Sunday, July 19, 2009
lelah meeting tak habis-habis
teman sebilik belum pulang dari kursus BTN. walaupun mase dia ade pun sunyi, mase dia tak ada laaaaagilah terasa amat sunyi-nya. oohh.... harini aku jalan sorang-sorang,dia yang aku sayang pun belum pulang dari BTN. selalu henpon aku bising dengan sms dan call dari dia atas ingatan supaya aku cepat pergi kuliah dan makuman-makluman tentang dia lambat atau cepat, ada di mana dan sebagainya. kadang-kadang sampai sepuluh sms dan miscal dia. hmmm.... seronok juge ade orang selalu inform aku itu ini, ingat kat aku.. tapi maaf, aku tak betah jadi belangkas. hehe.
ada kawan pesan, semakin kita tak ada masa,semakin pandai kita hargai masa.
harap aku dapat sentiasa ingat bahawa masa itu duit. haha. :)
Friday, July 17, 2009
hmmm....
tadi malam sampai subuh tadi ada program SPIKE o9. SPIKE: seminar pemantapan ibadah kolej EON. pengisiannya walaupun tidak banyak tapi cukup. harini agak bosan juga, kawan-kawan aku ramai yang tidak ada. roommate aku juga, ada kursus BTN di Balik Pulau. dia yang menjadi kesayangan aku juga ke BTN. yang lain-lainnya ada integrasi, khusus bagi yang ada ambil kokurikulum. aku tidak ambil ko-k sem ini, jadi aku tidak tahu dan tidak faham apa itu integrasi. aku diberitahu dan maklum bahawa hari ini UUM mengadakan konvo khas buat Pak Lah@Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, anugerah Ph.D Demokrasi.
aku tidak suka sebenarnya dengan perkataan bosan, sebab bagi aku orang yang bosan tidak pandai melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya, tidak gunakan masa dengan cekap. dalam buku Edward de Bono, dia menyatakan begini: a beautiful girl with a boring mind is boring. haha. betullah tu.. aku ada 5 assignment untuk disiapkan dalam masa tak sampai sebulan. agak gila juga kalau asyik fikir assignment yang banyak. hmm...
tapi menjelang petang aku jalan kaki gi pusat sukan uum dengan fara-ingatkan nak berlatih ping pong, tapi sebab fara xbawa kad matrik, jadi kitorang main beskal berkembar jelahh... best juge meround satu kolej. terasa cantik pulok uum nih... nampak kayak terasa cam nak main kayak,nampak litar go-kart pun rase cam nak main go-kart. huhuuuu..... nak try semua!
Monday, July 13, 2009
persahabatan vs kepentingan diri

semua orang ada sahabat. aku ada sahabat, kau pun ada juga. sahabat adalah orang yang selalu buat kita rasa selamat, dan bila dia buat kita tidak selesa itu pasti demi kebaikan kita juga. sahabat bukanlah orang yang selalu ada dengan kita sepanjang masa. sebab dia juga manusia, bukan malaikat raqib&atid. dia juga bukan hakim, tapi dia layak menilai kita dari sudut pandangannya: pada takrifan hati masing-masing. sahabat selalu menyediakan ruang untuk kita walaupun dia tidak punya terlalu banyak masa untuk diri sendiri. dia selalu melebihkan kita dari saudaranya sendiri. bersama waktu senang dan susah, macam sedarah daging.
Sunday, July 12, 2009
beberapa hari yang happening

base game ni game paling pelik tapi best pernah aku main. Chang tak habis2 dengan line-nye pasal magnet yang tidak wujud itu. game ni buat kasut aku basah dan masih tak kering sampai sekarang. ada beberapa stesyen, first station sebab aku pandai main o-som, aku menang tapi disimbah air sebab rules-nye sape menang kene simbah. next station berjalan pakai kerusi: pandai2lah engko kat situ.. next, limbo game kat badminton court, then station lain main game wash2 ( paling suke game ni).. ada game amik ping-pong pakai sudu after skipping 10x.. next station math by body language, pastu main nenek kebayan golkan basketball, lastly game makan biskut(aku mengelat aa time ni..) aku xingat brape stesen, lapan kut..
indoor game dapat tempat pertama, for sure. paling mengejutkan, final night, aku tercalon as the best female junior kat dpp eon nih. tak sangke saye feveret anda-anda sume.. (tenkiu2..) tapi saye bukan the most feveret-lah. saye pun tak pasti bagaimana pemilihan calun2 feveret ini sebab berdasarkan pemikiran saye feveret adalah satu mende yang subjektif. saye masih simpan kad undian yang saye dapat, senior2 kate buatlah kenang2an. tadi saye menguruskan hal penting di post office, kemudian menelefon bapa saya untuk memaklumkan dia tentang dokumen yang telah saye poskan itu. abah tanye saye: nora dah ade pakwe ke kat sane? aishh... itu hari ibu tanye, kali ni abah la pulok.. aii.. tak paham betul la aku...
aku ada pinjam buku dari psb (perpustakaan sultanah bahiyah): haiwan, serangga dan manusia. ape yang menarik tentang buku ni adelah sifat binatang dikaitkan dengan sifat manusia. sebab dikatakan dalam kelompok manusia terdapat haiwan, namun dalam kelompok haiwan tidak ada manusia. aku paling tertarik pada sifat belalang, dimana belalang jantan akan dimakan si betina setelah mengawan. macam satu pengorbanan demi melahirkan zuriat, walaupun dirinya tahu yang ia akan mati..well, sume makhluk pasti akan mati juge...
