Sunday, July 19, 2009

lelah meeting tak habis-habis

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 19, 2009 0 komen best
sekarang aku lelah, betul-betul baru pulang dari satu tempat. mula-mula pakai sandle tapi sebab bawa laptop dalam backpack, aku pegi ke tempat itu dengan pakai sportshoe. berat ntah brape kilo agaknye laptop buruk tapi berguna itu. kelmarin pergi discussion group pun chang baik hati tolong bawakan. tadi telefon ibu. cuti nanti (14-22 ogos), confirm aku tak balik-tunggu cuti rayalah jawabnya. jadi aku sedang fikir aktiviti ape aku buleh wat bagi mengisi cuti yang panjang itu nanti. aku ade usha portal pasal aktiviti jelajah warisan hapetah, macam nak join tapi macam nak cari aktiviti lain: ade tak orang yang bleh tolong saye? huu...

teman sebilik belum pulang dari kursus BTN. walaupun mase dia ade pun sunyi, mase dia tak ada laaaaagilah terasa amat sunyi-nya. oohh.... harini aku jalan sorang-sorang,dia yang aku sayang pun belum pulang dari BTN. selalu henpon aku bising dengan sms dan call dari dia atas ingatan supaya aku cepat pergi kuliah dan makuman-makluman tentang dia lambat atau cepat, ada di mana dan sebagainya. kadang-kadang sampai sepuluh sms dan miscal dia. hmmm.... seronok juge ade orang selalu inform aku itu ini, ingat kat aku.. tapi maaf, aku tak betah jadi belangkas. hehe.

ada kawan pesan, semakin kita tak ada masa,semakin pandai kita hargai masa.
harap aku dapat sentiasa ingat bahawa masa itu duit. haha. :)

Friday, July 17, 2009

hmmm....

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 17, 2009 0 komen best

tadi malam sampai subuh tadi ada program SPIKE o9. SPIKE: seminar pemantapan ibadah kolej EON. pengisiannya walaupun tidak banyak tapi cukup. harini agak bosan juga, kawan-kawan aku ramai yang tidak ada. roommate aku juga, ada kursus BTN di Balik Pulau. dia yang menjadi kesayangan aku juga ke BTN. yang lain-lainnya ada integrasi, khusus bagi yang ada ambil kokurikulum. aku tidak ambil ko-k sem ini, jadi aku tidak tahu dan tidak faham apa itu integrasi. aku diberitahu dan maklum bahawa hari ini UUM mengadakan konvo khas buat Pak Lah@Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, anugerah Ph.D Demokrasi.

aku tidak suka sebenarnya dengan perkataan bosan, sebab bagi aku orang yang bosan tidak pandai melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya, tidak gunakan masa dengan cekap. dalam buku Edward de Bono, dia menyatakan begini: a beautiful girl with a boring mind is boring. haha. betullah tu.. aku ada 5 assignment untuk disiapkan dalam masa tak sampai sebulan. agak gila juga kalau asyik fikir assignment yang banyak. hmm... 

tapi menjelang petang aku jalan kaki gi pusat sukan uum dengan fara-ingatkan nak berlatih ping pong, tapi sebab fara xbawa kad matrik, jadi kitorang main beskal berkembar jelahh... best juge meround satu kolej. terasa cantik pulok uum nih... nampak kayak terasa cam nak main kayak,nampak litar go-kart pun rase cam nak main go-kart. huhuuuu..... nak try semua!

Monday, July 13, 2009

persahabatan vs kepentingan diri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 13, 2009 2 komen best

semua orang ada sahabat. aku ada sahabat, kau pun ada juga. sahabat adalah orang yang selalu buat kita rasa selamat, dan bila dia buat kita tidak selesa itu pasti demi kebaikan kita juga. sahabat bukanlah orang yang selalu ada dengan kita sepanjang masa. sebab dia juga manusia, bukan malaikat raqib&atid. dia juga bukan hakim, tapi dia layak menilai kita dari sudut pandangannya: pada takrifan hati masing-masing. sahabat selalu menyediakan ruang untuk kita walaupun dia tidak punya terlalu banyak masa untuk diri sendiri. dia selalu melebihkan kita dari saudaranya sendiri. bersama waktu senang dan susah, macam sedarah daging.

semua orang ada kepentingan diri. semua orang ada impian untuk dikejar dan dicapai. tak kisahlah hal dunia akhirat atau apapun. sebab hayat kita pendek, masa kita suntuk. sampai kadang-kadang kita tidak tahu menilai sama ada apa yang kita lakukan itu penting atau tidak; tidak dapat dibezakan lagi. sampai-sampai, ada yang terlupa tujuan hidup sendiri, sampai jadi gila kerana kepentingan diri. entahlah. kebelakangan ni aku rasa selalu mementingkan diri. entah mana nilai adab aku, aku pun tak pasti. sudah hilang dimakan kepentingan diri agaknya. aku tak pasti mana hal yang lebih penting: urusan aku sendiri atau kawan aku yang lebih utama. kalau aku kejar masa, pasti dia pun sama. kalau masa aku penting, masa dia pun penting juga. hari lepas dia tolong aku, kenapa hari ini aku tak boleh tolong dia? kalau dia cukup sabar dengan kerenah aku yang banyak songeh, kenapa aku cepat hilang sabar dengan kerenah dia? hmmmmm... mungkin selama ni aku memang pentingkan diri, baru sedar diri agaknya aku ni..


aku mudah menghargai orang yang taklah berharga sangat kat aku tapi untuk tunjukkan penghargaan pada orang yang cukup penting buat aku, aii..susah betul. sampai orang kecil hati dan salah anggap, mungkin. kepada dia: maaf. ajarlah aku menghargai kamu. mungkin aku terlihat dari pandangan kamu sebagai seorang yang tidak pandai menghargai malah begitu tidak adil, tapi jauh di sudut hati aku saaaaangat sayang kamu dan berterima kasih dan terkilan jika kamu berkecil hati.. cuma Allah je yang boleh membalas kebaikan kamu. kamu berhati tulus, aku tahu. aku mengagumi kamu yang amat sabar, teruslah menghadapi aku begitu. ini untuk kamu yang hadir dalam hidup aku, yang menjadi teman aku mendaki tangga-tangga kuliah, berpenat lelah ketika mencari main building COB, menurut kehendak aku, sentiasa melemparkan senyum pada aku bila kita bertembung pandang, membuat aku terasa sedikit rimas bila kau mengasak aku dengan soalan-soalan yang perlu bagimu tapi tidak aku, terdiam bila aku moody dan buat bodoh dengan kehadiran kamu.. maaf, tapi hakikatnya aku sangat menghargai kamu. semoga kamu dipayungi rahmat kasih Tuhan-aku sayangi kamu!

Sunday, July 12, 2009

beberapa hari yang happening

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 12, 2009 0 komen best

musim hujan. dah beberapa hari hujan saja, tak berhenti. hujan itu rahmat, jadi, bersyukurlah. sejak hari khamis, sume junior terlibat ngan program NID (newbies interaction days). aku tak tipu, memang bestt sangat program ni: two thumbs up!! aku participate 2 pertandingan: indoor game + base game. mungkin sebab base gamenye aku yang leading, jadi kumpulan aku kalah walopun kami kumpulan ketiga sampai. kata mereka: takpa, kita dah try...
base game ni game paling pelik tapi best pernah aku main. Chang tak habis2 dengan line-nye pasal magnet yang tidak wujud itu. game ni buat kasut aku basah dan masih tak kering sampai sekarang. ada beberapa stesyen, first station sebab aku pandai main o-som, aku menang tapi disimbah air sebab rules-nye sape menang kene simbah. next station berjalan pakai kerusi: pandai2lah engko kat situ.. next, limbo game kat badminton court, then station lain main game wash2 ( paling suke game ni).. ada game amik ping-pong pakai sudu after skipping 10x.. next station math by body language, pastu main nenek kebayan golkan basketball, lastly game makan biskut(aku mengelat aa time ni..) aku xingat brape stesen, lapan kut..
indoor game dapat tempat pertama, for sure. paling mengejutkan, final night, aku tercalon as the best female junior kat dpp eon nih. tak sangke saye feveret anda-anda sume.. (tenkiu2..) tapi saye bukan the most feveret-lah. saye pun tak pasti bagaimana pemilihan calun2 feveret ini sebab berdasarkan pemikiran saye feveret adalah satu mende yang subjektif. saye masih simpan kad undian yang saye dapat, senior2 kate buatlah kenang2an. tadi saye menguruskan hal penting di post office, kemudian menelefon bapa saya untuk memaklumkan dia tentang dokumen yang telah saye poskan itu. abah tanye saye: nora dah ade pakwe ke kat sane? aishh... itu hari ibu tanye, kali ni abah la pulok.. aii.. tak paham betul la aku...

aku ada pinjam buku dari psb (perpustakaan sultanah bahiyah): haiwan, serangga dan manusia. ape yang menarik tentang buku ni adelah sifat binatang dikaitkan dengan sifat manusia. sebab dikatakan dalam kelompok manusia terdapat haiwan, namun dalam kelompok haiwan tidak ada manusia. aku paling tertarik pada sifat belalang, dimana belalang jantan akan dimakan si betina setelah mengawan. macam satu pengorbanan demi melahirkan zuriat, walaupun dirinya tahu yang ia akan mati..well, sume makhluk pasti akan mati juge...
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea