semua orang tahu kalau hari ini 1 Januari 2010.
Ada apa dengan tarikh ini sebenarnya? aku pun tatahu. cuma tadi aku tengok ramai orang tunggu kat perhentian bas untuk ke Changlun. mungkin ke Jitra. Atau Alor Setar. Maklum, hari cuti umum. Dengar-dengar khabar, duit PTPTN pun dah masuk(aku tak pinjam PTPTN), jadi mungkin mereka keluar beli barang keperluan..buku2, baju2, kasut...
Aku pun ada rancangan nak keluar lepas ni, pergi rumah Makcik Zurina..(dia lecturer UUM, tapi aku kenal sebab dia jiran aku kat Nilai). saja nak ziarah, ingatkan nak pergi sendiri, tapi takdek bas plak..jadi, Cik Ina akan fetch..
Cerita di atas cumalah sekadar picisan. Sebenarnya aku nak citer pasal tahun yang baru berlalu dan tahun baru.
Tahun 2009: sempat memberi begitu banyak peluang untuk aku. Aku menghabiskan sesi pembelajaran di matrikulasi, menghabiskan 3 bulan penuh di rumah, memasuki UUM, serta sempat memulakan semester kedua. semuanya berlaku dalam Tahun 2009. Pantasnya masa berlalu, ia telah jauh-sangat jauh meninggalkan kita.. adakah kita masih sama seperti kita pada tahun 2008? atau sudah jauh lebih baik?
Biasanya kita mengisi tahun baru dengan pelbagai azam baru. Kita berazam menjadi bagus, menjadi lebih baik, dan 1001 lagi azam yang tak tertulis dah.. Bagus sebenarnya berazam ni.. membantu kita perbaiki diri.. berazam memang mudah, tapi melaksanakannya pula bukan mudah... Kalau melaksanakannya pula mudah, mengekalkannya pula menjadi satu dugaan luar biasa.
Aku nak kongsi lagi satu ilmu yang aku dapat dari TV masa Maal Hijrah tempoh hari..(waktu Maal Hijrah aku tak blogging..=) )
Untuk mengekalkan usaha untuk mempertingkat dan melaksanakan azam, pertama sekali kita mestilah
sentiasa menyemak dan memantau azam...
terdekat
Beritahu kepada orang terdekat tentang azam kita, supaya kita sentiasa diingatkan...kemudian
tulis dan tampal azam kita di tempat yang senang dilihat; contohnya kat cermin almari, meja belajar, sofboard bilik, kat pintu... Kemudian sertakan istiqamah bersama azam kita...
Bagaimana pula kalau mahu azam kita disertai istiqamah?
- perlu perbaiki diri, sebabnya tidak ada perpindahan selepas hijrah Rasulullah dan para sahabat, kecuali hijrah ke arah menjadi yang lebih baik.
- antara rahsia untuk menjadi lebih baik: menjadikan Allah lebih utama, ada prospek dalam hidup(ada tekad), bekerja secara berpasukan dan bertanya kepada orang yang tahu.
- doa memainkan peranan penting jika menginginkan istiqamah; kerana pada zaman Rasulullah, sahabat nabi bernama Abu Umamah telah diajarkan doa menjauhi hutang (yang terkandung dalam al-ma'thurat). Berkat doa yang diamalkan ini, akhirnya hutang yang banyak yang dirasakannya tidak mampu dibayar akhirnya langsai dibayar sedikit demi sedikit...(doa yang disertakan dengan usaha akan membuahkan kejayaan..insyaAllah!)
ini point penting
untuk orang yang ingin berhenti merokok:
- Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang suka mencuri menemui Rasulullah untuk menyatakan keimanannya. Dia berkata; "Ya Rasulullah, aku ingin memeluk Islam, tetapi aku suka mencuri. Aku mengetahui bahawa Islam melarang pencurian, dan balasannya potong tangan. Bagaimana, Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"Takpe, tapi jangan berbohong." Apabila lelaki itu menyatakan keislamannya, beliau patuh dengan suruhan Rasulullah supaya tidak berbohong, dan akhirnya beliau tidak lagi mencuri kerana kalau mencuri, takut-takut apabila Rasulullah bertanya, dia tidak boleh menipu tentang pencuriannya...Wallahu a'lam.
- Natijahnya dari kisah diatas ialah, pendekatan perlulah pelbagai, bukan setakat larangan biasa je..
- berdoa supaya keinginan yang baik dibantu Allah, dan meminta orang lain turut mendoakan kita.
- Apabila berjumpa dengan orang yang soleh, minta didoakan mereka.