia perlu menghadapi suaminya. Bagaimana mungkin seorang wanita mempunyai dua orang ketua dalam kehidupannya? ini akan menjeaskan emosi dan perasaan wanita yang bekerja.
  6. Sewaktu berhujah, saya bertanya kepada hadirin lelaki: Anda mahu ke isteri anda bercantik-cantik bersolek pakai minyak wangi di luar rumah bukan untuk anda tapi untuk orang lain? pastu...mereka dengan sebulat suara menyatakan TIDAK. (Jadi, cari isteri solehah ye kawan-kawan.)
  7. Sebagai hujahan balas kepada Umar yang menyatakan bahawa surirumah adalah satu pekerjaan, kata barisan pembangkag, ia bukan satu pekerjaan, tetapi kerja-kerja rumahtangga ialah satu tanggungjawab, iaitu WAJIB bagi seorang wanita.
  8. Sebagai hujahan balas juga terhadap persoalan kenapa wanita lebih ramai bekerja di industri dan memperoleh pangkat yang tinggi berbanding lelaki adaah kerana lelaki pada hari ini tidak proaktif, lembab dan tak berkualiti. Mereka sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang-peluang yang baik ini. Malah, mereka juga tidak mempunyai kelayakan untuk duduk di kerusi-kerusi yang berpangkat tinggi. (saya rasa point ni macam melampau sikit, tapi perkara ini memang betul dan lelaki selayaknya menerima ini sebagai satu cabaran!)
Terima kasih kepada seseorang yang mengingatkan saya bahawa nas al-Qur'an dan hadis tidak boleh digunakan dalam perbahasan, kerana ia sudah terang nyata lagi bersuluh berada di paksi kebenaran, jadi tak boleh dibahaskan sama sekali ayat al-Qur'an dan hadis. Takut tersalah dan berdosa pula. Waktu itu, saya nak cari point dan meletakkan di status YM bahawa saya nakkan dalil al-Qur'an dan hadis untuk digunakan dalam perbahasan.

Sebagai kesimpulannya, ada kalanya kata-kata pihak pencadang pun benar untuk sesuatu bentuk situasi, iaitu dalam sesetengah keadaan, memang wanita itu bekerja lebih baik. Begitu juga di pihak pembangkang, ada waktu-waktunya wanita tidak bekerja adalah lebih baik. Speaker telah memutuskan bahawa tidak ada pemenang, iaitu fair and square. Kami berbahas cuma untuk berkongsi ilmu, bukan untuk mencari titik perselisihan, tetapi membawakan perkongsian ilmu dan mencari titik kesepakatan dan keharmonian. Tidak ada yang salah dalam menyatakan pemikiran.

Saya minta maaf kalau post ni nampak prejudis sikit sebab  point-pointnya melebihkan pihak saya, iaitu pembangkang. Ini kerana huraian pihak pencadang kurang jelas pada saya, dan saya lebih arif dengan hujah-hujah pihak pembangkang kerana saya sudah mengkajinya selama hampir tiga minggu. Hakikatnya, saya amat kagum dengan pihak pencadang kerana bukan senang untuk mereka mencari point kenapa wanta lebih elok bekerja-dalam keadaan sosial masyarakat masa kini, saya kira mereka pun bersetuju bahawa wanita itu lebih baiklah duduk di rumah menguruskan hal ehwal rumahtangga-mereka sendiri tidak ingin wanita kesayangan mereka tercemar emosi dan berbakti kepada lelaki lain.


Untuk next class, tajuknya lebih menarik: "Adalah lebih baik lelaki berkahwin lebih daripada satu" atau dalam pentafsiran yang lebih jelas, "Amalan poligami itu baik" dimana pencadangnya adalah wanita dan pembangkangnya adalah lelaki. Ada bran?

Photobucket

Saturday, April 03, 2010

Pendaftaran kursus untuk semester depan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 03, 2010 2 komen best

Dah hampir seminggu saya daftar kursus untuk semester ketiga nanti. Junior year saya di sini sudah hampir ke penghujung. Saya mendaftar 6 subjek; English for Communication II, Perakaunan Pengurusan, Asas Keusahawanan, Pengangkutan Bandar dan Luar Bandar, Pengurusan Pengangkutan Jalanraya, Business Law, dan Statistik Gunaan. Rasanya semua subjek semester depan dalam Bahasa Inggeris kecuali asas keusahawanan. 21 Jam kredit, seperti biasa. Cuma semester kedua ini saya ambil 22 jam kredit, kerana special case.

Sebenarnya saya rasa sedikit kecewa dan lesu sebab tak dapat add Bahasa Mandarin yang hanya ditawarkan kepada pelajar marketing seperti yang dinyatakan dalam post ini.
Takpelah, mungkin semester akan datang.

Saya ada jumpa dengan penyelaras TITAS, Puan Yati.  Katanya, kalau nak jadi fasilitator TITAS, kena alert dengan iklan dalam portal HEA, kerana ia akan diiklankan dalam masa terdekat sebelum study week. Sekadar makluman bagi sesiapa yang berminat. :)

Pembawaan 2 subjek dengan aras kursus berkod 3000, 2 subjek berkod 2000, dan 3 subjek berkod 1000. Serasanya serata juga. Saya dah berdebar-debar...

SEKARANG MASANYA BERJUANG!
kata Khalil Gibran dalam puisinya, 'mimpi',

"Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan
perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan
dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."

Photobucket

Friday, April 02, 2010

UUM out of electric

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 02, 2010 2 komen best
dah hampir tiga jam bilik saye tadek elektrk. Bila tanya seniorita-seniorita, mereka kata satu UUM tadek karen-biar benar...katanya kampus Kachi pun mengalami nasib yang sama-apa sudah jadi?

Takpelah. dah selalu sangat duduk dalam kesenangan dan rasa sejuk, sekali sekala Allah kasi panas, bagus juga. Boleh dipanggil room for improvement-muhasabah erti panas. Kita ni kalau sentiasa dalam kesenangan kita tak perasan tentang kesusahan. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya , nescaya Dia akan menguji dengan kesusahan" (Riwayat al-Bukhari).

Salam sayang, Semoga bermanfaat.
post signaturePhotobucket

Thursday, April 01, 2010

tahu erti faham, faham erti mengerti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 01, 2010 2 komen best
Pagi tadi saya pergi menghadiri wacana pemikiran Islam bertajuk "Perubahan Minda masyarakat Islam: Ke Mana arah tuju" bersama 2 tokoh tersohor, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (USM) dan Dr Muhammad Uthman el Muhammady (UIAM). Tapi saya tak pasti bagaimana mahu berkongsi isi forumnya sama sekali kerana tahap perbincangan berada di aras tinggi dan banyak perkara perlu difahami.

Sewaktu forum sedang berlangsung, saya asyik saja menyalin dan perasan isi dewan yang rata-ratanya staf dan pensyarah macam 'kosong aja'.Jujur saya katakan, perbincangannya di aras tinggi dan serius.

Patut pun ketika saya menghadiri satu kem pemantapan rohani yang isinya ceramah dan ceramah, senior-senior saya sibuk memastikan tahap kefahaman yang saya ada. Sebelum saya mengikuti satu pertubuhan ini pun, kakak yang mengajak bertanya saya dengan apa saya bepegang dan ditahap mana saya berada dan buku apa yang saya baca.

Sebenarnya penting untuk kita tahu tahap pemikiran audiens supaya generalisasi boleh dilakukan dalam bentuk yang mudah.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea