Sunday, June 26, 2011

Ketegasan Muslim Beriman

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 26, 2011
Apabila iman menjadi paksi, akhirat berada di jiwa dan dunia di tangannya.

Seorang Muslim itu, jika dia benar-benar mengenal apa yang diimaninya, pasti, dia akan berusaha menegakkan keimanan itu biarpun yang lain sedang runtuh. Kerana iman itu adalah maruah di hadapan Allah.

Cuba lihat, Muslim yang tegas tidak pernah dibiarkan Allah begitu sahaja dalam urusannya. Dia mendapatkan kekuatan dengan mengharungi ujian, mendapatkan kelancaran daripada kesulitan, berusaha bangun daripada mehnah dan tribulasi, menganggap kejatuhan akan membawa kebangkitan yang lebih besar. Tidak ada nikmat yang lebih besar berbanding nikmat ini, nikmat beriman.

Tegas menjaga aurat, tegas menjaga pergaulan, tegas menjaga waktu, tegas mengendalikan urusan. Ketegasan ini datang dengan keyakinan bahawa Allah ada untuk memudahkan segalanya, sekalipun ketegasan itu mampu merosakkan hubungan orang lain kepadanya.

Seorang Muslim akan lebih dipercayai apabila dia menjaga urusannya dengan Allah.

Biasanya bukan Muslim di negara kita faham bahawa seorang muslim mesti solat dan puasa. Pergaulan dengan ramai teman bukan Muslim mendedahkan saya kepada persoalan "kenapa ada Muslim yang tak bersolat dan tak jaga aurat".

Sayang, kerana ada orang tak bersolat di tempat kerjanya kerana bimbang bos marah atau takut kena buang kerja, sedangkan menegakkan hak allah itu adalah sesuatu yang mulia.

Mari kita berfikir, bagaimana mahu melepaskan diri daripada tali-tali yang membonekakan kita kepada sistem hidup yang rosak ini, mencari sistem syumul yang mendekatkan kita hanya kepada Allah.

Jadilah Muslim yang tegas menjaga iman dan amalan, semoga Allah menilai ini sebagai amal soleh. (pesanan untuk diri yang lemah menjaga ketegasan dalam apa jua perkara).

2 komen best:

fahana_ann said...

penulisannya makin hebat. moga terkesan dijiwa kita;)

norashikin rahmat said...

doakan ikin, kehebatan itu dipulangkan kepada Allah :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea